Imaninaiklil
 

Guest Writer – Memori Silam

Kiranya..kisah 1st time aku bertudung kepala secara rasminya…

masa tu aku start pakai tudung.. bila masuk form 4.. (tahun 91) maknanya..niat nak pakai tudung lepas lulus SRP tu tercapai le kiranya.. walhal.. tak patut le buat niat gitu.. sebab bertudung tu wajib kan..(jahil sungguh le masa tu…)

anyway, masa zaman sekolah2 dulu pakai tudung yg jenis labuh ke bawah tu.. besar sikit dan ringan.. bukan cam tudung budak2 sekarang aku tgk kemas dan cantik jek.. (atau aku yg tak reti memilih tudung kot…ekkekeke..)

masa sekolah dulu.. aku gi dan balik dari sekolah.. .naik le bas awam.. dulu2 kami panggil Bas 124.. dari syarikat Tong Fong… zaman dulu..Rapid2 tu belum ada lagi seh…dan tempat faveret aku ketika menaiki bas ialah di bahagian tengah.. atas dari pintu tengah tu le…

so, one day tu.. aku ngan kawan2.. blk le kerja sekolah naik bas tu.. bas dulu2.. bukannya berdisiplin sangat cam sekarang.. bawak punyalah laju.. ngan pintu tak ditutup pulak.. angin kuat lagik tu.. perghhh..!! cam kat tepi pantai jek…!

tiba2.. sampai jek dekat ngan Jusco Maluri tu.. aku rasa pandanganku cam tiba2 putih… melekap di depan mata. Rupa-rupanya.. tudung yg aku pakai tu terbang dan telah menarik tudung belakang tu ke depan muka ku (tudung tu 2 lapis okeyyy)…. padan le aku tak nampak ape2.. tutup depan belakang kepala aku … dah cam hantu bungkus dah rupanya..!

malu sehh..!! dah le org ramai.. habis kawan2 aku gelakkan aku.. termasuk le beberapa penumpang yg ada kat tepi2 aku yg menyaksikan kejadian tu… cheh..! rasa cam nak sorok kepala dlm baju pulak..!

sampai jek kat flat rumah mak aku..terus aku turun laju..tanpa menolehh ke belakang lagik dah.. lajuuuuu jek jalan nak blk rumah.. malu punya pasal..!

sejak daripada tu.. aku cukup berhati2 bila angin kuat or ketika naik bas yg dibawak laju.. pasal aku tak nak le benda ni jadi lagik..

makkkkkkkkkkk malu tau.. maluuuuuuuuuuuuuuuu..!!!

** Mak Red, (ni aku cut & paste dari blog aku jek.. kalau ko rasa nak edit..ko edit le..wa tak kisah punya..! hehehhe…)

putubambu.blogspot.com


Categories : Guest Writer

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

Guest Writer – Cerita Lawak

Belajar Bahasa Inggeris.

Miss Mary seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit “Shut up you !!”.

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, “shut up you” tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata “Ladies first” balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First!!

cinta

**actually akak rasa akak penah baca cite lawak nih kat memana forwarded emails, so takpelah…buat pengubat cite ari senin yang ngah cuti yer. Salam Maulud Nabi….


Categories : Guest Writer

Guest Writer – Tips Goda

hye redmummy.Hows your day?

im Aidil from TipsGoda Dot Com.hari tu ada cakap pasal nak guest post on your blog.So heres the post.Hopefully you’ll like it.

*4 perkara utama yang perlu ada dalam relationship untuk hubungan itu kekal lama dan bahagia*

Orang selalu tanye,ape rahsia relationship yang bahagia?Ramai yang ingat duit.Tapi kenape orang yang mewah,still ada masalah bercerai,cari lain,gaduh semua tu?masalah yang diorang hadapi sama seperti orang biasa.Cuma bila
berduit banyak ni,senang la sikit jalan penyelesaian die.

So,duit bukanlah faktor kebahagiaan dalam relationship. Memang duit tak dapat beli kebahagiaan tapi tanpanya,tak bahagia jugak.Betul tak?

Kalau you all belum ada duit  yang banyak yang dapat memberi kebahagiaan,still ada 4 perkara dalam relationship dah cukup untuk buat relationship tu tahan lama and lebih‘balance’.

Perkara –perkara yang kene ada dalam relationship:-

*Love-a-holic*
Perasaan cinta mencintai memang la perkara asas perhubungan(kalau tak macam mane nak ada perhubungan ni in the first place).Kalau you all terlupa untuk say ‘I love you’ kepada si dia,boleh la buat sekarang.tak kira la dalam bentuk ape sekali pun. Buang la kejap ego tu,and show your true feelings for a while.Your partner will appreciate it.(Guys,luahkanlah perasaan anda seperti anda luahkan perasaan anda kepada pasukan bola sepak yang diminati.Man U rocks!)

*Masa berserius*
Masa untuk berserius pun kene ada jugak.Maybe berkongsi pandangan dengan si dia tentang isu semasa(jangan la sampai berdebat pulak).tak kira la pasal hubungan you all ke,ape plan untuk tahun ni ke,politik ke,sains ke,pasal AF7 pun boleh.Luahan pendapat and belajar untuk hormat pandangan pasangan masing-masing boleh buatkan relationship tu lebih matang.

*Contohilah Jim Carrey*
Kalau tengok filem lakonan Jim Carey,mesti ada citer relationship and cinta kan?Apa yang menarik pasal watak-watak yang dimainkan Jim Carrey ni,die boleh buat pasangan die gelak and ketawa. Even benda tu something yang simple je.So,in relationship,you kene tahu how to have fun with your partner.Laugh and enjoy the moment together.

*Tahu Tips Goda?*
Ni perkara penting untuk relationship yang dah lama(and baru pun tak terkecuali jugak).Sometimes kita terlalu sibuk dengan rutin harian,kita terlupa untuk ‘spice’ up relationship kita balik.Even kalau relationship tu dah lama,tak salah untuk kita belajar ‘menggoda’ si dia kembalikan?Make her or him crazy for you again.Belajar cara-cara yang sesuai untuk menggoda si dia(dan bukan dalam bilik tidur je)

**warna merah pun boleh menggoda jugak.hehe;)*

So tu la die 4 perkara utama yang yang kene ada dalam relationship.Tapi yang pentig kene pandai balance la antara empat-empat tu.Serious sangat all the time nanti boring pulak.Buat lawak banyak sangat nanti tak ubah macam pak lawak nak audition Raja Lawak.So,pandai-pandailah balance.

So,hope you guys enjoy the post and kalau nak tahu lebih lanjut pasal tips on dating and relationship ni,boleh check out my blog at http://www.TipsGoda.com

Regards,
Aidil
www.TipsGoda.com

Categories : Guest Writer

Guest Writer – JAUHI DARIPADA EX ANDA

Nasihat of the day JAUHI DARIPADA BEKAS PASANGAN ANDA (KEEP YOUR DISTANCE FROM YOUR EX)

Tidak sume daripada kita berpeluang menamatkan hubungan cinta dengan cara yang spatutnya (kahwin). Ada yang menyulam chenta almost 10 years tapi ending, xde jodoh. Ada yg asek malang je dalam bercinta. Jupe, kenal, jatuh cinta, rupa-rupanya milik orang lain. Manusia dan cinta memang x boleh dipisahkan. Jangan pisahkan.. Aku dan dia.. Tuhan tlglah, ku cinta dia. Hu? Salah tune. Back on track. Being in love such a v v v wonderful feeling. And when your heart broken, it’s part of life. Take it. Face it. Move on la beb! Buat pe tggu buah yang dah memang bukan milik kita.

Only some rare cases buah tu bertukar tangan. Tapi, jgn la asek mengharap. Dah putus, putus la. Dah cerai, cerai la. Jgn nak buat muka kesian. Bazir tisu je. Buat penat kepala je. Memang, it’s hard to forget your loved one. Especially, the first love. First cakap I lap u, u lap me. First kasi bunga. First kiss <– mcm2 dh haa skang. First teman tido pun ada. Pepe pun, it’s on yourself. Dah tau salah, buat juga nape? Dah break, haa, sengih la. Tak yah nangis2 ngadu2 kat org len. Orang lain boleh tlg dgr je. Nak buat camne lagi kan. Back to forget your loved one. Cik adik, abang, makcik, pakcik, sume la.. Memang, I know. It’s v hard. Eh.. Nak kirim msg la. Miskol la. Takpe la, as friend. As friend. Memang ada couple even husband and wife yang dah x together, still can be friend.

TAPI, they make it a distance. Not a close one. Nanti jiwa merana. Okay, one example : Jalan-jalan terjupe ex. Pe nak buat? – Tegur la kan. Tak pun buat-buat x nmpk. Or just smile. It wont harm. BUT!! No exchanging phone number or email add or even business card. Pe tah lagi if your new partner ada kat sebelah kan? And make it cool. Jgn la pula peluh nitik-nitik. Jatuh saham tuuuu. Some people even after 2-3 years still cant forget their ex. Even the ex already move on! Yea.. Ada org macam neh. Orang masuk minang, tolak. Parents jodohkan, kahwin then cerai becoz still nak yg dulu. Hello dik??? Move on la. I like to move it move it. You like to move it move it la jugakkkk. Cesss.. Cam madagascar dh.

The main point it, MOVE ON! Dah bape tahun tak kontek, tetiba send msg or email or smile at friendster ke facebook ke (oh.. klu x silap facebook tu antara sponsor for Israel), x pun miskol. Adeiii.. Pe masalah lu beb. Tahan la nafsu tu sikit. Memang la godaan syaitan tu banyak. Tapi, you’ve to determined la sket. Silap-silap ari bulan org tu dh kawen anak 2-3 ke, then their partner terperasan ada some weird msg (even that msg just say ‘Hi’). Tak pasal-pasal perang meletup. Kan naya je jadinya.. So, ladies and gentlemen.. Forget your past. Before what you’re today is because the past. And what you’re going to be pun also becoz of the past. MOVE ON PLEASE!!! Sakit mata tengok orang camni.. Ramai lagi out there for you laa.. Tak yah nak kejar your ex. It’s not that you’re not the one. Your ex is not the one for u!

p/s even send msg say : hopefully you’re happy with your life now or seangkatan dengannya.. Amatlah dilarang oleh kerajaan keep your distance from ex! Jangan cari pasal oiii p/s/s owh.. ini adalah umum ye. Sape terasa pedas, dia la yang terlebih makan cili!

cikponbopbon.blogspot.com

Categories : Guest Writer

Jawapan untuk Teka Teki Teka Tekuk

Jawapan semalam

teka teki lawak..(bole ke?)

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol

3) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

4) Ayah ali ade 4 org anak.anak pertama bernama nana,anak kedua bernama nani,anak ketiga bernama nanu..soalannya,siapakah nama anak yg ke 4?

5) kenape air laut masin?

cinta

jawapan :

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) Semut yang matanya BENGKAK

3) Kambing binATANG

4) Ali la anak keempat pasal ali pun anak ayah

5) pasal sume ikan berpeluh..=p

**ok gang merah, abih dah teka teki, stop sending teka teki pls. NO MOREEEEE!

Categories : Guest Writer

Guest Writer – Misteri Malam

Salam Kak Red ..

asyik baca crite seram yg mimpi aje, meh saya crite bebetul kisah seram yg saya alami sendiri la ye .. masa saya keje kat Kepong dulu, tmptnya mmg baru naik . opis plak bekas helikopter terjatuh masa pasang pemancar telekomunikasi .. first month cuma keje 5 org aje dlm shift .. tmpt saya keje cuma ada 3 tingkat .. tingkat atas sekali penuh ngan switches .. tingkat dua penuh ngan servers, routers and opis kitorang .. ground floor plak monitoring room with guard aje .. punyalah sunyi opis tuh kan … keje plak dlm shift, mula2 pagi and petang sesorang aje .. pastuh bila dah few months baru tmbh org jadinya satu shift 2 org keje sama2 ..

Opss, saya copy paste aje laa ye critenya sbb dah penah tampal dlm blog … Crite Satu .. dua kali aku tercium bau wangi sgt kat dlm server room.. skali tuh aku sesorang je tgh amik data untuk prepaid platform.. dalam kol 2 pagi … tgh amik2 data, elok jek aku tercium bau wangi yg kuat sgt .. mmg kuat but aku takleh nak describe bau dia camne … but boleh aku pegi pusing satu server room tuh nak cari mana dtg punca bau wangi tuh … siap aku buat experiment masuk kat dalam opis .. keluar pegi server room . nak cari bau tuh sama ke tidak ngan bau air freshener .. mmg lain .. bila makin aku cuba cium bau tuh … makin kuat .. but last2 terus hilang camtuh aje .

pelik betul aku … yg skali tuh plak dalam kol 7 pagi aku masuk server room sbb nak buat backup data .. aku tak prepare ape2 pun sbb rasa cam dah masuk siang kan .. masuk2 terus tercium bau wangi, terlompat aku terus masuk dalam opis .. rileks2 then masuk balik .. syukur, hilang dah .. kejap sgt hilangnya sedangkan bau dia mmg kuat … yelah, matahari tak masuk dalam bangunan, mana nak tau siang ke malam kan …

Cite Dua aku tgh amik data kat tingkat satu bilik server room tuh gak …sesorang dalam kol 3 pagi … tgh2 amik data terperasan la pulak cam ada lintasan putih dpn aku .. aku buat tatau je laa sbb aku tak siap nak buat keje lagi tuh … ntah camne, tetiba aku nampak lintasan tuh skali lagi .. benda tuh cam melayang but laju laaa . nampak guna ekor mata jek .. aku cepat2 la buat keje nak settlekan semua .. skalinya, kali ketiga aku terperasan lintasan tuh keluar lagi, bulu roma aku naik .. huh … terus aku blah turun balik ke monitoring room … tak tunggu lagi dah .. nasib baik sempat abih keje aku…

Cite Tiga ada benda ikut aku balik .. siap tarik beg yg aku sandang kat belakang and tarik aku dalam tiga empat langkah menuju ke arah jalan raya .. korang bayangkan, korang sandang beg kat belakang badan .. kiranya bagpack tuh laa . then, ada bebudak tarik or sesaja nak pegang2… rasalah berat dia camne .. cam tuh la yg aku rasa .. padahal bagpack aku tuh isi botol kosong aje… sampai terasa aku tak terbawak beg tuh … mula2 risau gak mana tau dia nak buat lebih drpd tuh .. benda berlaku dlm kol 6 pagi.. time tuh waktu keje masuk kol 6 petang balik kol 6 pagi . so aku on the way jalan kaki nak balik umah sewa la kan … aku terus la baca apa yg patut .. alhamdulillah, okey la lepas tuh …

Cite Empat aku masuk toilet dalam lebih kurang 3 pagi .. toilet kitorang nieh cuma ada 2 tandas dalam satu bilik ( means 2 pintu jelah kat dlm tuh) .. maknanya kecik aje la kan bilik air kitorang nieh .. sapa yg masuk bleh dgr .. aku masuk la salah satu toilet tuh .. satu lagi mmg kosong .. skalinya ntah camne, tetiba jek aku dgr cam ada bunyi org berdehem sampai 3 kali .. dalam berani2 tuh cuak gak aku … last2 aku blah je laa … terus terbantut segala nature call aku tuh:p

Cite Lima my friends pun ramai yg kena .. salah sorangnya kena beberapa hari lepas hari raya … my friend keje opis hour tapi ada prob so dia dtg opis around 9 mlm .. dia lepak sesorang jek kat dalam opis tingkat satu tuh .. ntah camne, tgh dia sibuk menaip2 keyboard tuh .. terdgr la pulak kat belakang dia bunyi cam ada org pegi tekan2 keyboard cam yg dia buat .. isyhh, aku tulis nieh pun naik lak bulu roma aku .. mula2 dia tak perasan .. ingatkan cam perasaan dia jek .. dia rileks jek laa .. skalinya tgh dia taip2 lagi, tuh dia .. bunyi org tekan keyboard cam menaip berlawan bunyi ngan bunyi dia tekan keyboard .. kali ketiga dia dgr, terus dia cabut lari ke monitoring opis kat ground floor .. cuak terus la kan .. dah la opis besar, sunyi takde org…. siang ke malam ke tatau sbb langsung takde tingkap ke apa .. last2 dgr lak org tekan keyboard ye ye kat belakang kita …. for sure seram gak laaa kan …

Okeylah kak red .. terbyk plak crite saya .. byk lagi sebenonya benda yg saya alami cuma tak tertulis aje dlm blog .. sapa nak tau crite lebih lanjut bleh gak baca lagi dlm http://zetty0409042006.blogspot.com/search/label/Misteri … ada crite hilang2 duit secara misteri, ada org masuk umah tanpa diketahui and memacam lagi .. mmg saya sendiri yg alami .. eh, dah mcm iklan plak .. hahhahaha .. apa2 pun thanks Kak Red for this opportunity utk berkongsi crita dgn org lain ..

zetty0409042006.blogspot.com

Categories : Guest Writer

Jawapan untuk Teka Teki Teka Tekuk

Jawapan untuk teka teki semalam

1. Salam kak red N Sirman. sy ade teka teki…

Burung spesies ape….kepalanya dekat kaki, paruhnya dekat kaki, sayapnya dekat kaki, badannya dekat kaki, KAKInya pun dekat kaki?

adzariff.com

Jwpn: Burung mati kena pijak.


2. There is a bus with 7 Girls -Each girl carries 7 bags -Inside each bag there is 7 cats -Every cat has 7 kittens -All cats have 4 legs each Question: How many legs are in the bus?

angah

no_of_legs

Categories : Guest Writer
 

Switch to our mobile site