Bersama Mak Merah – Gangguan Lucah!!!

kak red, nak mintak pendapat kakred dan juga reader sekalian…

sebulan lepas mak saya dapat gangguan sexual melalui talifon.. hari ni terbaca entri dia kat blog mak , rupanya gangguan tu masih berterusan walaupun mak dah buat report polis… Mak cuma nak tahu, siapa yang ganggu dia tu, tapi sampai sekarang tak dapat apa2 jawapan dari pihak polis. Adakah pihak polis yang ambil ringan pasal kes mak ni, atau pihak syarikat komunikasi tu buat tak endah jer..

Masalahnya, mak dah tertekan dan merasa sangat tercabar maruahnya, tambahan lagi arwah abah dah tak ada, lagi lah mak sedih bila orang ganggu macam ni… Macam2 dia sms kat mak, perkataan lucah2 dan benda2 yang sangat biadap! Bila kami call no tu, memang tak berangkat langsung ataupun kalau dia angkat, dia takkan jawab sepatah pun, sanggup jer dia bertahan tak letak phone sampailah kami yang letak.. Jadi kat sini, saya nak mintak pendapat reader semua, apa yang patut saya buat untuk tolong mak?

Atau ada sesiapa yang boleh tolong bagitahu, siapa pemilik no talifon 0139595217 yang ganggu mak ni?

- Jay

Comment: 34