Jul 3 2011 Sunday, 10:00 am
Senyuman wanita Bali?
Salam Kak Red,
Dah lama sebenarnya menyimpan hasrat nak hantar cerita kat Misteri Malam ni, tapi dari sehari ke sehari tak hantar hantar jugak.
Saya ada beberapa kisah seram nak dikongsikan tapi saya mulakan dengan kisah yang berlaku baru baru ni lah.
Baru baru ni saya bercuti ke Bali. Saya dan suami stay kat satu hotel di area Seminyak. Hotel ni nak kata baru tak jugak, dah lama rasanya, Cuma baru baru ni diambil alih oleh management lain.
Lepas diambil alih oleh management lain, diorang upgrade hotel ni, tambah bilik. Kebetulan masa saya datang tu memang tengah renovate besar besaran jugak. Dan malangnya saya dan suami dapat bilik yang belah belakang, disebalik tembok batu yang tinggi. Kat situ plak diletakkan cam plastik besar yang biasa orang cover batu bata tu. Bila malam je angin kuat memang berdesir desir la bunyi plastik tu.
Dari reception nak ke bilik kami ada dalam 5 minit kot berjalan. Memang jauh ke belakang.
Masuk masuk bilik je saya dah rasa semacam. Dan bau simen / batu bata yang kuat. Macam kalau kita pindah rumah baru, kan ada bau bau rumah baru tu kan.
Ha macam tu lah bau nya.
Bilik saya tu besar. Katil king. Ada perhiasan dan ukiran ala Bali.
Saya tinggal kat situ 3 malam. Malam pertama ok lagi. Malam ke dua kan… waktu saya tengah tidur, mengadap ke kanan, tiba tiba saya nampak ada sorang perempuan duduk betul betul kat tepi katil. Buat pengetahuan Kak Red, katil saya ni jenis rendah punya. Jadi macam boleh kita nak duduk bersimpuh kat bawah, dan letak tangan atas tilam.
Perempuan ni dia letak dua tangan dia atas tilam, disilangkan tangan dia ala ala kita berpeluk tubuh.
Tapi dia letak tangan dia atas tilam.
Dia pandang saya senyum je.
Saya takde la terasa nak jerit ke apa, tapi saya mengengsot ke arah husband saya. Husband saya plak tidur mati agaknya, tak terasa saya dah mengengsot ke arah dia.
Saya tutup je muka dengan bantal sambil baca doa sikit sikit dengan harapan perempuan tu akan hilang. Tapi tapi tapi, bila saya kalih kan bantal perempuan tu masih ada lagi kat situ. Dia tak buat apa apa. Senyum jer. Tapi takkan saya nak berbalas senyuman dengan dia kot. Motif sangat berbalas senyum dengan hantu kan.
Saya membatu je lah kat situ. Sampai saya tertidur. Saya tak nampak dengan jelas sangat rupa paras perempuan tu walaupun dia dekat sangat dengan saya. Tapi rasanya raut wajah macam orang Indonesia.
Mungkin tu tempat dia kot dulu. Wallahualam. Itulah kisah seram saya di Bali.
Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
Leen
Jul 03, 2011 @ 10:35:02
Seram….nasib baik baca pg2 ok.. kalau bc before tido mesti tido bukak lampu..
kid
Jul 03, 2011 @ 10:35:10
Fuuuuhhh… memang tidur senyap sampai ke pagi laa.. mujur dia tak kacau.. heeheheh
Tingkatkan Trafik Dengan Komen dan Entry Terbaru d…
Zarul Umbrella
Jul 03, 2011 @ 11:25:19
alahaiiii dia main senyum2 pulaaakkk….huhuhu seram seh
madammondoq
Jul 03, 2011 @ 11:25:47
wah… hebatlah.. jumpa hantu pun still relax je ek? huhu…
GAMBAR PERKAHWINAN DAN RESEPSI TOMOK DAN AYU!! – http://bit.ly/m3TMRO
LUNA LANUN
Jul 03, 2011 @ 14:52:25
huhuhuhuhuu… kalau sy, kompom kejutkn suami, bukak lampu trus! tetiba meremang lak bulu roma petang2 ni…
Entri terbaru, pilih je mana yang korang nak baca:
1. PERHATIAN: Peserta Keychain Giveaway by Luna Lanun
2. 10 Tokoh Malaysia Berdarah Indonesia?!
3. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
4. Menara Jam Atkinson – Antara Bangunan Tertua Di Kota Kinabalu, Sabah
5. Unsur “Jangan Dibuat” Pada Blog Untuk Menjadi “Blog Mesra Pengunjung”
6. Budaya “I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK”
by LUNA LANUN
akakcomey
Jul 03, 2011 @ 18:04:44
Wah!…seream sejuk juga kalau seseorang.
mya
Jul 03, 2011 @ 20:46:55
tq kakred publish cerita saya ni.
mungkin ada yg kata tak berapa seram kot, tapi kalau alami sendiri hah tgk seram tak seram.
tapi since dia tak kacau kan, tu yg saya buat taktau walaupun dalam hati jantung dag dig dug. huhu..
ShashaCatering
Jul 04, 2011 @ 00:17:11
Tak naklah, akuuuttt….
isa
Jul 04, 2011 @ 04:28:51
Redmummy.. ini penangan wanita thailand..
heeee
http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/07/yingluck-shinawatra-pm-wanita-1st.html
shiela nasir
Jul 04, 2011 @ 11:04:06
peh!!giler kentang la akak ni..bleh plak nk tgk lg skali..klu sy,uishh..mmg jd batu trus la smpai pg..hihi..
Kasih
Jul 04, 2011 @ 12:39:38
dia minat lah tu, tu yg dia senyum2 sis hehehe 🙂 … tp as long dia x kaco ok lah, abaikan sj 😉
sw33tdarling
Jul 04, 2011 @ 12:47:08
oohh nti nak suruh update live story punya…
tiefazatie
Jul 04, 2011 @ 15:09:07
aiyak..nasib baik la die senyum die..kalu die dok ngilai2..lg naya je..hhuhuhu
Lyn Yusoff
Jul 04, 2011 @ 23:53:39
seram gak mya..
dahlah baca malam ni…
serammmm
zat besi untuk ibu hamil
Jul 06, 2011 @ 13:42:03
seramnyaa..
angel
Jul 07, 2011 @ 11:37:51
saya g honeymoon kat bali pon kena….dlm kul 1pagi gitu tepon hotel berbunyi..bila angkat diam..pastu tpn lg byk2 kali..sudahnye gagang duk bawah bantal..tuhan je tau hati dupdapdupdap..takot…