The after dengue attack…

 

IMG_6547

pose bosan tunggu laki buat registration for our follow up check up. Dedulu, takde le macam ni, terus pi clinic, register done deal. Tapi ni ko kena pi register kat bawah tu dulu, uruskan GL of cos le sebelum datang tu kan (tu mmg kitorg dah sesiapkan) then only baru kita boleh naik clinic bagai. Haigh, banyak hal ler hopsital mahal nih, kalau tak kerana aku punya record denggi kat sini, memang aku pemalas sangat nak pergi. Dan memang pun kami laki bini belum sihat sangat since discharged, jadi kena ler menebeng lagik.

aku actually masa ni dah back to work, bawah ni gambar beria make up (tapi sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu), so satu hari je aku kerja, coz the next day nya dah ada check up (pastu doctor suh sambung balik MC coz aku dah memang flat balik, but I still pergi kerja jugak ler light2, aku tak leh dok umah lelama ler, dah bape minggu pun aku warded and mc bagai kan).

 IMG_6538

tapi walaupun begitu aku masih lagi nampak macam tak sakit je kan gambar ni (cilok from my instagram). of cos ler gambar tak leh nak justify pun macam sakit ke tak, sakitnya ko tak tau. Aku masih lagi amalkan the minum air kelapa, makan buah tembikai, pink guava air tu, aku bedal. Air suam memang always ada dalam my handbag, dalam kereta too. So skang musim tak bawak handbag kekecik ler kan, dah tentu aku nak letak air botol minum aku kulu kilir.

IMG_6467

antara side effect selepas kena denggi, pelupa. Itu memang dah jadi resmi sangat, mangsa2 denggi sangat akur dengan masalah nih. So itu dah ternyata terbukti on my first day at work, adakalanya rutin yang over 10years, boleh aku lupa totally. Ada someone yang aku kenal baik, aku lupa nama penuhnya, aku ingat ujung2 jer. Ada yang selepas over 10 days aku baru teringat yang dia ada datang melawat aku kat hospital. For Zeeshan, aku keep track dari cikgunya, memang dia pun terima nasib yang sama. Alphabets tu, dia lupa kengkadang, kalau sebelum denggi hafalan sangat. So semua tu mengambil masa.

Dan satu hari, aku rasa macam penatnya dengan denggi ni, hari yang selepas laki aku baru discharged, coz aku kena pusing sana sini 2 hari berturut2 untuk uruskan amik antau anak2. Kalau biasa RD yang buat, tapi ni, keje umah aku kena settledkan, tapi kerja luar pun kena run around.

So sementara tunggu anak2 kat tuition tu aku lari pi kedai sofa yang biasa aku beli. Aku selamba kodok je tempah satu lagi sofa untuk tukar sofa (yang also baru beli masa pindah aritu) untuk menyenangkan mak ajah. Tapi sebenarnya boleh delayed pun beli but ada kejadian yang RD lepas discharged, Zeeshan nak menyelit ngan dia kat sofa tu, so bapaknya kan moody (denggi issue again), merengus2 marah anak. Kecik sangat ke sofa ni. So tu yang 2 sebab utama aku pi tempah baru, customize terus, lebar besar panjang 8 kaki aku suh kedai tu buat. A week later dah sampai pun sofa baru nih, takde dah nak bergaduh. Mak aku pun happy coz sofa tu kira ‘katil’ rehat dia gak lah, coz situ le port dia melepak lepas masak and berwassap layan youtube quran dia, sambil mata kat tv, dan situ ler dia tidur sepanjang menjaga kami anak beranak. Dia tak nak tidur kat katil atas ke hapa, memang jangan harap le dia nak naik, sofa2 lain pun dia tak  nak, dia nak yg depan tv tu jer, senang sebelah je ngan sejadah telekung and bathroom pun dekat, some more sambil masak leh ngadap tv, hah, begitu aku pentingkan mak aku punya selera.

Bear in mind, the design of the kitchen and tv tu pun was designed coz of mak ajah aku punya kesenangan. Jadi sofa baru kali ni aku amik base dia hitam tapi body dia merah, of cos lerr!!

 

IMG_5287 (1)

so this was our first blood test after a week discharged. Sekali aku sepakej sama ngan laki aku kena buat blood test

Zeeshan tak perlu follow up tapi aku kena pantau le gak kesihatan and his movements, ada kalanya dia mengigau memalam

IMG_6556

habis buat blood test, sebelum tu kan registered dulu kat bawah nun, kita kena datang balik after 1 1/2 jam or 2 hours, so taknak lah aku bersidai buang masa kat spital tuh, balik rumah kembali. Aku dapat buat keje umah lagi molek, sidai baju bagai. Dan tolong2 mak aku masak ler, dapat gak sempat amik Zeeshan awal from his school and cukup jam kita patah balik semula to hospital.

IMG_6578

ingat tak kat entry2 aku on denggi, aku pun malas nak check back at which entry, ada aku bilang on kerusi depa yang tak boleh langsung patient nak lie down tuh (if rerapat kan kerusi boleh gak kita baring dalam keadaan yang tak mampu untuk duduk, habis tu dah sakit teruk sangat), so ini  ler pesen kerusi nih, ada menatang yang ternaik sikit tu. Napa ler kome design kosi camni kat hospital, kan molek takde lekuk2 tu, senang patient nak membaring rebahkan badan (kalau dah tak ramai orang ler, memang kat ER tu tak penuh pun orangnya so kalau critical tu boleh le gak baring)

IMG_6584

dah kembali semula untuk blood test result (hari yang sama tapi aku tukar baju, from white top to red top, spagetti strap tetap kaler sama, even laki aku pun baju yang sama). Hasil untuk blood test tu sangatlah tak cantik. We both got another few days of MC lagi, laki aku punya MC lagi lama than aku ler, aku walaupun MC, aku pi gak kerja coz aku rasa aku dah fit dah kuat, sebab physically is good but mentally and emotionally memang down la.

Jadi result darah tu, tak cantik langsung. We have issues on our liver specially paling teruk RD. Contoh kata (malas le aku nak scan result tu kat sini), if liver manusia yang cantik ialah dalam skala 10, patut 10 la is perfecto, but coz of dengue attack, liver aku jadi 7 (bad bad bad), but RD’s lagi teruk, he was dalam skala 3. Tu pasal dia weak sesangat. Our platelets memang dah naik, so not to worry bout it, but RD’s HCT teruk, tu yang dia macam missing something.

He asyik tidur baring tidur baring and kalau aku suh keluar sikit2 pi amik anak sekolah, dia macam pikir 10 kali nak buat sesatu kerja tu. Ini pun pi hospital, aku yang drive coz he takde mood, tak boleh nak digest lagik. That s ok, apa guna jadi bini kan? Aku nak kena ada sentiasa ngan dia, if hehari yang aku saje nak dia amik udara luar, ajak makan luar pun dia refused.

IMG_6607

tu pasal antara errands yang aku buat gak ialah bawak Zeeshan pi potong rambut. Kesian si anak, sesama denggi. Badan dia gegatal after denggi nih, doctor cakap memang amik masa coz setiap manusia yang kena denggi tu lain penghasilannya, macam aku lepas discharged tu takde langsung rasa gatal2 (but masa warded yes ada), badan aku pun takde keluar rashes, but both RD and Zeeshan ada.

IMG_6619

dan ini pulak antara hari yang aku sangat weak selepas bekerja. Aku betul2 knocked out sangat hari yang dalam gambar nih. Tapi atas perjanjian ibu anak kena gak aku lawan sakit2 lemah ni, aku bawak both abang kakak pas maghrib arituh pi pasar malam. Asalnya untuk beli baju sekolah (additional) untuk depa, tapi singgah le jap pasar malam depan tuh.

Semua beli lelaju, aku dah pancit sangat2, that nite tu aku nak kena cepat sangat panjat katil memang dah terjelepok sakit pala sengal semua completelah. Sebabkan denggi aku punya badan dah tak berapa fit so nak basuh kain baju depa setiap Wed and ironing the next day tu dah tak larat. Tu yang aku tekad pi beli lagi baju sekolah depa. Sebelum denggi tu memang setiap hari Tues or Wed aku basuh and ironkan so depa leh recycle pakai balik the next day nya. Jadi dah mak kau pancit, aku tambah beli sepasang lagi, itupun takde nak pilih2 bagai, semua dah siap sizesnya dalam wassap, aku pergi terus mintak size jer. Tak yah nak try2.

Cuma ada satu kain sekolah agama, takde size, so amik yg one size bigger, tak yah try aku main letak2 je kat badan kakak, ok dik bungkus kira pls. Budak bungkus kain tu gelak, senangnya mak korang beli baju skolah, akak penat ye kak, macam sakit je akak.

malas aku nak jawab, aku jwb simple je, nak cepat dik. sorry le dik, akak not in the mood to have a chat musim2 ngah not well nih.

IMG_6655

sofa baru untuk mak ajah berehat santai baring, pastuh siap ngan new cable handphone untuk mak gak. Selama ni aku letak charger kat kitchen cabinet, pastuh bila dia baring kat sofa, sambil charging dia kena bangun amik hp bagai, tak sesuai ngan kesihatan mak aku. Jadi yg kat kitchen tu aku biarkan, aku tambah lagi untuk kat sini pulak. Hah kau, terus bahagia dia tak yah nak bembangun. Sebelahnya tu charge ipong aku, itu wajib ada di merata rumah ai. Korang kalau datang, jangan riuh nak charging, tak yah bergaduh, ada4 docking kat bawah ni jer.

Pastuh kat sofa depan pun ada satu lagi cable gak untuk mak mertua aku (kan we took her from her house last weekend, so seminggu ni memang dok rumah aku ler), pun memudahkan senang mak mertua aku gak.

 

 

IMG_6686

ini pulak post untuk the 2nd blood test, a week after our 1st visit

Kali ni, RD dah ada tenaga untuk drive, so aku dok sebelah main kekaler muka 🙂

sebab dah tau kelembapan Prince Court, RD pegi uruskan registration, aku pi kedai beli roti anak2 and jugak kopi untuk laki aku hah…by the time habis register, keje aku pun selesai. terus naik 2nd floor, lajunya amik blood test.

Siap je dedua punya blood test, kena datang balik lagi 2 jam, so kami pulang semula ke rumah, again aku pi nyambung sidai baju, lipat kain baju yg malam sblm tu dah basuh dah siap kering lagik, dan tolong2 mak ajah aku masak. At the same time, mak mertua aku sedang berurut by the tukang urut yang kami dah tempah khas.

Bukan aku yang tempah, aku mintak mak ajah carikkan. Mak aku tu, semua contacts ada, kalau aku ada bag doraemon, mak ajah aku tu pulak, bag nenek doraemon! Lagi power dari aku ler of cos. kehkeh…tq mak ajah yang tolong uruskan pencarian tukang urut untuk mak mertuaku.

Of cos rumah aku meriah le ngan ada 2 neneks for anak2, adik RD pun ada sorang sama at our house.

IMG_6722

so lepas 2 jam tu kami kembali…dapat result. boleh horey2 suka alhamdulillah. Our blood test dah tunjuk banyak positive, masih ada lagi bold bold yang tak cantik but bearable. Kira tak perlu risau sangat, itu tunggu time jer nanti turun/naik sendiri. Syukur.

Dan of cos yang pala weng weng yoyo macam zombi, pelupa dan cepat penat, sakit badan sakit pala akan berpanjangan at least for 1 – 3 months.

So sebab tu lah kami mampu untuk jaga mak mertua sekarang, same time too kami jaga mak abah aku gak ler. Sebab dah kuat, tu yang dah berani bawak mak mertua balik sini untuk aku and RD pulak take charge jaga mak mertua (termasuk le mak ajah aku, abah aku pun bantu sama merawat mak mertua kami physically and emotionally, insyallah).

IMG_6815

tapi apapun mak abah aku pun bukanlah kuat sangat, they are at early 70s and depa berdua tu kuatkan demi anak2 jugak. Lelebih Red Family yang back to back sakit. Ini antara hari yang masa aku ngah tak sihat seberanak tu, abah aku pi buat his ECG check up.  Jadi bukan sahaja mak mertua aku tak sihat, mak abah aku pun sangat tak sihat. a few months ago, abah aku baru warded dek sesak nafas jantungnya. Please pray for my 3 mak abah and mertua.

IMG_6683

For this guy, he punya berat turun mendadak, ko boleh tengok kekurusan laki aku. Mine too, dropped 2 kgs (ingatkan 5kgs ke sedap sket hahaha), selera makan aku kurang dah skang. Selera makan RD dah back to asal, tapi sebab dia jenis kurus, lagi le dah turun berat makin payah le nak naik.

As and when nanti aku akan update lagi cite denggi (perlu aku tulis kat sini coz i have memory issue skang nih), at least bleh buat rujukan gak, not just to me to my family but also to you out there.  Ada member aku, dia tak paham ngan denggi ni, bininya kena denggi pastu mandom tak focus and melembik, dia boleh maki hamun orang tuh. Kesian btol. Coz dia tak penah kena and dia tak put his position to his wife, jadilah gitu. Bole jadi gaduh wor…

For this, aku nak terima kasih untuk kenkawan adik beradik mak abah saudara mara rakan taulan officemates (both of our sides) for visiting us, and menyampaikan salam doa get well soon to us. Yang dari Beijing ke Kuantan (herbs from my Kuantan reader), well wishes flower baskets and fruits, via fb instagram komen sini, whatsapp dan yang sudi menjejakkan kaki ke wad2 kami anak beranak di Prince Court, terima kasih teman/saudara, moga Allah sahaja yang membalas budi kalian.

Semoga ini kali pertama dan terakhir untuk kami mendapat denggi (ini paling teruk untuk our family, selain sebelum ni Abang pernah kena H1N1 jugak, and Zeeshan kena urine infection –  itu pun dah dugaan besar kami). Apapun semoga sakit2 kami ni telah menghapuskan sedikit2 dosa2 kami. One thing for sure, we feel so grateful and thankful to each other. As for me, tidurku masih lagi dengan ubat tidur cos if not aku tak boleh tido malam at all, heharap leh juggle benda ni soonest.

Comment: 6