Jutawan Hartanah!

 

20130622_085023

Baru-baru ni RD sempat menyertai Seminar 7 Hari WTF – Sarjana Hartanah anjuran saudara Saufi Karim dan Faizul Ridzuan. Dia nak lawan aku Blogger Jutawan hiks, so dia nak jadi Jutawan Hartanah!

Jom layan apa cerita dia…

Semenjak dua menjak ni aku mula berminat pulak dengan pelaburan hartanah. Rasa membuak-buak nak ceduk ilmu property investment ni. Tak cukup dengan satu half-day seminar hartanah dulu, kali ni bila Saufi Karim berkolaborasi dengan Faizul Ridzuan tanpa fikir panjang terus setuju untuk join sekaki sedut ilmu apa-apa yang patut.

 

20130622_085036

Uish lamanya 7 hari, kena amik cuti la ek?

Tak perlu amik cuti pun sebabnya cuma dua hari sahaja iaitu hari pertama dan hari terakhir jer kena pergi auditorium tu, yang lagi lima hari tu kita kena buat online assignments ataupun homeworks yang telah disediakan oleh depa.

Punyalah semangat, seawal 830 pagi aku dah terpacak kat Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, padahal seminar start pukul 9 hehehe. Rupanya bukan aku sorang jer bersemangat, mostly ade lebih 300 orang peserta lain pun dah pun sampai awal-awal lagi.

20130622_144614

Saufi Karim in action

Dimulakan oleh Saufi Karim menerangkan serba ringkas agenda seminar serta course itinerary dan kemudiannya disambung oleh Faizul Ridzuan mengupas tentang objektif dan expectation dari seminar ini. By the way, Saufi Karim ialah penulis buku dan pelopor nombor #1 Malaysia dalam bidang Pelaburan Hartanah TANPA Modal (PHTM). Kena baca buku dia kalau nak tau pasal pelaburan hartanah tanpa modal. Biar betul tanpa modal, tak caya kan? Ada caranya 🙂

Bercakap pasal objektif ni, pada aku itulah the main factor kenapa kita buat sesuatu benda tu. So apa objektif kita nak menceburi bidang pelaburan hartanah ini? Antara objektifnya ialah untuk menjana pasif income, financial freedom, fund for our kids education ataupun untuk kesenangan ketika dah bersara nanti. Whatever it is, jadikan objektif itu sebagai daya mula penggerak langkah kita melabur dalam bidang hartanah ni. Samalah macam aku, boleh dikatakan semua tu jadik objektif aku 🙂

20130622_123700

Faizul Ridzuan in action

Sebagai pembuka selera, Faizul Ridzuan berkongsi cerita suka duka beliau bagaimana beliau mula-mula terjebak dan mula menceburi bidang pelaburan hartanah ini sehinggalah mempunyai lebih dari 23 biji hartanah sehingga kini.

Pada aku, kisah-kisah dan liku-liku pengalaman sebenar serta kisah kejayaan yang macam ni lah yang memberi motivasi dan pembakar semangat. Kalau orang lain boleh buat, kita pun mesti boleh! Cuma kena tau cara dan teknik serta tipsnya. Tu la sebab aku mai seminar ni.

20130622_154949

Macam-macam teknik dan cara yang dikongsi dan diajar oleh Faizul Ridzuan sepanjang seminar ni. Antaranya…

  • Bagaimana mendapat loan 90% untuk pembelian seterusnya meskipun anda ada lebih dari dua hartanah? Memang ni antara punca kita tak mampu nak melabur sebabnya loan hanya dapat 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Faizul Ridzuan selamba berkongsi rahsianya 🙂
  • Bagaimana untuk memastikan yang loan anda sentiasa akan di-approvekan oleh pihak bank? Ha ini lagi penting. Dokumen tambahan apa yang harus disertakan supaya pihak bank suka bagi loan kat kita 🙂
  • Bagaimana anda boleh mendapatkan penjimatan dalam mengurangkan harga fee SPA dan loan-agreement anda? Kos guaman boleh tahan mahalnya kan. Actually kita boleh kurangkan kalau tau caranya 🙂
  • Bagaimana nak memastikan yang rumah anda tidak akan putus permintaan penyewa? Kalau ada rumah mestilah kena ada tenants barulah dapat menjana pendapatan, kalau tak jadi sakit la poket kita nak bayar installmentkan. Teknik supaya penyewa tak putus-putus menyewa hartanah kita tu 🙂

20130630_102335

Dan banyak lagi tapi yang paling favorite aku ialah “Bagaimana nak mengenal pasti hartanah yang boleh memberikan 10% rental yield dan keuntungan minimum 30% dalam masa 3 tahun? Dan juga membuat research mengenai hartanah menggunakan hanya 1-2 jam sahaja” Secara keseluruhannya kalau melabur for sure kita nak untung, samalah juga dengan hartanah, tu la pasal aku suka subjek pengiraan kat atas tu, kena la tau untung ke tidak bila  nak melabur ye dak. Dan juga cara-cara membuat research sebelum kita membeli satu-satu hartanah tu to make sure kita membuat pembelian yang betul ataupun tidak.

20130630_093341

5 hari online assignments tu juga banyak mengajar tentang teknik dan strategi pelaburan hartanah ni. Ade juga yang aku tak berapa tau nak buat hahaha tapi not to worry sebab beliau akan berkongsi semua jawapan assignments ni pada hari terakhir nanti. Tapi seeloknya kita cuba buat la, kira macam exercise untuk kita juga sebelum kita buat the real investment nanti.

Faizul Ridzuan juga berkongsi dengan audience pasal pembelian 3 hartanah beliau untuk tahun 2013. Pehhhh tahun ni jer beli sampai 3!!! Kat mana, kenapa dia beli, apa prospek hartanah tu, pengiraan dia, risiko semuanya dikongsi bersama dengan peserta.

20130630_152938

Dan sebagai penutup Seminar 7 Hari WTF – Sarjana Hartanah ini beliau menjemput beberapa pakar pelaburan hartanah yang lain yang sudah membeli lebih dari 100 hartanah dalam sesi soal-jawab dan juga untuk berkongsi pengalaman dan juga teknik masing-masing. Mereka ni pakar dari segi auction ada, commercial ada, high-rise property, landed property dan expert at certain areas. Memang berbaloi-baloi, tak putus-putus soalan ditujukan kat depa semua ni.

20130707_220203

Yey finally aku graduated 🙂

Sekarang ni dengan ilmu yang dah belajar ni dan sambil-sambil tu baca buku WTF? 23 properties by 30 hasil tulisan Faizul Ridzuan ni, aku tengah merangka strategi untuk memulakan langkah pertama membuat the right investment in property!

Sekali lagi terima kasih kepada saudara Saufi Karim dan Faizul Ridzuan dari WTF University kerana sudi berkongsi ilmu hartanah ini. Kepada korang yang bercita-cita ataupun berniat nak cuba dalam pelaburan hartanah ni, aku rekomen korang pun pergi seminar ni, memang tak rugi plus korang dapat menambah ilmu dan teknik yang betul sebelum membuat pelaburan. Maklumat lanjut ataupun nak tau the next seminar, boleh terjah laman web diorang – WTF University

This entry is written by RedDaddy aka RD tetapi diolah kembali by RM

Moga-moga berjayalah RD jadiklah jutawan hartanah nanti, senang-lenang mak merah nanti hikss 🙂

Comment: 11