Bersama Mak Merah

Salam Kak Red, sya EO.

Silent reader blog Kak Red. Sya ada prob besar. Air mata ni dah lama berchucuran..sampai dah kering dah. Terus terang sya kata, sya ni tak lawo..pendek kata agak gemuk. (tinggi 160cm, berat 75kg). Sya ni tak kisah mulut orang lain, tapi ibunda sya dah terlalu ringan mulut “melezerkan” fizikal sya. Kata, tak cantik lah, patutlah susah dapat bf..sehingga la ke tahap dia malu nak berjalan berdua dengan sya. sebagai anak, sya memang sedih gila bila mak sendiri kata sya macam ni. Hina sangat ke sya ni?

Bukan sya tak pernah berusaha nak kuruskan badan, tapi mana bole hari ni tegur, esok badan sya dah jadi 55kg.

Skarang ni hati sya dah terlalu kecil apatah lagi jauhh sgt. Nak balik rumah pun malas. *sya duduk rumah sewa* Tapi ibunda pasti akan marah kalau tak balik. Bila balik, dia pasti pandang sya atas bawah..asal tak cukup dan tak kena pada mata dia, sya pasti kena bambu..

Sya ni sedih sebab umur dah meningkat..lagi 5 tahun nak cecah 30. Tapi ibunda sya layan sya macam budak2 kecik. Itu tak boleh ini tak boleh. Hanya sebab fizikal sya mcm ni, semua kebaikan sya dah tertutup.

Apa perlu sya buat? hati ni sedih sgt..mcm mana sya nak berhdapan dengan ibunda sya kalau macam ni? Sya tak mahu jadi anak derhaka tapi hati sya..siapa yang nak jaga?

Anak gemuk yg dilema,
EO 🙁

Comment: 25