Penunggu pokok!!

 

kejadian ni berlaku 6 7 bulan lepas. wahh, macam serius je bunyinya. ehhe.

 

aku baru stay uma ni dengan family da 3 tahun da. rumah ni lot corner bebetul tepi jalan lebuhraya AMJ kat Melaka nun sana. memang laluan utama nak ke Melaka dari Alor Gajah. bilik aku memang betul2 mengadap jalan. kat seberang jalanraya ni ada satu pokok besar. kawasan situ memang banyak pokok tapi semua da ditebang sebab nak buat kilang, tapi satu pokok ni tak di tebang. jarak pokok tu ke uma aku dalam 100m. aku pelik jugak. adik aku penah cite dia nampak pontianak kat pokok tu. aku memula gelak jela sebab aku ingat dia menipu.

 

satu hari, aku tido dengan nyenyaknya. seingat aku malam tu malam jumaat. dalam pukul 3 pagi macam tu aku terdengar bunyi dentuman yang kuat sangat. seolah olah ade kereta accident. aku terkejut dan terus bangun ke tingkap bilik aku. aku jengah ke jalanraya tu. aku nampak ada accident melibatkan dua kereta betul betul depan pokok besar tu. aku nampak ade dua orang lelaki tengah bercakap sambil kereta da remuk bagai la kat tengah jalanraya tu. tanpa pikir panjang, aku berlari keluar rumah dan pergi ke pagar rumah. huh, aku tatau apesal la aku busy body nau nak jugak tengok sape accident kan. bila aku sampai je kat pagar, korang tahu ape aku nampak???????

 

jeng jeng jeng. kasi suspenssss.

 

aku tak nampak ape ape!!!! kereta orang semua aku tak nampak. yang aku nampak jalan normal je. takde accident. dalam masa 10 saat je aku berlari kat luar dari bilik, takkan kereta tu da blah kan. padahal dalam bilik tadi aku tengok bukan main lagi dorang tu dok cakap2 kat tepi kete.

 

perghhh. aku da rasa lain. aku masuk bilik tanpa banyak cakap aku tido la balik. sampai la ke pagi esok.

 

selang seminggu, ade jiran cina aku ni pasang lilin kat depan umah aku mengadap lokasi accident yang aku tengok semalam. mak aku tanya jiran cina aku tu kenapa dia pasang lilin. jiran aku bagitahu, anak dia mati accident kat depan pokok tu 5 tahun lepas.

 

derrr. bila aku dengar mak aku cakap, terus aku teringatkan accident yang aku tengok malam tu. adalah aku insan terpilih dapat saksikan kejadian accident yang libatkan anak jiran aku tu?? tapi malam yang aku tengok tu takde pulak orang yang mati. huh.

 

baru aku tahu kenapa pokok tu tak ditebang. orang majlis daerah banyak kena ganggu bila nak tebang pokok tu. mungkin ade penunggu kat pokok tu kan.

 

tapi alhamdulillah, sehingga sekarang, takde lagi gangguan2 yang maam tu terjadi lagi. tapi kes nampak pontianak kat pokok tu masih lagi ada walaupun aku tak pernah lihat. adik aku selalu je dengar hilaian pontianak tersebut sebab dia tidur kat bilik atas mengadap pokok tu.

Sender: engineersaiko

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16