Nov 25 2008 Tuesday, 4:00 am
Bersama Mak Merah
Salam Kak Red, sya EO.
Silent reader blog Kak Red. Sya ada prob besar. Air mata ni dah lama berchucuran..sampai dah kering dah. Terus terang sya kata, sya ni tak lawo..pendek kata agak gemuk. (tinggi 160cm, berat 75kg). Sya ni tak kisah mulut orang lain, tapi ibunda sya dah terlalu ringan mulut “melezerkan” fizikal sya. Kata, tak cantik lah, patutlah susah dapat bf..sehingga la ke tahap dia malu nak berjalan berdua dengan sya. sebagai anak, sya memang sedih gila bila mak sendiri kata sya macam ni. Hina sangat ke sya ni?
Bukan sya tak pernah berusaha nak kuruskan badan, tapi mana bole hari ni tegur, esok badan sya dah jadi 55kg.
Skarang ni hati sya dah terlalu kecil apatah lagi jauhh sgt. Nak balik rumah pun malas. *sya duduk rumah sewa* Tapi ibunda pasti akan marah kalau tak balik. Bila balik, dia pasti pandang sya atas bawah..asal tak cukup dan tak kena pada mata dia, sya pasti kena bambu..
Sya ni sedih sebab umur dah meningkat..lagi 5 tahun nak cecah 30. Tapi ibunda sya layan sya macam budak2 kecik. Itu tak boleh ini tak boleh. Hanya sebab fizikal sya mcm ni, semua kebaikan sya dah tertutup.
Apa perlu sya buat? hati ni sedih sgt..mcm mana sya nak berhdapan dengan ibunda sya kalau macam ni? Sya tak mahu jadi anak derhaka tapi hati sya..siapa yang nak jaga?
Anak gemuk yg dilema,
EO 🙁
intan
Nov 25, 2008 @ 04:05:32
EO, cuba lah ikut program diet yang tetap. Banyak program yg offer cara diet sehat yg bleh guarantee weight loss. Percayalah, sekiranya anda mahu buat, dan anda buat, anda akan jadi lebih yakin dan gembira dgn diri sendiri 🙂
Nadh
Nov 25, 2008 @ 07:58:03
Macam ala-ala sama gitu kan. But I’m a bit taller than u lah. So I can imagine how u look like, LIKE ME!! Hehehe.
EO, i know its not easy to lose weight and sometimes u just cant go on with it. Trust me, selagi belum dapat seru, jangan. U need a whole lot of will power to cut of the excess 20kgs. But of course, u have to watch ur food, jgn pulak badan makin mengembang. Asalkan maintain, should be okay.
And as for ur mum, hmmm.. I think its best u talk heart to heart with her directly. Tell her that the way she say things is pulling u down, its not helping u at all. Kalau u bukan jenis yang boleh face to face, I suggest u tulis surat.
And please, buck up on your self-esteem. Siapaaaaa kataaaa perempuan gemuk ni tak cantek? Aku chantek apa. Miahahaha. Cmon lah beb, tak payah tunggu orang cakap, sendiri mesti puji. You need to learn how to love urself!
Know how to carry yourself well, that’s what my mum always say. 🙂
yaya
Nov 25, 2008 @ 09:11:08
@Nadh, ye ker?kalo camtu aku pon nk declare santek gak ah!
aku santekk…yeahh..yeahh….aku santekk….selagi kita sihat,x berpenyakit,x mintak duit org…
pedulik la hape org nk ckp…yg penting,kita tau diri kita,udah…
aan
Nov 25, 2008 @ 14:46:52
@Nadh, aku pon nak ckp aku cantekkkkk.. hehehehehehhe.. bulih kan?
aan´s last blog post..Please vote for me!!!
Nadh
Nov 25, 2008 @ 21:50:10
@aan,
Memang cantekkkk apa. 🙂
Nady Berry
Nov 12, 2009 @ 16:45:20
@Nadh,
btul mcm sy pernah mrasa berat 120kg
kire besoooo punyerrr haha,..tkut tgk blik tp sy apprecite
stelah kawal mkn n exsercise(cube2 angkat brg jgn berat@y bule naek muscle mcm angkat 2 botol air yg kecik pnuh air try angkat n letak & jln cpat..)insyaallah tu yg sy buat dlm mase 1 thn
skunk berat sy 85 kg..ini smua sbhgian dr pmikiran & nafsu kita mkn sbb da terbiasa..slagi bley kawal,kite kawal la dulu erk..untuk ksihatan gak^&^
yaya
Nov 25, 2008 @ 09:08:42
bior muka buruk..hati mau baik…x gitu?
akak ni pelik la kan,bukan la nk memburukkan mak awk..TETAPIIIII…..
mane dtg hormon buruk tu?x bole la membeza2kan anak2..selagi kuor dr prut yg sama,
anak tetap anak..dan EO kna ingat,yg nak menjaga mak ayah kita bila depa sakit sok,bkn anak2 yg santek,hokeh…!tu tugas sumer anak2 x kira la hodoh ke,buruk ke,santek ke hape ke…
EO kna pekakkan telinga,positipkan minda..
akak ni pon gomok gak,tp disebabkan keluarga dan kwn2 serta masarakat keliling menerima kita seadanya,automatically,kita jd positip…
tentang jodoh jgn risau,kawin atau tidak bkn kita yg tentukan..bila sampai masa insyaAllah,ianya akan datang dgn sendiri…be strong ek EO..
selendangberduri
Nov 25, 2008 @ 09:12:21
Ala relaxlah EO.. hal kecik je.. umur pun baru 25.. apa yg nk risau sgt..semangat kene kuat utk diet. bukan sebab badan u comel u blum kawin2…Ade org yg kurus melidi pun tk kawin2 jugak. ni semua Allah dah tentukan.my friend badan besar pun dah kawin.Kalau org nak kata u.. pekakkan telinga.. dia penat dia diamlah..pasal ur mom tu.. dia nak bakar semangat u je.. mana ader mak yg tk sygkan anak.
Hasleen
Nov 25, 2008 @ 09:41:14
Kak Ipar saya pun badan pun boleh thn jugak tak tinggi mana pun tapi badan dia m’mang bulat,khawin jugak.Umur masa khawin tu dlm 28-27 mcm gitu lah tak ingat…………… (fyi dia sebaya dgn saya 30an) tak de pro pun.
Yg penting mkn secara sihat insyallah boleh kurus cuba tgk artis yg dari Kelantan tu nama apa tah tgk dia boleh kurus kan yg penting usaha.
Ini cth diet yg dlm buku kesihatan terbitan kementerian kesihatan nasi 2 senduk (tak kira lah lunch,ke dinner ke) ikan rebus,sayur,dgn buah.Minum air suam.Kira mkn lauk yg rebus2 je byk dlm 3-4 bln.Timband tgk sblm dan selepas.
Mudahan berjaya.Pasal mak awk tu byk kana bersabar dan solat dan jadikan itu sebagai cabaran.Saya doakan awak berjaya.
yummy mummy
Nov 25, 2008 @ 10:06:41
hi EO,
pertama skali, tanya diri sendiri, apa yg u nak? betulke nak kurus? kalau dah kurus nnt u akan lebih happy? tak semestinye…kallau ikut kajian, ramai yg kurus kata mereka tak lebih happy dari sblmnya cuma lebih konfiden. nasihat saya, memula fikiran kena positif dulu…kalu nak exercise ke diet jgn anggap bende tu something yg u kena buat sbb nak kurus tapi sbhgn dari cara idup u and u must ENJOY.. buat memende ni suma..baru dpt long lasting effect physical and mental…that being said u can also get help by using some proven medications…boleh dpt di farmasi from ahli farmasi…jgn tanya sales girl or promoter lak…kalau betul2 perlu pertolongan saya utk rekomenkan ubat tu…pls contact me (i’m professionally qualified). jgn risau, takde bayaran FOC
Umimia
Nov 25, 2008 @ 10:33:56
alahai adik ooiii…menengokkan cara awk menulis jer akak dah nampak betapa awak pandang rendah pada diri awk sendiri. Tengok camner awk explain umur awak, 5 tahun lagi nak 30..mak aiiii baru 25 tahun lah sayang…muda belia lagi..akak yang tahun depan nak 30 ni pun rasa diri ni cam 23 jer…apsal adik boleh rasa cam tu pulak…
EO, kita ni lebih kuranglah fizikalnya. Nasihat akak kat sini, percayalah pada diri sendiri, yakinlah dengan diri sendiri. Walau badan seorang perempuan tu sebesar mana sekalipun, kalau dia yakin dan percaya dengan diri dia, dia akan tetap nampak cantik dimata orang.
Kalau nak turunkan berat badan, usahalah betul-betul..kena komited tapi jangan demi untuk itu awk mengabaikan kesihatan awak dan perasaan awak.
Umimia´s last blog post..My Mia
Doll
Nov 25, 2008 @ 10:57:20
EO, coba2 ler ko diet, dah ibunda pun berkata begitu..takde mak yg nak mengkelepet anak sendiri..cuma dia risau kang ko gemoks bahye kan kesihatan..tu lom kawen kan ko nih! 75kg tu berat tu..
aku rase yg ibunda dok kata nie takleh, tu takleh pasal cara ko makan kot..ha..ha..ye tak! yelah kot nak rekemen ko kat anak jiran dia pun takde la dia segan anak dia bdn slim gitu..naik saham mak ko..
percaya cakap kak nie ha, semua mak cakap ado bonar eh..tak cayo, cubo jadik mak satu ari nanti..apo ko cakap sumo betol..anggap apo ibunda ckp satu cabaran n saya akan berjaya slim mak! nanti mak kena spend lak kat wardrobe baru saye!
pi diet, pi..pi..skang gak..carik diet yg sesuai, jgn memkn diri sendiri..
mayangsari
Nov 25, 2008 @ 11:18:16
EO, bangga dengan apa yang kita ada…. kebetulan i sedang buat entri diet kat my blog…do visit… and i’m willing to tell u more than the entrie…kalau u minat… don wori sis …:-)
sabrina
Nov 25, 2008 @ 13:01:22
rilex arr be…anyhow kalau rasa dah cukup kuat nak diet u go ahead.And satu lagi tak yah lah nak sesusah merendah diri.bab kawen ni tak kira gemuk ke kurus ada yang body solid molid tapi tak gak ada yang berkenan…jadi just think positive.Setiap orang akan ada jodoh memasing cuma lambat atau cepat jeks…jangan risaulah..
sabrina´s last blog post..YOGA Haram????
cikchelsea
Nov 25, 2008 @ 13:01:37
trry la mkn herbalife…xyah diet ketat…tp bkesan..saya sndr dh try n even kwn2 yg berat 90kg n tgi lebih kurang mcm awk pon dh penumjukkan keberkesanan produk tsebut..slmt mcuba
Lia
Nov 25, 2008 @ 13:47:12
sini hakak cakap sama kau.. hargai diri sendiri lebih baik daripada duk berendam airmata gemuk sana sini. I pun gemuk gak.. tp i dun care much apa yg org kata. s long s i sihat, happy and bahagia.
berkeyakinan akan buat kita dipandang oleh org lain. cantik je bagai nak rak tapi tak de confident nak bawak diri sendiri tak guna juga.
adios
nona
Nov 25, 2008 @ 15:52:31
Eo, u tak la gemok mana pong.. body u lebh kurg i jerr.. ni i nak bg tips skit.. u beli la susu alpha lipid. i dah guna for almost 4 months. first 2 weeks, i lost 2 kgs. next 2 weeks another 2kg and aftr 6wks alost 7kgs.. what the amazing la.. betul maaa.. lgpun 1tin leh thn 2 bln. walaupun mahal skit iainya berbaloi ngan hasil i dapat. nanti contact i tau…. lps ni jgn sedeh2 lagi.. for sure your mum sukerr kat u..
EO
Nov 25, 2008 @ 16:34:36
Thanks pada semua yang memberi komen yang amat2 positif. Semua komen anda akan sya ingat dan ambil iktibar serta tindakan.
Terima kasih skali lagi..
p/s: nanti kalo kot dah cecah sekitar 55 kg, EO minta tlg kak red post kan gambo EO kat sini eh..before and after..huhuhuh..
Budak bulat yang kembali bersemangat,
EO 🙂
Nadh
Nov 25, 2008 @ 21:49:13
@EO,
Start by saying this, “Aku chantekkkkk apaaaaa.”
Like what yaya & Aan did. Hehehe. 🙂
Chantek tak?
Chantekkkkkk!!!
Kays? All the best to u beb.
*hugs*
Myra
Nov 25, 2008 @ 20:46:48
to EO…biar cemana pon kita….kita kena happy….kalau kurus tak happy tak guna gak kan…. walau mcm mana badan kita….kesihatan kena jaga,,,and kena happy….baru lah young at heart…kan kan…
vagg
Nov 25, 2008 @ 21:29:22
EO..
size doesn’t matter la..
yang penting hati tuh.
dan yg penting jugak.. sayangi diri snirik.. kalo xde confidence.. mmg selalu kita akan rasa rendah diri.
please love yourself. dan cuba slow talk ngan your mum.. terus terang apa yang terbuku tuh.
TUHAN bg kita sume nih kekurangan dan kelebihan yg memang balance kedua2nya.
sbb DIA tuh maha adil.
ada org fizikal cantik.. tp ati dia xsenang. ada org fizikal takde le cantik sgt.. tp dia bahagia dengan hidup dia.
yang mana satu kita nak?
org ckp.. kalo tengok dalam dulang org.. memang kita rasa nak org punye, padahal apa yg ada dlm dulang kita LAGI memuaskan. tp kalo kita nk tambahkan apa yang ada dalam dulang kita tuh.. usaha dan usaha dan kuatkan semangat.
faham, kalo org duk mengata kita, sometimes kita rasa DEMOTIVATED kan?
but please, love yourself.
kalo xde org nk bg motivation, motivate diri sendiri.
sbb ape2 skalipun, diri kita yang tentukan apa yang akan jadi pada diri kita.
bukan org lain lorr.
bukan org lain yang leh kasi confidence kat kita.. KITA SENDIRI.
good luck~!
vagg´s last blog post..MATAKU BAK SPOTLIGHT
nona
Nov 25, 2008 @ 23:39:47
kan bagus cenggitu EO.. berbaloi post ur problms kat blog k.red.. to k.red, tak sesia usahamu buat blog ni.. Moga Allah merahmatimu dan sekalian ummatNya selalu..
DiEsE
Nov 26, 2008 @ 08:56:01
Adik EO,
Bersyukurlah adik masih muda lagi…
Dalam masa 2 tahun lagi saya akan menjengah ke zaman 30-an…
Walaupun ibu saya tidak mengambil kisah mengenai soal jodoh saya (jodoh di tangan Tuhan, katanya), namun apa bila saudara-mara atau jiran-jiran yang agak ‘busy-body’ mula bertanyakan ‘Bila nak kahwin ni?’ atau ‘Bila pulak Cik Nah (ibu saya) nak buat kenduri kahwin ni?’, saya tanpa segan silunya berkata ‘Kalau makcik/pakcik ada sesiapa yang boleh direkomenkan kepada saya sebagai calon, silakan lah. Saya nak tengok lelaki mana yang berani nak kahwin dengan saya.’
Mmuuahhahahahahahahahahahhahahaha
Zana
Nov 26, 2008 @ 13:07:22
uish.. muda lagi tu… kalau nak kurus biar dr hati. jgn kerana terpaksa. sbb kalau terpaksa nnt terseksa.
motivate diri yg penting.
tang ur mum tuh, mmg kena ckp dgn dia. apa perasaan u towards her.
tapi aga kmenterkujatkan jugak, seorg mak boleh ckp cenggitu pada anak dia. patut beri semangat utk menguruskan badan ke, bagi tips ke. itu lagi bagus.
btw, harap u byk bersabar .k.
Zana´s last blog post..Tag dulu ek…
true
Dec 22, 2008 @ 23:12:03
EO..jgn rasa rendah diri sangat..awk xde la besar mane…saya ni lagi besor dari awk tu..as long as kt sihat cukup la….jaga pemakanan….this year saya buat azam untuk menyusutkan berat yang dh terlebih ni…kn la diet sket…tapi bukan xmakan langsung….saya dah start 8 hari…kurangkan ambil karbohidrat….breakfast dengan roti putih+butter 2 keping, lunch ambik nasi sikit+sayur+ikan/ayam+epal hijau+juice, then dinner kul 6/7 ptg….ambik roti atau buah aje…alhamdulillah saya dh turun 3 kg..:)…tapi kalo nk lagi senang…pegi cari treatment centre yang xpayah xcercise/ berlapar..hehe…peace..