Jun 23 2011 Thursday, 8:00 pm
Rahsia Pokok Buluh
Saya tak tau la cerita ni seram ke tak. Tapi saja nak share. Cerita ni pasal pokok buluh dekat kandang kambing abah saya. Pokok buluh ni besar, lepas tu gemuk dan subur macam tu la. Abah saya punya kandang kambing dalam kebun kelapa sawit. Kebetulan dekat dengan kandang kambing abah saya ada la pondok kecik penempatan Indonesia. Diaorg duduk kat pondok tu sambil tolong tengokkan kambing abah saya dan kerja dekat kebun kelapa sawit.
Pada satu hari tu budak2 indonesia ni datang kat rumah. Diorg cakap nak pindah sebab tak nak duduk kat situ lagi. Abah saya pelik la. Kenapa tiba2 xnak duduk kat pondok tu lagi. Lepas tu baru la diorg bercerita beriya2. Diaorg cakap ada satu malam tu tengah nyenyak tidur, lepas tu dengar bunyi van masuk kawasan kandang. Mula-mula ingat ada orang nak mencuri tapi kemudian dengar orang buka pintu van dan tutup van kuat dan ada riuh riuh macam ramai sangat2. Lepas tu budak Indonesia ni mengintai la dari dinding nak tengok sapa yang datang.Punya la budak Indonesia ni terkejut bila tengok yang datang ramai2 ni datang dengan baju serba putih. Lepas tu diaorang ni usung mayat pergi kat pokok buluh tu.
Lepas tu budak indonesia ni nampak diaorang mengali dekat kawasan pokok buluh ni..kemudian adalah upacara membaca talkin semua. Mengigil2 budak indon ni dalam pondok tu. Keesokkan harinya abah saya pegi la kat pokok buluh tu tengok ada kesan gali ke tidak. Tapi xde langsung. Nmpak macam xde apa-apa yang berlaku.
Lepas 2-3 hari kemudian, pokok buluh tu mula menguning..lepas seminggu dia kering dan mati. Nmpak macam pokok buluh ni mati sebab kena gali dari akar. Kata abah saya mungkin kesan menggali dari majlis pengkebumian malam tu. Sejak dari hari tu pokok buluh tu xde tunas pape lagi padahal pokok buluh ni punya la subur dan besar. Kawasan tu pun lapang je xde tumbuh apa-apa. Saya kalau datang kandang kambing abah saya memang x berani nak dekat2 dengan kawasan tu.nampak macam misteri je. Hihihi.. kata abah saya yang datang malam tu orang bunian. Orang bunian islam.
Wallahuallam.
Sender: Wawa
Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
kid
Jun 23, 2011 @ 20:13:02
kebun kelapa sawit… huhuhuhu.. seraammm..
Amaran kepada NUFFNANG!!!
tinot
Jun 23, 2011 @ 21:09:29
mcm btul2 jd plak…mcmne pkok tu blh mati gtu je, msti ade ape2..
tzmlt
Jun 23, 2011 @ 21:29:31
ni crita bru ke??bru trjdi ke dh lama?
remote
Jun 23, 2011 @ 21:30:46
misteri pokok buluh..hihi
tiefazatie
Jun 24, 2011 @ 03:14:34
owh..cmtu ek..seram juga nie..
deyna83
Jun 24, 2011 @ 08:08:56
memang suka sangat baca kisah seram ni…tapi kalau tengok citer seram..xde la…x berani nak tengok..
June a.k.a Kimi
Jun 24, 2011 @ 08:38:11
ye kot orang bunian tanam orang meninggal kat situ. Wallahualam
Cumulonimbus
Jun 24, 2011 @ 09:46:00
Orang bunian naik van? Hmm..sesuatu..
afif
Jun 24, 2011 @ 12:40:53
ehh…bunian naik van ker?buan bunian kecik2 ker ornagnyer
nasslimdiet2
Jun 24, 2011 @ 16:02:09
bar betul dorang naik van. konpius ni
kehamilan
Jun 26, 2011 @ 19:06:03
seram la jgk..
Lyn Yusoff
Jun 27, 2011 @ 17:36:15
orang bunian kot…
huuhuh
Kasih
Jun 28, 2011 @ 13:41:19
benda nk jd dan kita nmpk tu kita pun xtau apa sbnrnya kn.. may be btl org bunian.. dan tu adalah tmpt dia ke, mana kita tau… benda2 mcm ni sumer mmg dekat jer gan kita, samada kita nmpk atau pun x, huhuhuuhu….
saharudin
Dec 31, 2011 @ 01:40:33
pokok buluh tak pernah dengar lagi….rumpun pokok pisang, selalu gak dengar pasal2 seram ni…..