May 10 2011 Tuesday, 5:00 pm
Saka!!
Dah lama nak hantar citer ni tapi asyiklah tertangguh jer. Ni kisah rumah saya lah. Sebelum pindah ke rumah ni pun dah banyak kali kena kacau kat rumah lama. saya tinggal dgn husband, anak saya, maid dgn adik saya. nak dijadikan cerita adik say nih dia boleh nampak benda2 ghaib nih. Sebelum ni dekat rumah lama macam2 yang dia nampak, kalau pergi berubat katanya dia ada saka dari keluarga. tapi bila tanya mak ayah saya, dua2 x tahu samaada betul ke tak family diaorang ada saka. cuma yang belah mak saya ada lah kot guna ilmu sikit2..
sebabnya, atuk saya dulu tukang rumah selalu lah tinggalkan anak bini kan cari rezeki. lepas dua2 meninggal rumah pusaka dia tu tak de yang duduk. dulu ada yang menyewa tapi x kekal lama sebab katanya ada nampak macam2 benda lah.. jadinya rumah tu memang bersemak samun lah. sekali ada yang tegur mak saya, bila pasang pagar kat rumah tu?. mak saya heran jugak la sbb mana ada pasang pagar, rumah tu pun dah nak roboh dah. hehe..
berbalik kisah umah saya ni, adik saya selalu kena kacau lah. selalu katanya ternampak orang besar kat tepi tingkap lah, padahal bilik dia kan kat tingkat atas mana ada orang boleh lalu tepi tingkap. pastu anak saya pun kerap jugak lah, asal tengah2 malam menangis melalak2 sampai terketar2 badan nya.. tu sebelum dia bleh bercakap lah. dah boleh cakap dia akn tunjuk2 kat sudut dinding pastu ckp ada.. tu jer lah.. cuma sekali tu saya dengan adik saya dengan anak saya nak naik tidur lah, tetiba bila sampai anak tangga yg kat atas paling last, anak saya pusing tengk ke bawah then tangan dia cam ajak seseorang sambil cakap “jom lah.. naik lah.. jom naik” haish terus saya yang terkejut nih tengking anak saya.. pastu anak saya senyum jer lah.
then kitaorg gi jumpa orang ni yang katanya boleh ubatkan. sbbkan adik saya yang selalu kena kan, dia ckp benda tu banyak yang dok menumpang kat badan adik saya.. memang kalau adik saya nak baca quran ke mesti ada yang cuit belakang dia. pastu kitaorg ajak orang baca yasin sumer lah. sekali masa baca yasin tu pun orang yg ubatkan adik saya dtg, dia kata kali ni nak ubatkan saya pulak.. huish memang menjerit2 saya rasa cam kena histeria plak.
lepas jer hari tu, kurang sikit lah. cuma bibik jer pernah cakap dia pernah nampak bola anak saya terjatuh dari tingkat atas, dia ikut lah nak kutip simpan tapi bola tu x der pun. pastu pagi sblm subuh 3 kali dia dengar saya panggil nama dia, dia bangun tengok tapi x der pun. sampai sekarang kalau duduk berdua denan ank saya, memang kul 8 saya terus naik bilik jer. kalau mak saya ada kurang sikit lah rasa takutnya.
Sender: mummy iman
Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
Anis Czaj
May 10, 2011 @ 17:22:27
saka memang susah nak ubat…kalo boleh cri yang berubat secara islam…
madammondoq
May 10, 2011 @ 17:47:37
seramnya baca.. harap janganlah terjadi kat daku..
madammondoq recently posted..Sambutan Hari Ibu Tema Kampung
Asyraf Kamarul
May 10, 2011 @ 18:38:38
menakutkan..grrr seram2..
hehe tapi dah biasa dengan keadaan macam tu sebab kat rumah saya pun sama jugak sampai ada ustaz kata rumah saya ni dah macam taman permainan mereka je…
tips-kurus
May 10, 2011 @ 19:20:45
mungkin kita ada tapi kita tak tau. berhati-hatilah..
tiefazatie
May 11, 2011 @ 03:13:32
seram baca pagi2 nie..hihi
tiefazatie recently posted..rezeki dapat saguhati yang comel!
Lyn Yusoff
May 11, 2011 @ 15:21:56
Saka ni mmg payah nak ubat..
kena carik org yg betul2 arif…
Lyn Yusoff recently posted..Tora Datang Lagi…
cinta
May 11, 2011 @ 23:08:19
saka susah nak buang kena cari yg betul2 pandai baru leh buang
cinta recently posted..Cari duit nak kahwin
ingin hamil
May 21, 2011 @ 18:56:49
ish..seramnya..mintak jauh la..