Bersama Mak Merah – Suami meniduri perempuan lain!!!

kak red,

sy tahu masa2 ni akak amat busy dan letih kerana abg baru sihat, but i need some advice coz i know u ada ramai reader kat luar sana. Need opinion untuk kurangkan my burden.

Apa perlu sy buat apabila suami sudah meniduri perempuan lain? Sy baru kahwin, lebih kurang 4 bulan. Dan sy telah ‘menangkap’ suami saya bersama ppuan itu di dalam bilik di ofisnya. Sudah tentu sy marah, bengang, kecewa dan patah hati dll ditambah suami saya terus mem’backing’ ppuan itu dan menyalahkan saya.

Apa perlu saya buat kak red? Saya betul2 pasrah dan buntu. Dah la baru beberapa bulan kahwin. Jiwa sy kosong dan hingga ke saat ini, saya tidak nampak suami saya akan memujuk saya dan meminta maaf.

Perlukan saya undur diri dan memberi peluang kepada mereka? Saya belum bersedia untuk diduakan dan saya tidak dapat terima hakikat suami saya menyalahkan saya atas apa yang berlaku. Tolonglah kak red…

– Puan A


Comment: 30