By the beach…

 

IMG_0868

berpanas aku gigih dok kat tepi beach nih ngan anak2. hanya hari pertama ni jer depa main laut, pastuh takde dah, 2 hari pulak mandi pool. Gegirl yang suka gak mandi laut pun kureng nak mandi sangat coz panasnya Langkawi halahaiiiiiiiiiiii!! masa dok sini punyalah ramai omputih pakai 2 pc lalu lalang. suka bebenor korang ngan cuaca panas msia ni kan…

memang panas bangatttttttt!!

IMG_0861

abang tu kalau boleh nak berejam2 dok kat beach nih, mandi laut, main pasir. mandi main pasir. berulang2….

 

IMG_0908

pastuh laki aku dok panggil dari jauh, katanya dok kat tempat nih lagi redup…kedek2 ai datang bawak selipar diorg sumer…

IMG_0917

gini gomannya tiang nih. macam berlumut2 gak. Malam tuh, ko tau air laut pasang naik sampai kepala aku tuh. hah size tiang tuh! sebab malam tuh kita lalu kat darat, boleh nampak dari jauh itu air laut darr……

IMG_0915

forced by RD to berdiri situ dendiam, dia cuba nak capture gambar omputih lalu belakang aku, tapi gambar tu aku tak nak letak hahahaha, sib aaa

IMG_0921

sebab aku pi bercuti waktu hari kerja, makanya tepon call in masuk berduyun2…..

IMG_0923

hah dah abih on the phone sambung balik posingggggggg….

anak2 main pasir dar. apa aku nak buat lagik, nak bukak ipad, tangan berpasir

 

IMG_0924

jauh jugak beach tuh punya tiang!

IMG_0931

hah tak koser sudah….tak larat. panas and lagipun Gegirl adalah mekak2 nak pi pool

so aku bawak dia naik ke pool and the boys to join later…

IMG_0946

poolnya besau….ada untuk budak2, jacuzzi pun ada, yang budak besau punya size ada, rendah meterss untuk less than 5 yrs pun ada…..

sejam kat sini, kita berduyun naik ke bilik…selepas aku berpusing ngan sirman kejarkan depa suh naik….

IMG_0984

hasilnya budak2 dah tak macam Abang, tak macam Gegirl, ke main lencun ngan terbakarnya kulit memasing. kan aku bilang, sunblock sume aku terlupa, solution pun terlupa. bukan tu jer, baju pun tak cukuppp woiii. spentot abang tak cukup, yang baju tuh, sampai aku kena pinjam baju sirman and on 2nd day aku pi beli baju 2 lai lagik. entah apa2 baju yang aku bawak tah. jenis amik campak amik campak, susun pastuh ler, apehal bawak baju nih.

trip kali nih memang aku tak berapa kemaskan luggage, sebenarnya dah siapkan kain baju depa lam luggage 2 weeks awal, hanya di malam nak pergi je aku rombak balik, ingatkan oh ni tak yah, tu tak yah. ha padan muka hahahahah!

ok takper…janji mak dapat periuk belanga. kain baju tak cukup, no issue hhihihiiii!

 

Comment: 22