Salam Kak Red , saya nak mintak tolong akak siarkan nota di bawah ini sama ada di dalam BMM/WAU.
****
Suara hati seorang penulis yang ditindas.
Salam, saya bukanlah penulis yang terkenal dan saya baru ada satu novel di pasaran bersama dengan deretan enovel di blog saya.
Lama saya fikir dan ambik keputusan. Mulanya malas nak heboh-heboh tapi makin diperam makin sakit hati ini. Siapa yang tak sakit hati kalau ditindas oleh Manusia yg dalamannya hitam berkarat.
saya bertungkus lumus untuk menyiapkan satu novel yang diterbitkan oleh syarikat Nylea Publishing.
Ownernya berbangsa melayu dengan nama konon2 glemer ‘LIANA AFIRA MALIK’ telah menipu semua penulis di bawah syarikatnya. Dia juga seorang penulis di syarikat terkenal, pernah melahirkan novel tertebal bertajuk Puteri Lindungan Bulan.
Saya dan semua penulis lain tidak dibayar royalti. Bayangkanlah betapa sakitnya hati saya ni. bila usaha kita memerah otak, ya mungkin orang akan ingat tulis novel tu macam berangan atau bersifat khayalan semata-mata. Tapi orang tak tau betapa susahnya kami ini mengadaptasikan fakta dan khayalan untuk menjadi satu cerita.
Syarikat penerbitan ni dah ditutup dan saya dah guna semua media untuk mencari dia melalui email/ sms/ telefon/ surat semuanya tidak berbalas. Geramnyer… saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak repot polis, bukti tak cukup.. Tuhan aja yang tahu betapa geram dan sakitnya hati saya bila kontrak yg sepatutnya dihantar kepada saya tidak dihantarkan.
Saya merayu kalau ada sesiapa yang kenal dengan manusia penulis Liana Afira malik atau nama penuhnya Juliana Sukma Wati Binti Abdul Malik. Kad Pengenalan 731228****** atau A26****8. Alamat terakhir di Bandar Baru Selayang.
Tolong hubungi saya di syg2da@gmail.com kalau anda kenal dengan manusia seperti nama di atas ini.
Buat pembaca BMM/ WAU ini…
Buka mata luas-luas. Besarkan telinga dan dengar diam-diam. Tarik nafas dalam-dalam dan tak payah cerita panjang lebar…
marilah kita memboikot semua novel keluaran Nylea Publishing yang berada di pasaran. Semua!!! walau pun ceritanya sedap. Kalau teringin juga hubungi terus penulisnya dan beli novel dari mereka, kalau masih ada stok ya.
Buat Kak Red and manager, terima kasih kerana dapat menyiarkan slot ini. Sekurang-kurangnya saya dapat mencari dimana dia bersembunyi bersama dengan duit royalti yang berkepuk-kepuk itu. Saya cuma mahukan hak saya hasil titik peluh saya.
Buat pembaca blog redmummy, maaf saya dah mencuri banyak masa awak semua.
Shana
34 Responses to “Bersama Mak Merah & WAU…”
~ Sri Bridal ~
Wedding Designing and Photography ~ for bride n groom with luv!!
Bukan Butik Biasa
RM50 dan Tudung Ika bernilai RM35 untuk dimenangi. Hurry! Before 20th March 2010!
Langsing Dengan S.I.Y
Dijamin Keberkesanannya Dalam 10 Hari!
Leave a Reply
Random Red Reddies [ Tok Wan TVC ][ Rara Dinzly ][ Blackmores Power+ Bottle ][ Azz Azfar ][ Ribena Purple Heart Event! ]
RED Random Posts. Korang dah baca?
- Sabtu yang santai dan superbest! [12 comments]
- Private Dinner… [4 comments]
- Books from Pasar Malam… [7 comments]

















.-= Bella´s last...
.-= farra-eng´s last blog...
.-= farra-eng´s last...






November 12th, 2008 at 7:17 pm
tgu book fair..
time book fair… LIANA AFIRA MALIK ini akan kuar la kot..
i think i met this LIANA AFIRA MALIK ini sekali..
somewhere kat The Mall…
nanti i try tanya penulis yg laen k..
tak sangka plak perangai nye gitu..ish…
Heartless Devilish @ Reen´s last blog post..Punch Card
Reply
November 12th, 2008 at 8:10 pm
ish biar benar..
to shana,sekaraang ni macam macam perangai manusia..
nasihat ai kan..y not u active blog pahtu jual buku u thru Red mummy nih..royalti bagi 2 dengan kak red..lagi senang kan kan..so sesapa readers yang nak li hanya leh li dengan kak red sajer..dua dua pihak tak rugi..tul tak kak oii?
sabrina´s last blog post..Suka nyer aiii
Reply
RedMummy reply on November 12th, 2008:
@sabrina,
setuju setuju setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
Reply
sabrina reply on November 12th, 2008:
@RedMummy,
copat bona setuju nyer…hahahahahha
sabrina´s last blog post..Suka nyer aiii
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@sabrina, wahhh….dapat bace novel la kita pas ni….wahhh….wahhhh…WAHHHHH…!!!! i laikk…..
Reply
daela reply on November 13th, 2008:
@yaya,
ha…klu free lagik best…!!
daela´s last blog post..1001 kenangan..
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@daela, bayor ler barang secupak dua beras..mane leh free…masuk jamban pn kna bayor…
Reply
sabrina reply on November 13th, 2008:
@daela,
banyak hang punya free..nak yak yak pun bayar okeh…kalau free sian kat kak red tak dpat royalti..hihihi..iye tak kak red??
daela kalau ada saploh lagi macam hang gerenti terkuburlah cecita kak red jadik blogger fulltime…hahahahahha
sabrina´s last blog post..Suka nyer aiii
Reply
November 12th, 2008 at 8:28 pm
erkk gitu ke peel liana afiera malik tu?
nasib baik sy tak penah beli nylea nyer product!
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@mrs.sheikh, ptt la duit asik terlindung jer tiap kali nmpak novel tu…hihihiii…
my inseting very the strong,u know…
Reply
November 12th, 2008 at 8:33 pm
liana afiera malik???
siri YOYO,puteri lindungan bulan..
she’s my fav author
semua cerita2 dia superb..
so sad to hear ur story
sabarlah.
allah akan dengar doa2 orang yang teraniaya
yonna´s last blog post..belia benci tag tapi suka awards..
Reply
November 12th, 2008 at 9:00 pm
ooo…ye ke…
dulu saya suka baca buku2 liana afiera malik ni..buku dia best2 belaka..x sangka lak dia wat mcm tu kan…
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@zuera, bughok pangei kan?
ihh…ih…ih….tegamak sungguh la mkn duit org cmtu…
Reply
zuera reply on November 13th, 2008:
@yaya, a’ah kan…saya ada koleksi liana ni..nak wat apa ekk??
bakar leh..??
(bis arr duit kalau bakar…)
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@zuera, simpan je ar….tp sape lah kita nk kawal benda2 cmni kan?
tp…susa la nk ckp,selagi x lihat sendri kebenaran,i x brani nk buat spekulasi…
biarlah empunya diri yg menanggung akibat perbuatan dia…
Reply
Lia @ Maya Adelia reply on November 14th, 2008:
@yaya, kebenaran tak pernah terselindung dan kejahatan tu tak akan selama-lamanya terselindung. Hari ini, esok, esok lagi… tak siapa yg tahu. Ya mungkin dia lepas tp tak selama2 nya lepas.
Nota buat Liana Afira, Saya Maya Adelia tak akan berhenti setakat ini saja… InsyaAllah kita pasti akan berjumpa dan bila dah berjumpa u better get ready
Kak Red, A MILLION THANKS krn menyiarkan pesanan khidmat masyarakat ni…
again, semua yg letak komen… A MILLION THANKS krn saya jadi lebih bersemangat
Reply
November 12th, 2008 at 10:47 pm
Geram betul bila cerita mcm nie..iskk…tak patut betul
esok nak terjah kedai buku..nak tengok aja lah….
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@Ranny, lerrr…tgk ajer..?ganazzz…ganazzzz…
Reply
November 12th, 2008 at 11:54 pm
bukan nak kate ape, tapi inilah sikap orang melayu… suke buat khianat dgn kaum sebangsa… bukan nak tolong same2 majukan org sendrik… dah banyak kali saye & family terkena mcm ni…. even ritu pon baru kene tipu dgn kontraktor melayu mase renovate rumah… dah la lembab… pastu songlap duit my father plak… $40k u know!! bukan sikit tuu… amek kontraktor chinese, kejap je wat keje… dah 95% siap pon… x sampai sebulan pon dorg wat keje…
Reply
hana reply on November 13th, 2008:
@enchekchotz, yes btol tuh…saya sokong sangat…penah kena gak….renovate umah atok saya..kontraktor melayu wat keje cincai….x sampai setahun dah bocor dah bumbung…buat dengan kontraktor cina…sampai la ni tahan lagik…nak salahkan siapa tuh?
*kenapa lah bangsa melayu suka khianat dgn kaum sendiri?*
Reply
daela reply on November 13th, 2008:
@hana,
nk keje senang…untung banyak…!!!
daela´s last blog post..1001 kenangan..
Reply
sabrina reply on November 13th, 2008:
@enchekchotz,
biasalah tu tapi memana bangsa pun sama..yang my bro lagi best nak tolong kawan @bangsa sendiri..last last benda yang ratus ringgit jadi ribu ringgit pahtu siap nak pinjam lagi duit…mangkuk ke tak tu…emmm…hampeh kan
sabrina´s last blog post..Suka nyer aiii
Reply
November 13th, 2008 at 12:15 am
hehe… maap lah teremosi plak… saye pon nk lepas geram jugak… sbb mcm ade related sket2…
jom jom kite boikot itu nylea (walaupuunnn saye bukan pembaca novel).. and shana pon kene pikirkan idea self marketing yg gempak… idea sabrina tu okay laa… so ade win-win situation… cume kalu royalti split 2 mcm kesian plak kt author buku tu… pepandai la u all discuss ye…
Gute Nacht Kak Red!!!
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@enchekchotz, i rase mcm nm election lak…win2 situation…hikhikkk…
Reply
November 13th, 2008 at 12:20 am
hmm patut ar da tak minat nak beli buku liana tue.. dia penipu upanya.. tu lah orang cakap kalu tipu pendek rezeki…
ish2 tak baik tul dia tue…
cik ara´s last blog post..ishq vishk
Reply
November 13th, 2008 at 8:45 am
wah gitu yer perangai dia. novel2 dia sume bestt tapi???kepada novelis tu kalao baca redmummy ni,…pandai2 la bg balik det org. kalau tak dpt bg suma, bg la sikit2. kesian shana tuuuu
casper´s last blog post..my in law
Reply
yaya reply on November 13th, 2008:
@casper, tu ler….penat tau bermain dgn minda ni…nk membayangkan sesuatu
situasi dan berkhayal tentang jalan citer…
Reply
fiza nordin reply on November 13th, 2008:
@casper, bukan saje kesian kat shana tp kat kite jgk. hehehe
hai…saya fiza nordin (nama sebenar) juga merupakan penulis nylea yg tertipu.stand as name ‘AURISY SYAQUIRA’.
fiza nordin´s last blog post..Gulai Lemak Rebung
Reply
Lia reply on November 14th, 2008:
@fiza nordin, selamat berjuang hingga ketitisan darah terakhir
Reply
November 13th, 2008 at 8:47 am
sib baik lah saya peminat setia ALAF 21…liana afiera malik nih famous gak kan?x sangka lak dia sanggup aniaya orang sampai mcm tuh sekali…for shana…banyakkan bersabar ye?insyallah,satu hari Allah SWT sure ketemukan awak dengan dia…x besar mana pun KL nih,pusing2 kat ctu gak..
Reply
November 13th, 2008 at 9:05 am
mmm..patut la saya kurang menggemari novel melayu ni..
baik baca little black dress…hehehe
bukan xminat..

takot beli bila baca xbest langsung…
Munirah Abd´s last blog post..Baby Ammar
Reply
November 13th, 2008 at 10:26 am
erm….dah lama x mengikuti novel2 nih…tp…sy tumpang simpati dgn masalah shana ni…
daela´s last blog post..1001 kenangan..
Reply
November 13th, 2008 at 3:03 pm
kesian penulis2 novel sekarang nie. tak sangka dlm ruang business yg seciput nie pun ada yg menipu. tumpang simpati mendengarnya.
btw, novel dia mmg laris dijual dulu. tapi agaknya sesejak dia makan rezeki org, tros tenggelam nama dia ek???
Shana boleh kumpul penulis yg kena kantoi dan buat report kan? tapi.. kontrak plak takdok.. tu payah gak. tapi… ada ramai org dgn details dia yg lengkap rasanya no problem kot..
tak salah mencuba kan???
Zana´s last blog post..Branch
Reply
November 13th, 2008 at 7:59 pm
one of peminat liana afiera malik..novel dia mmg bes2..
tp x sgka plak dia mcm 2..
tp betul ke?whatever pon, shana sabar ye..
n, cari dia smp dapat!
reen´s last blog post..Diary for Weekend…8-9/11/08
Reply