Feb 25 2009 Wednesday, 1:00 pm
Jawapan untuk Teka Teki Teka Tekuk
Teka teki Ujie yang kuor semalam pagi….
—————————————————————————————————–
Ada 5 buah rumah yang bersebelahan antara satu sama lain dengan 5 warna berbeza. Setiap rumah didiami oleh orang-orang yang berbeza kewarganegaraan. Setiap pemilik rumah menggemari minuman yang berlainan, main permainan yang berbeza dan memelihara binatang peliharaan yang berlainan. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang menggemari minuman yang sama, main permainan yang sama dan memelihara binatang peliharaan yang sama.
Soalannya
SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN??
Pembayang
1 Lelaki BRITAIN tinggal di rumah bewarna MERAH
2 Lelaki SWEDEN memelihara ANJING
3 Lelaki DENMARK minum TEH
4 Rumah bewarna HIJAU terletak di sebelah kiri rumah bewarna PUTIH
5 Pemilik rumah bewarna HIJAU minum KOPI
6 Pemilik rumah yang bermain TENNIS, memelihara BURUNG
7 Pemilik rumah bewarna KUNING, main CHESS
8 Lelaki yang rumahnya terletak di tengah-tengah, minum SUSU
9 Lelaki NORWAY tinggal di rumah PERTAMA
10 Lelaki yang main POKER tinggal di sebelah rumah lelaki yang memelihara KUCING
11 Lelaki yang memelihara KUDA tinggal di sebelah rumah lelaki yang bermain CHESS
12 Pemilik rumah yang bermain BILLIARD minum BEER
13 Lelaki GERMAN bermain GOLF
14 Lelaki NORWAY tinggal di sebelah rumah bewarna BIRU
15 Lelaki yang bermain POKER berjiran dengan lelaki yang minum AIR
Selamat menjawab…
Ujie
—————————————————————————————————-
JAWAPAN UNTUK KAK RED & Readers
LELAKI YANG MEMELIHARA IKAN IALAH LELAKI GERMAN
Warganegara | Norway | Denmark | Britain | German | Sweden |
Warna | Kuning | Biru | Merah | Hijau | Putih |
Minuman | Air | Teh | Susu | Kopi | Beer |
Permainan | Chess | Kad | Tennis | Golf | Billiards |
Binatang peliharaan | Kucing | Kuda | Burung | Ikan | Anjing |
adah
Feb 25, 2009 @ 13:39:52
mcm soalan PTD aritu..kuar lebih kurang mcm ni la..cuma xbyk sgt mcm ni la…
kakyaya
Feb 25, 2009 @ 13:40:25
pening?pening?
sape tak pening,mmg samting wrong la…aku takmo tanye soklan dah…
wana
Feb 25, 2009 @ 15:34:18
ye la mmg pening..payah beno nk m’wabnya…ikan nye pasal la he…he..
wana´s last blog post..6 mth..
Dian
Feb 26, 2009 @ 14:03:04
:8 .haduiiiiiii!!!!pnt aku tanya laki aku…last2….x dapat gak…phening woooo!!!! :((