Bersama Mak Merah – Mabul Island, Sabah

Dear RM and reader RM, Firstly, thank you kepada Redmummy sebab diberi peluang untuk muncul dalam BMM, RM yang glamer ni.

Saya tersangat-sangatlah gumbira kerana inilah pertama kali saya dibawakan live di BMM ini…yahuu yahuu…

Saya ada satu masaelah….masaelahnya sangat rumit dan amat memerlukan pertolongan daripada rakan taulan reader RM yang ramei ini… Begini masaelahnya; Saya dan keluarga sudahpun mem’booked’ tiket untuk ke Tawau, Sabah dalam rencana untuk singgah ke Sampoerna dan seterusnya Pulau Mabul yang berdekatan tu.

Nak ke Sipadan…ada ketakutan disitu sebab katanya ramai bapak2 lanun bermaharajela…jadi kami pakat ke Pulau Mabul jer lah..yang katanya sangat cantik tak kalah dengan Sipadan…(excitednya makkkk)…

Tapi, masaelah nya sekarang..kami masih lagi tak berjumpa penginapan yang terbaik kat situ. Kebanyakan yang ada..sangatlah MAHA mahal sehingga menggunakan USD sebagai matawang dan dikira secara PAX (sekepala). Padahal kami cumalah mahu mencari penginapan yang lite-lite dan selesa sahaja. Untuk makluman, kami hanya pergi 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Selepas disurvey-survey secara sendiri, rate penginapan disitu kebanyakannya USD 500 per pax…perghhhhhh…kami ni bukannya divers dan bukan jugak org kayo yang kejenya mengecop duit…

Kalau readers RM yang bijak bestari dapat berkongsi maklumat serba sedikit tentang penginapan di Mabul Island, saya tersangatlah gembira…Kalau dapat share pengalaman atau tips tentang trip ke Sabah pun…wallah….berganda kegembiraan kami.

Kalau boleh tinggalkan contact number or email kepada yang berkenaan pun kami dah cukup suka. Di harap readers RM dapat membantu. Segala bantuan dan maklumat didahului dengan ucapan tima kacih. Yang mendambakan bantuan anda;

– Si ekor kuda

Comment: 29