Purple Day for Redmummy…

img_5317

ai wore purple kebaya from Melaka yesterday. the background of the photo memang dari tanah melaka….n sedondon sama kebaya dan kain batik purple dari melaka jugak. kalo korang nak beli kain batik or kebaya nih, pi google melaka kat entry blog aku ni ha, jumpa lah nanti kedai tang mana bagai kay…

dah banyak kali pun baju kebaya pepel aku tu kuor blog, tp sbb event ni saya datang bukan sebagai redmummy mahupun dari redmummy.com so saya x perlu pakai merah lah kan…

kalo invite tu datang under the flag of redmummy.com, yes ai will wear red lah semestinya…

img_5332

melaka’s booth. congratulations to this team, though they didn’t win big

img_5321

the event took place at somewhere kat tengah bandar di sana sana tuh, ai came to office first, parked my car and panjat keter honeybossy’s driver wt frens. n the whole day of friday, aku dok merempat je kat tpt nih…our duty for morning session jaga duit coklat ehheheheehe…

img_5330

an indian fren wants to wear kain pelikat, so mari kita pakaikan dia….aku suh dia cabut suor panjang barulah nampak gaya dok kampung melaka kan, x nak lak dia. suh pakai selipar pun dia x nak. but ai salute him for wearing the kain pelikat whole day….

tak tertanggal hokey!

img_5375

ada satu booth tuh segalanya merah! my god…sukanya aku. ko hengat aku nak dok diam jer, aku menumpang amik gambo ngan depa, pretty girls with red costume! cantik2 merah kowang. hajat nak amik segalanya background in red tuh, tp x leh nak zoom x boleh jugak nak anjak ke belakang cameragirl aku tuh coz sompek!

img_5360

this was my lunch….oh saya tidak berdiet coz smlm bebudak ’email berjemaah’ tak bagi menu diet utk friday. ye sila salahkan mereka seratus peratus. tapi jangan percaya pulak yang itu adalah tangan2 saya…aku kan kalo makan udang pandai makan pakai tangan jer, nak bukak kopek kulitnya. aku idak pandai bukak kopek udang ngan garpu sudu mar… so kawan aku si Alang makan udang ngan pantas kilat, terer tol..ngan muka cecembeng aku teringatkan sirman.

Sirman usually buatkan kopek udang ni for us, me abang n gegirl. gilo hapolah kan nak suh laki datang kopekkan udang. so aku pandang alang ngan wajah mohon simpati, dia pun amik ler pinggan aku bukakkan udang ehehehehhe…gila sei, laju betul dia  kopekkan pakai sudu garpu tu kay. terer nya kau! itu lah tangan2 dia.

aku ni, dahlah x geti tukar tayar keter, kopek udang ngan sudu garpu pun bebal…

img_5366

aku pusing2 tempat event tuh, apa yang boleh aku main….emm tangkap ikan 🙂 ini kacang nih, pemenan gegirl pun ado gini. ada magnetic gitu kan, senanglah…

img_5397

kat JJ sokmo ada game nih, or kat tpt2 games tu pun kowang pasan kan ada dancing tuh. kita tengok skrin, follow arrownya mana nak pi kaki ko. ha berjoget lah kao atas papan tuh.

dapat ok, x dpt failed! mencik…

badan dan berat, nak menari atas papan pun terlajak2 arrow.

img_5392

aku x suka menda nih. Puan Liza, gun awak sudah tidak berfungsi dengan elok yerr, ramai orang komplen guns ko jahanam tau bila dah banyak tangan godam. dan aku pun kalah x dpt apa pun bergoyang..udahlah askar ko kekecik….tp aku dpt ler menda tanah liat hapa tah yang team ko tuh kasik..

img_5343

ini lah puan liza yang juga turut hadhir di potluck saya arituh…your team menang besaq nampak! mmg expected pun, pakaian korang je sedondon seiring. amik kat abang askar mana weih?

img_5354

meh kita jalan2 tengok kita akan jumpa siapa…ms bunga yang tudungnya sangat fames dijual. bukan tudung2 nyalah, tudung2 yang dijual tu kroni dia punya. katanya orang brunei pun tempah tudung yang akak promotekan arituh. wah…..sapa reader akak yang dari brunei tapi x nak bersuara kat sini tu ek? mai lah borak2 sket…

img_5387

kamu mahu harga yang bagus untuk product celcom seperti blackberry curve, bold n coming soon is storm? ha ini orang yang layak saya intro sama kamu. taun lepas for father’s day saya dan anak-anak adiahkan sirman blackberry curve kan, saya mintak harga kawan2 from him. after months x jumpa dia nih, aku pun dah lelupa sket dia, suddenly jumpa kat sini. n hangpa tau apa kami borakkan?

Celcom: Weii Red, aku terbaca blog engko! syok siottt! memula aku baca kan, member aku cakap lah pasal blog ko tuh, sekali aku tengok2 eh macam aku kenal je awek merah nih. lerrr, ko yang beli Curve utk laki ko dulu!

Redmummy: aku nak trade in curve laki aku ke bold boleh tak?

Celcom: Ko pi low yatt lah, mbe dia org nak…

Redmummy: x guna lah kau, aku jaja kutuk ko lam blog

Celcom: oi oi, janganlah, aku carik makan weiii. kita diskas nanti lah…

Sirman, takde maknanya ai nak trade in berry awak to bold, pakailah sampai jahanam. ehehehhehehehe

img_5408

amboiiiii sampai tersedak2 Ah Chong semalam hokay, ke main vagg bagi fakta fakta ringkas RM sampai Ah Chong pun famous naik sama…dia pakai baju suit yang ala2 chongsam cina lelaki tuh..

the moment aku nampak dia pepagik kan

‘weii chong, u look like a waiter from Mandarin Oriental’

‘u sadaplah, take my photo now n u can post in your blog’

so anak-anak dara sekalian, sudah lampiaskah rindu kamu sama Ah Chong?

img_5334

4 kebaya dari melaka

img_5342

ramai gak yang berkebaya, mereka adalah kawan2 saya tp susah nak gather kan sume ngamik gambo, jap2 sorang ilang jap2 aku ilang sudahnya dpt ni jer…

img_5407

motif aku bergambo kat sini, kerana kain2 batik ku sebanyak 6 helai telah berbudi di sini, kain batik turun temurun dari mak aku, jatuh ke tangan ku for my berpantang 2 anak, aku gunakan untuk potluck heheheheh dan jugak for this event.

kain batik, aku gunakan mostly hanya untuk berpantang, dan untuk dipakai bersama kebaya….as of now aku ada lebih 30 lai kain batik baik yang belum berjahit dan sudah berjahit. ada yang baru tak pernah lagi dipakai…aku suka kain batik sebab pada aku, kainnya unik.

kat indon pun banyak kain batikkan?

…..ini adalah entry yang tidak memerlukan aku bergaya merah, so kang jangan ada lak pulak tanya ‘kak asal ko x pakai kebaya merah ko kak’

ada pehem??

Comment: 34