Dengue attack to our Red Family … Part 3

Continuation dari dengue part 1 and part 2

Part 1 was about me kena denggi dan part 2 was about Zeeshan. Part 3 dalam entry ni pulak about RD’s dengue and little bit of Abang’s dengue. Orang dengar terus kitorg dpt title keluarga denggi. Yelah jarang satu family kena.

Sehari selepas Zeeshan discharged (4 hari selepas aku discharged too), dia dah bahagia dapat main hp neneknya. Aku pun macam dah segar sikit gak ler, kadang2 dalam sehari, 2-3jam akan rasa down. the rest of hours macam ok. Ada hari lainnya 5 jam ko akan down, so lain waktu ok. Tengoklah, ni semua penangan denggi ler. Specially on otak kepala kita nih, we cant even force ourselves nak recall balik benda2 sebelum nih. Kalau dulu sekejapan boleh ingat apa incident last month ke, skang ni payah ye, macam half of your brain tu dead, tetiba semua benda macam nak rena refresh balik. Pick up slow. So jangan judge tengok orang senyum gelak bagai, dalaman orang tu ko tak nampak. Jangan nak main cakap macam tak sakit bagai ler, ko dedoa ler yang ko tak kena denggi ni yek, ha…Allah tu sedang melihat mendengar.

 IMG_6333

untuk record aku akan datang, dan untuk korang jugak. Air pink guava ni bagus sangat. Untuk denggi. Ada brand lain gak, Peel fresh, marigold ke ke hapa, amiklah, minum. Selain dari tu, tembikai merah, makan macam tu jer. makan macam makan nasi. Also the kiwi blizz, air kelapa gak. Ada orang kata air tebu too. But dalam bebanyakkkkkkkkkkkkkkkk ler kan. Almost semua jenis air aku dapat or makanan, minyak kelapa dara tu pun aku dapat gak (tapi membelahak le muntah pastuh), laki aku dapat yang hok pills/ capsules, so a bit better to eat. Pada aku, badan aku lebih sesuai dengan watermelons and air pink guava ni (any brands). Brand yang aku pegang ni susah nak dapat kat area rumah aku. But boleh ganti dengan brand lain asalkan pink guava.

Buah tembikai, pagi Friday tu mak ajah datang bawak sebijik, terus aku potong kekecik siap untuk bawak ke hospital. Pagi tu gak aku nak gi jenguk laki aku, coz semalamnya lepas Zeeshan discharged kan ada fogging kat rumah so aku dok mengemas satu rumah bagai, dah pancit kudrat hah.

IMG_6337

just nice datang untuk his lunch. So aku sediakan cecampur dengan lauk pauk yang mak dah siap masak. makan sesama…borak tak leh heavy2, tak leh update 10 sekali citer kat dia, coz kang dia tak leh digest and tak leh nak ingat balik. Take one little step.

Let s go back to his first day of admission. Feel like nak bagi penumbuk jer kat Prince Court ni, dahlah aku takde nak helped out laki aku punya admission. So he was brought by his BFF to PCMC (aku dah planned remotely dari katil hospital aku untuk sapa buat apa bagai). So bila sampai sana, as expectedlah kan. Then kawan dia balik. so RD menunggu di ER.

Boleh tak nurse cakap gini – encik, blood kita dah amik, encik pi minum makan jalan2 dulu, pls come back after 2 hours ye.

Eh saya tak laratlah, saya demam sangat ni, mana mampu nak jenjalan. saya nak lie down kat sini.

Ok kalau encik nak lie down sini, kita charge RM30 per hour ye.

Ya Allah. Nasib baik le ko cakap kat laki aku yang sedang solo dan sakit ya hamat. Kalau aku ada di tempat kejadian memang aku bagi pelempang merah!! My GL covers everything and you dont say about RM30 per hour to my husband!! Mamat tu sakit, katil pun ko boleh buat meniaga!

Dah kemudian after few hours, bilik dah ready, so kesian kena jalan sendiri ke bilik yek. No wheelchair. His temperature was 38++ and he is confirmed dengue. Laki aku yang lemah ni malas giler nak bertekak or voice up dari kes RM30 per hour sampai kena jalan naik ke ward bilik. Told you, I wasnt there, if not aku memang dah memang fight gila untuk laki aku punya condition.

Aku tau  ni pun after few days bila dia ada tenaga nak bercerita semula kat aku incident masa dia di ER. Kesian sang suami, napa le hospital mahal ni buat gitu. Itupun coz aku after few days dia warded baru bukak sofa bed dia, they refused to give me the blanket, cadar bantal for sofa bed.

hah ko jangan, aku ni over 10 hari tau tidur hospital nih, darah denggi aku pun tak habis menyerap lagi nih, ko nak play around kedekut berkira ngan aku pulak. Lepas dah aku being sarcastic sikit baru le staff nurse tu bagik.

For me, staff nurse at Wad 5B (out of 10 skala aku bagi 2 bintang jer), coz 2 bintang tu pun ada 2 staff nurse yang waktu duty depa sangat very the perfect, to me and hubby la. Lelain memang nak kena disindir,disound dan ditegur.

IMG_6343

oh untuk hari kelima RD di hospital, RD dah tukar bilik, since sehari sebelumnya. For 4 days dia duduk kat corner lot, memang ler besau bilik tu but aircond bilik tu standardize, tak boleh nak adjust. Kegilaan ler orang denggi ko nak bagi bilik sesejuk. Pastu bilik tu takde matahari, mengadap entrance Prince Court macam tu, tu yang gelap je bila masuk bilik dia. Lepas 4 setengah hari baru le dapat tukar bilik sini, jadi ler walaupun view KLCC je pun (aku dapat view Jalan Tun Razak, lagi best leh gak tengok kira keter hehehee), so at least ada matahari yang pentingnya.

IMG_6379

aku lepas teman dia dalam dekat 4 jam lah gak aritu, coz anak bujang aku kan pagi tu ada tepon yang dia demam. Jadi aku kena balik pulak untuk jenguk kabau dia. Zeeshan tu rupanya sebelum aku pergi, aku ada bagi dia ipad (kat spital aku lupa),so sepanjang 4 jam aku kat hospital, dia dok mengadap ipadnya. Wui….ko tak tau aku sampai je rumah terus aku amik ipad dia tuh. Sakan ko yek dik…ko tu baru baik, sampai 4 jam ko main ipad kau.

IMG_6380

BFF datang melawat kali kedua

gambar ni macam aku dah ceria sikit, dah ada make up kan, yelah masa ni dah boleh teratur sikit kot, dah ada little time sikit nak berhias (sambil driving je pun aku make up nih gak).

Masa ni jugak doctor aku, dan jugak doctor RD (kami dapat doctor yang sama), datang check up laki aku, ngan aku2 sekali dia jalankan check up gak.  Masa ni jugak dia suh tukar aku punya blood test check up to do on the same day together with laki aku nanti. Dia pun paham takkan asing2 nak datangkan, yet kami laki bini. Baguslah ada doctor yang memahami macam nih. if not aku kena pi sendiri, pastu sok lusa plak aku kena pi sendiri, pastu kang  laki aku mana larat nak drive dengan baru nak recovering, so kira memudahkanlah kerja kami untuk check up serentak terus.

Doctor dah bagi arahan kat staff nurse tu untuk buat the changes of mine sama ngan husband, but pemalasnya dia tak buat ok. Masa laki aku discharged tu dia cakap kena pi sendiri buat kat ward 5C, ward asal aku ler, pastuh sana cakap since 5B yang dapat arahan doctor patutnya 5B yang buat bukan 5C. ding dong betullah. Last2 laki aku turun pi clinic doctor sendiri at level 2, buat appointment untuk aku, kekejian betul pemalas staff nurse 5B tu. Nurse kat clinic pun geleng pala jer bila tengok patient yang belum discharge ni lagi yang turun sendiri settelkan appointment. Eii!! super duper geram btol aku ngan nurse kat 5B tu lah.

IMG_5279 (1)

sebelum aku balik, aku kena beli roti anak2 dulu, kat spital ada kedai roti yang tetiga jenis roti untuk 3 anak aku ada, so daripada aku kang kena menyinggah, baikler aku pi beli kat bawah, jimat masa. Amik wheelchair tolak laki aku sama, bagi dia amik udara bawah sikit, tengok manusia luar sikit.

oh masa aku sakit warded pun dia ada tolak aku ngan wheelchair, but aku masa tu ngah lemahhhhhhhhhh sangat, rasanya baru 5,6 hari warded, so masih lemah lagik. Jadi ada orang yang kenal aku pun, aku hanya angkat muka sahaja. At least ni laki aku boleh lagi nak pegang camera hp kan…hehehee….lepas dah beli roti, hantar dia balik ke bilik and aku pun balik ler.  Jacket askar RD ni aku belikan untuk abang masa pi Sabah dulu, bila dah demam hah mencarik jacket (1,2 lai tak cukup, kena ada stock banyak bwk ke spital), so dia ler menyarung (ini kes aku hanya ada 4 jam untuk bungkus barang kain baju waktu aku tinggalkan Zeeshan kat RD di spital).

IMG_6405

jadi abang demam kan, so petang tu balik dari spital aku terus monitor his temperature. Aku buat macamana doctor and nurse jaga aku. Started ngan panadol, aku timing 6 jam. Pastuh aku suh dia start minum the drinks untuk pemulihan denggi. Tembikai is a must too, dragon fruits (all stocks ni memang ada kat rumah aku coz kita masih lagi dalam perang denggi 2,3 minggu tu). Tu pasal muka dia melemah sangat nih, kakak yang beratur kat kaunter KFC tu.

Abang dah tak larat nak tolong beraturkan, memang betul lemah badan dia. Aku suh pakai jacket degil tak nak, katanya cukup ngan long sleevsnya tuh hah pastu sampai hospital, mengerekot sejuk ko kan.

RD ada selera nak makan kfc, teringin, pas Isya baru kita dapat keluar rumah coz macam2 hal ler…diorang pun balik sekolah jam berapa kan. Beratur lagi tunggu KFC nih, sampai spital dah 930 kot.

IMG_6412

jadi kita picnic makan kfc satu Red Family di hospital. Abang tu senyum tapi sebenarnya untuk 5 saat jer, lepas tu dia punya temperature naik! Terus sarung jacket bapaknya. Aku tak bawak le temperature thermometer aku tu kulu kilir, tapi aku rasa2 panas dia dalam 38 dah, bila kebetulan staff nurse datang buat bp test, and check temp demam laki aku, aku mintak budi bicara staff nurse if she boleh cekkan for abang. Mana le tau kot le check temp pun nak berkira kan, nak suh aku pi ER gak, melampo!!

So dia check, it was 38.8. Omanghaik. Just nice masa tu gak, kawan baik RD and anak2nya pun datang gak (tiada gambar, sibuk meriah borak), depa ada bawak kiwi fruits. so aku suap sekali bapak ngan abang gak. Zeeshan memang takkan makan ler kiwi tu, dia payah nak makan bebenda yang dia tak pernah nak merasa.

Dalam jam 1145malam, RD dah halau kitorg semua balik, dia dah tak larat, lemah and nak tidur. Being dengue victim ni memang moody manjang. Masa aku kat ward aritu pun, lambat blanketkan badan aku, aku dah merengus. Selimut kena 2 lapis yek (eh pasnih bawak toto blanket sendiri le dari rumah, lagi tebal). Dan RD punya moody sangatlah ketara, sehingga lebih seminggu dia discharged pun dia masih lagi merengus, cepat marah cepat naik angin. Sian anak2…bapaknya tengah berlawan sakit.

Dan apabila ada orang yang menuduh fitnah bininya, lagi ler dia berasap. halahai….takde simpati langsung kamu nih.

So back to abang, balik midnite tu dari spital, ngan aku bawak anak2 tu…aku singgah few seven eleven gak, nak tambah lagi air2 untuk pemulihan denggi nih. But banyak takde stock. Takperlah nanti sok aku sambung cari lagi at least untuk 3,4 kali minum cukup lagi untuk abang.

IMG_6420

jadi malam tu aku berjaga ler, tidur2 ayam. Coz aku kena check his temperature all the time. Nak kena tuam2 dia jugak, walaupun besar galah, umur 15 taun tapi dia anak aku. Lain le korang biarkan je anak korang demam, tapi not me ler. So aku memang alarm, cukup 6 jam kena bangun untuk bagi dia makan panadol. Dah macam style staff nurse buat kat aku hehehe…Malam tu mak aku ngan bebasnya tak tidur dah kat rumah aku, aku bagi dia off ahhahaa…sian mak ajah sejak aku huruhara denggi ni, mak memang 24jam kat rumah aku (usually few hours je dia dok rumah aku setiap hari). Tapi esoknya she came back, of cos!

So abang the next morning, masih lagi macam suam2 badan dia…so aku buat breakfast on the bed. Setupperware tembikai merah, hot milo, ayamas chicken (his fav sangat nih) and pink guava juice. Dan panadol coz also dah cukup 6 jam gak. Dia nampak macam ok dah kebah2 sikit lepas few hours later. Tapi aku skippedkan dia from attending any tuitions. Except badminton, petangnya he said he dah sejuk badan dah tak panas and insist nak pergi badminton. Elok gak lah boleh lagi keluar peluh but i told him if you rasa tak sedap lagi badan, better call mami terus, means your fever tu degil, denggi ko lagi kuat.

Sedang aku berlawan dengan menjaga abang (nasib baik mak ajah datang lagi, of cos le dengor cucu sorang lagi suspected denggi), RD bagitau dia dah mintak discharged aritu gak. His plateletes was low, 70 jer but dia dah nak balik gak. Hish…tak sanggup dah dia dok 6 hari kat spital tuh.

So dalam nak zuhur ke sebelum gitu ler, aku sesiap nak pi jemput laki aku dari spital. Dia ler yang uruskan diri dia sendiri punya discharge, beratur bagai, amik ubat pun beratur lagi. Macam aku cakap untuk kali ke 18nya, ko spital mahal pun tak boleh ke ko antau bill tu kat bilik pesakit and also ubat tu, why ler ko siksa kami2 ni turun bawah untuk 2 kali beratur?? why?? Tapi baru aku turun tangga, rupanya abah and abang ipar aku ada datang, dema nak tolong pi jemput laki aku.

Alhamdulillah. ada gak orang nak tolong ringankan sikit berat bahu aku ni. So laki aku punya discharge, dijemput by my brother in law and abah aku. Terus dia balik rumah. but terus melentok, baring tidur baring tidur. Abang ipar aku and abah aku gak pi hantar kakak to tuition.

Aku tinggalkan dia ngan Zeeshan, coz aku nak buat errands. Dah berminggu rasanya barang rumah banyak dah abis, so nak kena top up. jadi aku pergi 3 tempat hari tu, about 3 setengah jam gak aku keluar. Memula pi HERO carik barang (asalnya nak carik air for denggi ni tapi tak jumpa so beli le benda lain), pastuh pi amik kakak kat tuition hantar both abang kakak to badminton session. Pastu aku pi Tesco, carik lagi barang berejam. Pastu abis 3 jam lebih, aku pi jemput abang kakak pulak, baru sket lagi nak sampai rumah, helper yang aku suh datang for ironing, suh jemput. Patah semula ke somewherre and jemput helper tu. baru le balik rumah.

Aku suh  helper tu buat ironing jer, ada masa lebih sikit baru tolong lap2 apa yang patut. Ironing yang paling penting coz aku tak leh nak concentrate sampai 3,4 jam untuk iron, baik aku mengadap anak2 and laki yang ngah sakit tu.

Back to abang, he s ok malam tu finally alhamdulillah. Dah kebah, temperature pun drop. Menjadik gak aku punya ‘peranti denggi’. Well yelah dah sampai 3 orang kena, of cos aku dah tau sikit2 pasal denggi, little bit of expert kot pasal nih, apa elok nak minum makan segala kan, so tu yang Abang dapat aku selamatkan. If not, dia pun kena warded, some more dia ngeri tengok parents and adiknya warded, lagi ler dia tak sanggup nak duduk hospital.

IMG_6425

cuma untuk bapaknya masih lagi lemah, sesangat. Lembik betullah aku tengok laki aku. banyak baring je sangat. Pepagi Ahad tu pas Subuh, dalam 7 lebih aku dengar bunyik fogging. Ini kali kedua datang untuk that week sahaja, so apa lagik, aku terus jadik charlie chaplin, suruh semua orang keluar rumah. Laki aku agak memamai coz dia kan sakit lagi, aku pujuk dia kuor, biar fogging team masuk, i dont mind to do the mopping pun, asal kita semua sihat walafiat kembali. In case le ada lagi nyamuk aedes dalam rumah tu kan.

Zeeshan yang tengah tidur pun abang dokong bawak lari keluar.

IMG_6430

dan untuk makluman, sejak yang aku report kat Kementerian ‘with high tone note’ memang kerap sangat fogging. Almost everyday dema datang after 6am tu buat fogging. Petang pun ada jugak depa datang, aku suspect ada unit lain pun kena gak sama coz makin kerap sangat depa datang. Rumah aku dah memang of cos le jadi WTK ni kan (wabak denggi tak terkawal).

IMG_6436

jadi habis pagi tu seisi rumah depa buat keje fogging, memang penat ler aku anak beranak mengemop. RD banyak rehat but bila dia tengok aku and anak2 buat keje rumah, dia tolong le light2, he cannot do much coz his condition was still bad sangat masa ni.

IMG_6440

Member aku cakap sofa2 baru ko habis le bau fogging nih, aku cakap lantakkanlah, tu sume tak penting. Bau2 tu boleh hilang, yang penting is our health.

By the way, when he was discharged, staff nurse 5B buat salah lagi for Summary of Discharge. Depa letak salah date, ini pun aku kena called and followed up and ‘bantai’. How am I supposed to process my insurance if the date is wrong. Aku ada 3 beranak punya insurance nak kena submit nih.

Thanks Naf and Nizam – my Prudential agent insurance, they came to visit us and to process our insurance claim too. Laki aku tak larat ler dia nak sound2 staff nurse tu, dia suh aku ‘settlekan’ jer. Dia kan lemah sakit lagik. haih….udahlah dischargenyapun dia uruskan sendiri kan, turun bawah beratur for discharge and amik ubat pun beratur lagik.

So among 3 wards yang kami duduk, mine was 5C, husband was 5B and Zeeshan was 6C.

The perfecto goes to 5C, staff nurse dalam tu memang terbaik ler. Yang  6C for Zeeshan lagi better dari staff nurse yang laki aku 5B.  I remember a few staff nurse yang teman aku pi toilet dalam keadaan aku yang sangat lemah dan drowsy, ada yang pujuk2 aku ada yang menjaga dengan penuh kasih sayang. Apapun, mana2 ward pun, dah rezeki kita le kan, thanks of cos merawat kami anak beranak.

IMG_6442

Oh ada si QuPuteh sama bawah kereta lari hehehehe…Aminah pun sama lari gak. Rumah sebelah aku, pun sama kena denggi gak, few days sebelum RD discharged, means dia mangsa ke lima (selepas abang yang berjaya aku perantikan). Neighbour aku tu lagi kesian, baru 2 bulan lepas dia denggi, ini kena balik. Yang kesiannya, isi rumah dia yang lain tak kena langsung, dia sorang je pulak kena kali ni. About 5, 6 days jugaklah dia warded.

IMG_6448

phew asap ni punya power sembur….takper takper, takat mop lantai je pun. aku rela

IMG_6458

5 beranak, 3 + 1 denggi survivors, alhamdulillah kakak terselamat. Aku suspect masa nyamuk tu menyerang kitorang kan, aku and the rest memang kena awal ler (paling awal untuk denggi terjadi 4 hari sebelumnya) so aku agak ler maybe coz Kakak sekolah in full or mbe masa dia ngah camping 3 hari tu. Allah melindungi ko Kakak.

IMG_6464

bila dah masuk rumah kembali, all kids pakai mask, payah nak berudara, habis bukak kipas nak bagi fogging air tu habis. Even Zeeshan pun helped out mengemop

IMG_6657

For RD, for 1 week after he was discharged, he became like this. Flat and lemah and sangat tak mampu untuk menguruskan hal rumahtangga. Kadang2 ubat pun dia malas nak makan so aku kena ensure ubat tu masuk tekak dia, dok depan dia untuk dia telan. Aku kena paksa dia minum all the ‘drinks / fruits for denggi’.

Today (as this entry is up), he finally back to work. We had 2 times of blood test sessions arituh. The first one, memang his result was damn bad, liver part. As we know the denggi ni dia akan kacau ‘almost semua badan and organ ko’, kalau kat pala otak tu lagi ler kesian tak nampak so pick up sangat slow. He s like that. Aku sangat terasa dengan lemahnya otak aku bila aku kembali bekerja (I started work first than him), will talk about ‘after denggi’s entry’ pulak nenanti yek.

Kengkadang aku paksa gak suh dia cuba keluaar rumah, drive around, pi hantar amik anak sekolah bebenda kecik supaya dia dapat energy. Coz aku pun masa lepas discharged, aku lawan semua lemah lembik nih coz at that point of time laki aku warded, anak pun warded jadi aku kena sangat supermak. But dia, ada aku yang leh buat all rounders, so tu yang aku nak dia beat up the process, kalau aku ada kat rumah, memang gemalai sangatlah dia.

There you go, the complete story of our keluarga denggi. I dah bolehlah tolong sesikit if need any help or consultants on denggi ni, alhamdulillah banyak aku gained ilmu untuk membanteras denggi specially on the petua. Some petua/ air/ foods sesuai untuk orang ni but mungkin tak sesuai untuk orang tu pulak, jadi you have to try almost semua lerr to fit your body. Insyallah.

Comment: 9