Kereta rasa berat…

it’s my turn untuk cerita pengalaman saya…

i’m not sure samada cerita ni betul2 berkaitan dengan hantu syaitan or not, sebab i dont see with my eyes tapi perasaan dan kesakitan tu ada..

 

ceritanya bermula macam ni…

 

masa tu ngandungkan my 2nd child, Zulfan.. rasanya kandungan baru dalam 2-3 bulan.. kami laki bini balik kampung hubby kat Tanah Merah lalu ikut Temerloh. Laluan kat situ tahu je la, kiri kanan kelapa sawit, elok pulak jalan tengah malam.

 

Masa tu saya yang drive kereta. Tiba2 sampai satu tahap kereta rasa berat sangat, padahal bukan lah jalan berbukit atau apa.. saya dah abis daya tekan minyak tapi tetap rasa berat. selalunya bila kita dah pecut, takkan laa tetiba jadi slow kan?

 

Tak reti lah nak explain cemana, siapa yang biasa drive jauh dia mesti faham. Yelah tengah pecut tetiba kereta rasa berat. Hubby masa tu tengah tidur, saya lak tak berani nak cakap apa2. masa duk tengah fikir nak kejut hubby ke tak, tetiba lalu lori dari arah bertentangan, terus rasa laju balik kereta saya. [agaknya benda tu dah tumpang lori tu pulak la kot?]

 

Sepanjang jalan tu pulak, saya rasa saya ada potong satu kereta buruk jenis zaman dulu2 tau.. Tapi bila saya sekali lagi potong kereta yang sama, saya rasa dah tak sedap hati.

 

Takkan lah kereta perlahan tu ada potong kereta saya waktu saya memandu? Lagipun kereta jalan perlahan sangat. dan takkanlah pulak wujud kereta zaman dulu yang sama kat kawasan kampung tu? Masa potong kali kedua, serius saya tak berani nak toleh tengok ada pemandu ke tak. Yang saya tahu, saya nak pecut laju2.

 

Bila dah sampai ke Tanah Merah, hari pun dah siang baru saya berani cerita kat hubby.

 

Cerita ni abis kat situ. Tapi sejak tu lengan bahu saya sebelah kiri selalu sakit2. Sakit tu bukan takat sakit biasa, sakit yang bisa sampai saya menangis2 mintak hubby urutkan.

 

Sakit tu bukanlah setiap masa, tapi bila dah datang bisa tu, gitulah jadinya. sampai menangis2 tak tahan rasa mengucuk. Walaupun dah urut, tetap tak puas dan sakit tak hilang. Saya ingatkan sebab saya driving lama sangat, so mungkin sebab saya mengandung jadi urat saraf jadi sensitif [saya mmg selalu drive long journey sebelum ni mmg takde masalah]

 

Saya menanggung sakit tu sampai perut saya besar. Rasanya 7bulan saya mengandung, saya dah tak tahan lagi saya pergi jumpa makcik tukang urut. Saya ngadu kat dia. Masa tu saya tak terfikir langsung perkara pelik.

 

Tapi tak sangka makcik tu pandai ’tengok’. Dia tanya saya ada berjalan tengah malam ke tak. Bila saya fikir2 balik, memang sakit tu berpunca lepas saya balik kampung hubby.

 

Katanya, kalau mengandung elakkan la berjalan waktu malam. Kalau tak dapat elak, pastikan bawak paku atau apa2 barang besi bersama2 kita. Itu salah satu barang yang syaitan takut.

 

Cerita saya tak seram tapi boleh jadikan pengajaran kat korang yang mengandung atau tak mengandung sekalipun supaya berhati2 berjalan waktu malam.

 

Sender: sw33tdarling

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 14