May 14 2011 Saturday, 6:00 pm
Baju serba putih
Nak citer dengan korang semua pengalam jumpa hantu. Aku pun tak pasti la dia tu hantu ke bukan. Aku masih ingat kenangan pahit, busuk masam ni. Masa tu aku sekolah rendah. Tak ingat lah darjah berapa.
Tiap-tiap hari, biasanya abah aku akan ambik aku balik sekolah. Tapi satu hari tu je dia tak ambik aku. Tak silap hari tu abah au ada hal yang nak diuruskan. Aku pun redha je la jalan kaki sorang-sorang.
Ikutkan hati ni, memang la takut. Takut kena culik, bunuh, rogol bla..bla..bla. Masa perjalan pulang dari sekolah, dengan hujang renyai aku laluinya juga tanpa singah kemana-mana mencari tempat berteduh.
Sampai kat satu jalan menghala balik ke rumah, tempat ni agak sunyi. Ada hutan sikit. Tak la tebal mana pun hutan tu. Sekarang tempat tu tak hutan dah, tapi semak samun je. Dulu aku satu kebun ni, kalau nak masuk kebun ni mesti lalu lorong ni. Aku tak padan dengan pompuan pun pernah ikut sama dengan geng aku.
Ok berbalik citer hantu tu, yang peliknya takde satu kereta lak time aku lalu kat situ nak tumpangkan aku. Tiba kat satu pokok durian ni, aku nampak satu benda putih. Rambutnya mak aii..panjang bebenor.
Bukan setakat rambunya yang panjang mengurai tapi pakaiannya serba putih. Aku pandang sekali imbas tak berani la nak tenung lama-lama. Aku mula la rasa cam nak patah balik je. Tapi kalau aku patah balik, nampak sangat la aku nampak dia kan. So, aku teruskan perjalanan memandang ke arah lain. Aku buat macam tak nampak la.
Fikiran aku dah bercelaru, macam-macam difikirkan. Kot-kot dia ada kat belakang aku manalah tau kan. Aku terus jalan laju. Buat macam tak apa-apa berlaku. Jalan-punya jalan, tiba-tiba aku dengar bunyi kenderaan. Aku takde la pandang belakang, takut kang yang lain pulak muncul.
Syukur Alhamdulillah ada bas sekolah berhenti kat tepi aku nak ditumpangnya aku ni. Aku nak marah jugak la, kenapa bas ni baru lalu sini. Kenapa tak lalu sebelum aku nampak hantu tu. Apa lagi driver tu suruh aku naik, cian tengok baju aku basah kena hujan.
Keesokkan hari aku citer kat kawan sekampung aku. Pastu mak dia cakap memang ada orang mati kat situ. Nama dia makcik putih. (dalam hati aku) betul la apa yang aku nampak tu hantu. Ishkk..menyeramkan betul. Tak tau la pulak kot-kot orang lain pun pernah nampak apa yang aku nampak tu. Cukup la sekali pengalaman jumpa hantu. Tak nak dah…..
Tapi sekarang memang dah tak hutan tapi semak-samun takde orang nak jaga laluan utama orang kampung untuk ke bandar. Tapi still takut gak lalu kat jalan tu, bukan sebab hantu tapi sebab Mat Bangla, Vietnam… keje kat pasaraya berhampiran jalan utama tu.
Dengar citer ada orang kat kampung aku hampir-hampir kena rogol dengan mat2 tu. Kebetulan masa kejadian takde orang lalu kat situ. Tak lama tu baru la ada orang yang lalu kat situ dan terdengar jeritan kat semak tu. Syukur la tak diapa-apakan.
~ Tamat ~
Sender: deyna83
Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
secret
May 14, 2011 @ 19:02:17
Aku benci mat bangla. diorang pandang pompuan melayu macam bohsia pelacur. banyak video kt youtube, bangla kena blasah sebab kacau isteri orang. tapi. ak xleh nak salahkan sebelah pihak. erm.. aku pernah tengok pompuan melayu tak kira lah u bujang, isteri orang atau pun janda. dok melayan mat bangla. selamba je bertepuk tanpa. malu sey. pompuan sekarang teruk prangai. aku pun pompuan. so tak seksis kan. sbab benda jadi depan mata aku. pompuan tu selamba je bergurau senda bagi ponggong kat mat bangla pegang. peluk pinggang segala. .malu. SORRY TO SAY. KAUM WANITA SEKARANG, SUSAH NAK JUMPA YANG BETUL2 JAGA MARUAH DAN HARGA DIRI. Ini pesanan khidmat masyarakat utk semua. terutama sekali yang islam.
renung- renungkan dan selamat beramal.
nizam ijam
May 16, 2011 @ 06:38:38
salam… datang melawat mummy 🙂 singgah dan tinggalkan jejak..kalau sudi dtg la k 🙂
http://www.nizamijam.co.cc/
nizam ijam recently posted..Simbah Asid Menular di Malaysia
anuar
May 16, 2011 @ 10:38:29
Meremang juga bulu roma saya membacanya.. hehehe..
Entri Terkini Di Blog Saya:
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
tiefazatie
May 18, 2011 @ 04:44:22
isk2..adoi la..berani sungguh…huhu
tp btol la..zaman skrg nie..xleh..ken berteman sentiasa..manusia lg menakutkan!
tiefazatie recently posted..2000 Followers Giveaway
mylovegifts
May 18, 2011 @ 11:23:58
hantu yg kat hujung cerita lebih bahaya! 🙂
mylovegifts recently posted..Lelaki Cepat Mati
Lyn Yusoff
May 18, 2011 @ 22:46:02
makhluk halus ni mmg wujud pun kan..
seram gak ler baca citer ni..
tapi org yg jadi hantu pun ramai…
nauzubillah…
Lyn Yusoff recently posted..Owh Please!!!!