Mar 24 2011 Thursday, 9:00 pm
Jangan kacau boleh tak?
Salam Kak Red,
saya nak submit cerita seram yg dialami oleh sy sendiri. Masa saya sekolah menengah dulu, saya tinggal kat satu rumah sewa ni, dengan family. Rumah tu half batu, half papan. Mula masuk, memang dah rasa lain macam. Rumah tu walaupun rumah sewa biasa, tapi besar. Saya selalu tak lena tidur. Time 12 malam je mesti saya paksa mata saya supaya lelap. Sebabnya…
bermula pukul 2 ke 3 pagi, saya akan dengar satu bunyi kat bawah bantal saya. Macam ada benda tengah mencakar2. Bunyi macam kucing yang cakar. Padahal sebenarnya family saya mana ada bela kucing masa tu! Kalau bela pun, takkan la kucing tu nak cakar2 bawah katil saya. Huhu. Last2, saya tidur tak pakai bantal.
Lepas tu, saya dengar bunyi tapak kaki lalu daripada ruang tamu menuju ke dapur melalui bilik saya. Saya tak tutup pintu bilik. Sengaja saya biar bukak sebab takut. Lepas tu saya dengar bilik air berbunyi macam ada orang guna. Saya tutup mata tapi tak jugak tertidur. Tapi yang anehnya, sampai hari dah siang bunyi tapak kaki tu tak lalu balik ke depan. Tak mungkin abah saya yang lalu, sebab saya sure sangat abah saya tengah tidur masa tu.
Adik bongsu saya pun selalu kena ganggu. Dia selalu cakap sorang2 dan selalu sangat react macam tengah main bola dengan seseorang. Adik beradik saya 5 orang, just ada sorang je lelaki, yang lain semua perempuan, adik bongsu saya ni perempuan. Dia selalu cakap tengah main dengan “abang”. Huhu. Adik lelaki saya masa tu tengah sekolah. Habis tu, “abang” mana pulak yang dia tengah dok main sama2 ni.
Banyak lagi la cerita Kak Red. Saya pun pernah kena kacau masa mandi. Masa saya mandi, saya dengar pintu bilik air kena ketuk. Lepas tu kat luar saya dengar adik saya tengah ketawa. Mungkin dia menyakat saya. Jadi saya marah suruh senyap. Lepas tu saya terus bukak pintu. Bukak2, takde orang! Adik2 saya semua kat ruang tamu. Takkan sekelip mata boleh ada kat depan..
Huhu…sekarang saya dah tak duduk rumah tu. Alhamdulillah rumah yang sekarang ni ok.
Tq Kak Red.
Sender: Luna Qiszara
alongxp
Mar 24, 2011 @ 22:15:41
yg ni sewanya bape lak?huhu…
da jd blog citer antu da redmummy nih…
alongxp recently posted..dapat lagi
AziziBasyah.com
Mar 25, 2011 @ 15:43:13
@alongxp, hahaha…adakah RM da ‘beralih arah’…kih3~
AziziBasyah.com recently posted..INFO Anda Sudah Mendaftar Sebagai Pengundi
madammondoq
Mar 24, 2011 @ 22:17:32
rajinnya die nak mengacau seme org ek?huhu…
solomolo
Mar 24, 2011 @ 22:27:49
seram…
JMR
Mar 24, 2011 @ 22:47:40
ni kisah malam jumaat gk ke kak red?????????
JMR recently posted..Travelog- Kemudahan Terbaik di Vungtau City
RedMummy
Mar 24, 2011 @ 23:19:46
@JMR,
hahahahahah
YobSumo
Mar 24, 2011 @ 23:38:21
saya pun ada banyak cerita hantu Kak Red. tapi Kak Red ni nampak macam penakut hantu so takleh cerita kat sini lah 🙂
YobSumo recently posted..Tips memilih Diploma- Matrikulasi atau STPM – lepasan SPM
lov
Mar 25, 2011 @ 07:40:47
@YobSumo, btol tu yobsumo.. lov pn ada byk gak cite2 antu…nengokkn Kak Red ni mcm takut je.. bek xya kn..ekekeke
lov recently posted..KAWAIIIIIIII FROM COMIC BOOK
luna qiszara
Mar 25, 2011 @ 00:33:21
Salam Kak Red,
hehe thanks publish cerita sy kat sini..ini cerita betul..
sy alaminya sendiri..sewa die macam biasa la, 400 rasanya kot..tapi rumah tu agak tersorok ke dalam sikit..huhu..
nak tau, datang la kg melayu subang, rumah tu dekat dgn klinik desa 🙂
luna qiszara recently posted..Bunuh diri kerana cinta Lancang mulut kita mengata- tapi hati mereka yang rasa!
sop
Mar 25, 2011 @ 01:24:05
Masalah juga dapat rumah cam tu. Huhuhu
sop recently posted..Paparan blog untuk mobile secara automatik
norhidana
Mar 25, 2011 @ 08:59:51
alahai,…
suke baca cite seram2 kt blog kak red nih, tp bile mlmnyer saya yg tak blh lene tdo sbb teringat2,
al maklum duk umah sorang2 laki balik jarang2… dh tau penakut nk baca gk cite seram2 nih…huhu
Fahidazri
Mar 25, 2011 @ 09:01:29
sy pun ada jugak kisah2 seremmmm ni, nanti kalau sy igt balik citer2 sereeemmmm tu sy emel kat kakRed ek…
Fahidazri recently posted..saya sudah jatuh chenta!!!
mak
Mar 25, 2011 @ 09:15:44
Hahahahaha..mak dah pandai dah skrg!!!
Asal ku tengok lain mcm je tajuk tu, ku scroll je laju2 ke bawah. Sok pg baru la terhegeh2 bukak mata besau2 baca entry ko kak Red. Hahahha
Pandai x mak? pandai x??~angguk cepat!
mak recently posted..MEDAN PERANG MAK!
ruggedmom
Mar 25, 2011 @ 10:23:11
cite seram je sekarang? dah bukak smlm tapi pagi ni baru baca
sharil anuar
Mar 25, 2011 @ 11:30:57
pehh bahaya ni..kalau setakat kacau2 dgr suara tu sy xkesah lg..tp jgn la dia menjelma dpn mata..nk baca bismillah pn lintang pukang nnti..hahahah
sharil anuar recently posted..Gambar Outdoor Kahwin Siti & Wan Seri Manjung- Perak
Muhd Hafiz
Mar 26, 2011 @ 17:06:45
Masa petang baru berani baca. Seram gila~
tiefazatie
Mar 26, 2011 @ 17:46:42
isk2…seriau je baca..nasib die xmuncul..kalu tak..naya je..
tiefazatie recently posted..Supermodels Secrets 1st Year Anniversary
Lyn Yusoff
Mar 28, 2011 @ 22:04:38
ishhh menyeramkan baca malam2 ni..
huhuhu
Lyn Yusoff recently posted..My Birthday Countdown –
henry zackery
Apr 04, 2011 @ 23:20:09
i like this one, real 😀
henry zackery recently posted..Senarai Artis Tidak Seksi