Feb 2 2009 Monday, 1:00 pm
Bersama Mak Merah
dear kak red.
actually masalah ni dah lama bother saya. saya dlm umur 30an.
masa saya kecil hingga lah dalam lingkungan umur 17 tahun, saya sering dipukul oleh ibu. nak kata saya jahat, tak. biasa lah budak-budak, balik sekolah lambat, dan kadang-kadang sebab saya memberontak. suka naik angin and bila saya melawan, lagi teruk. bila dipukul + pula dgn kata-kata kesat. paling teruk bila dihantuk kepala ke dinding.
kalo setakat pukul dengan hanger,, takde masalah. tu perkara biasa. tapi kalau dipukul dengan teruk, ditarik rambut, muka dihentak di dinding.. ada banyak lagi. saya teringat sampai sekarang. walaupun saya dah maafkan tapi, kenangan tu selalu kembali.
sory kak red. tertekan enter. belum habis lagi type.
mcm saya ckp, saya umur 30an. dah bekerja. masa kecil, selalu dipukul atau mungkin perkataan didera sesuai ke guna? sejak umur 7 hingga 18 tahun. nak kata jahat, bukan jahat mana. balik lambat, result exam tak bagus. s
aya pula suka melawan. bila saya melawan, lagi teruk. dalam seminggu, mesti akan kena 2-3 kali. dibalun..dengan teruk. masalahnya, saya sentiasa teringat peristiwa tu semua. dipukul + dimaki hamun. saya tak paham mak saya ni. sampai sekarang, walaupun tak pukul saya lagi, tapi ada saja kata-kata kesat dia. ada saja syak wasangka dia. bila keluar dengan lelaki, ada saja kata-kata kesat nya. bayangkan, wanita yang hampir berumur 70an masih berperangai demikian.
peristiwa rambut ditarik dan muka dihantuk di dinding sampai sekarang saya ingat. pergi sekolah, kaki, tangan penuh dengan libasan. pernah juga dipukul dengan berus rambut..yang tajam tu. pernah juga dia cakap, saya ini anak pungut.. macam celaka. kak red fikir lah, mcm mana saya nak lupakan semua ini. perangai dia masih tak berubah. saya kadang-kadang timbul rasa benci. rasa marah. saya maafkan dia.
tapi peristiwa tu sentiasa menghantui.. masih terbayang tu semua.. masih ada lagi bekas parut luka. kejam ke saya sebab benci dia atau kejam lagi perbuatan dia terhadap saya? where do i seek help? tolonglah saya.
Dekyon
Lia
Feb 02, 2009 @ 14:07:41
simpati dengan apa yg berlaku. tp dia tetap seorang ibu tak kiralah kita ni anak angkat ke anak pungut ke atau anak kandung ke dan walau seburuk atau sejahat mana pun ibu kita tu dia tetap berada di tangga yg teratas.
memang susah to let go apa yg berlaku. (kind of understand perasaan tu) tp ada hikmahnya disebalik apa yg berlaku. apa yg penting MAAF kan ibu tu dengan seikhlas hati tanpa prejudis :p dan berdoalah supaya dia diberikan kesedaran dan keinsafan.
insyaAllah kalau awak maafkan dia dgn seikhlas ikhlas ikhlas hati pasti semua peristiwa menyakitkan tu akan memberikan keinsafan utk awak juga dan dalam masa yg sama awak akan rasa lega.
KK
Feb 02, 2009 @ 14:22:44
firstly, aku bersimpati dgn keadaan dekyon dan mak nye..
yes, aku setuju ngan lia, maafkan dia, maafkan ur mom.. tp kalau aku jd ko, aku grk, g pindah umah lain..
frankly speaking, lepas aku grk duk umah sewa, hubungan aku ngan mak aku bertambah baik.. tp mak aku takdelah seganas mak ko.. satu hari aku ngan mak aku gado besar hanya sbb aku balik keje lambat.. bukan aku sengaja, dah keje mmg byk.. ape lagi, gado2 mulut gitu pas tu d next day aku grk angkut brg2 pindah duk ngan kwn2..
lepas 2-3 hari, mak aku panggil balik.. katanya nak berbincang.. ok, aku balik dan berbincang.. aku dibenarkan duk umah sewa dgn syarat balik umah mak aku tetiap weekend.. since then, hubungan kitaorg makin baik.. takde gado2 dah..
in fact, in less than 2 weeks, i’m getting married.. dia yg bersungguh2 buat segala2 nya utk aku..
ape2 pon, think wisely before u take any action.. maybe g pindah duk umah sewa, worked for me.. tp aku tak guarantee it would be d same for u..
somuffins
Feb 02, 2009 @ 14:35:18
Terbisu seketika ….
ummul aqeem
Feb 02, 2009 @ 15:36:22
i turut simpati…. im so lucky coz i have a greatest mom in the world…
maafkan ur mom.. berbanyakkan berdoa agar dia berubah… banyakkan bersabar…
syurga dibawah tapak kaki ibu.. xkira mcmana dia sekalipon..
hospital biasa ada tawarkan khidmat psikiatri.. online xsure lak.. cubalah godek2..:) psikiatri ni bukan tuk giler je.. jgn salah paham geng!… dia jugak tempat nk dapatkan bantuan for this kind of trauma..
adah
Feb 02, 2009 @ 16:07:58
berdoala supaya hati mak sentiasa lembut..maafkan dia..wpon dia berperangai begitu dia tetap mak kamu..mungkin susah nak maafkan tapi pujuklah hati yg terluka.beribadatlah selalu n mohon drp Allah supaya melembutkan hati sendri n hati mak…insyaallah
casper
Feb 02, 2009 @ 16:29:47
dekyon
akak pernah alami apa yg ko alami tu. nenek akak maha garang. silap sikit belebau la badan kena hentam ngan kayu api, lidi dan apa yg sempat dia capai la. Akak melawan jugak…tapi lagi teruk kena…maki hamun jangan cakap la …sentiasa di mulut dia.
Dendam??? memang la berdendam, rasa cam akak sorang2 ja kat dunia ni…dah la mak meninggal ayah ku hanyut entah kemana. Nekad dlm hati bila aku dah berjaya nanti …aku nak tinggal dia sorang2. huh tapi hajat tak kesampaian sbb dia pergi dulu. tapi nak lari kemana?? dia sorang jer la yg akak ada dlm dunia ni. nak tak nak kena bersabar lah. lagi pun thn 90an mana ada kisah org lari dr rumah lagikk…tak berani.
Bila dah besar dan tua ni perasaan dendam tu hilang la dekyon. sbb akak pikir balik sbb dia jadik macam tu. dia sorang2 tak de adik beradik, dan dia terpaksa berhempas pulas nak besarkan akak, bg akak makan, sekolah…dan dia sendiri tak de tempat dia nak mengadu, luahkan perasaan.. tu mungkin sebab dia jadi garang macam tu. Dia stress agaknya. akak plak jahil time tu nak menyelami perasaan dia..yg akak tau salahkan dia … =( =( =( benarlah kata org kita akan menghargai org tu bila dia dah tak de…dan time tu baru kita sedar apa yg dia buat semuanya untuk kebaikan kita.
Cuba ko selami balik keadaan sebenar mak ko…punca yg menyebabkan dia jadik macam tu?? tentu ada….
apa pun buruk baik dia tetap mak ko dik, tak de dia tak ada la ko kat dunia ni. kalau dia benci kan ko takkan dia nak bela ko sampai besar panjang. cuma dia tak leh nak ubah cara dia kot bila berhadapan dgn ko…
byk2 la berdoa…moga hati dia jadik lembut….x baik berdendam dgn mak sendiri dikkk..takut nanti menyesal di kemudian hari
casper´s last blog post..uri nya dia bawah
sumijelly
Feb 03, 2009 @ 14:26:10
sian dekyon
kenangan zaman kanak2 x seindah org lain…..
sy cukup nyampah kalu org main pukul, hantuk, rotan….
nak lak kalu dia lelaki…….
apa2 pun.bersabar la……
semoga tuhan lembutkan hatinya………
sumijelly´s last blog post..Tesco @ Semenyih, Selangor
ayu the sun
Feb 04, 2009 @ 00:12:00
go back to root…
kembali mohon padaNYA…
ALLAH knows best.
ayu the sun´s last blog post..Rezeki pagi hari…