Mar 9 2010 Tuesday, 8:00 pm
Bersama Mak Merah – Curangkah dia???
Assalamualaikum,
Memandangkan Kak Red ramai readers,jd saya rasa molek sangatlah utk saya bertanyakan pendapat @ suara ramai tentang masalah saya ni.. Saya berumur 25 tahun, telah bertunang & akan mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Saya telah mengenali bakal suami saya sejak 4 tahun yang lalu. Tapi, sejak kebelakangan ini, saya merasa tidak sedap hati dengan perhubungan kami.
Saya seakan-akan dapat menghidu kecurangan sedang berlaku (oleh bakal suami saya). Jadi, saya sedikit sebanyak menyiasat perlakuan & aktiviti bakal suami saya (e.g. cek msg / phone call, datang ke tempat kerjanya secara mengejut). Namun, masih tiada bukti yg saya jumpai. Byk kali juga saya buat solat istikarah minta petunjuk Allah swt jika betul dia curang, tapi masih tiada petanda. Namun begitu, saya masih berasa tidak sedap hati memandangkan saya pernah tdengar beberapa kali rakan sekerja bakal suami saya mengusiknya dgn perempuan lain.
Jd, ini menyebabkan perasaan syak wasangka saya terus meningkat. Saya pernah bertanyakan kepada bakal suami saya, tapi dia menidakkannya. Saya ada syak seseorg (di kalangan rakan sekerjanya) tetapi saya takut saya hanya syak wasangka shja. Pernah beberapa kejadian di mana secara kebetulan bakal suami saya cuti (cuti rehat) & perempuan itu turut bercuti. Dan bila saya menyiasat (dgn pergi ke rumah perempuan itu ) dia pon tiada di rumah. Namun, sehingga hari ini saya belum mendapat bukti sahih tentang kecurangannya (jika betul dia curang).
Kwn2 menasihatkan saya utk melupakan bakal suami saya, tetapi saya takut akan menyesal di kemudian hari hanya kerana mengikut perasaan syak wasangka saya.. Jadi, saya berharap jika anda ada pendapat utk menyelesaikan kes saya. Saya ada juga terfikir utk mcari sesiapa yg bekerja dengan celcom supaya dpt menyiasat nombor yg kerap dia hubungi. Kerana dengan ini saja bukti yg tak dapat dia sorokkan drpd pengetahuan saya..Mohon pendapat semua demi masa depan saya..
Terima Kasih !! *TQ Kak Red !! Minta tidak dipamirkan nama & email saya..Mekasehh
– Murni (Bukan nama sebenar)
Liza
Mar 09, 2010 @ 21:49:51
to me, marriage is a very important decision in life, better be really sure before entering a marriage, confront and ask him. baik ler tanya up front dari having the problems later
sWeEtdARLinG
Mar 09, 2010 @ 22:49:31
sesunnguh syaitan amat kecewa jika kita membuat kebaikan.. perkahwinan ni sesuatu yang suci, dan jangan tertipu dengan godaan syaitan…
jangan cari pasal kalau takde pasal… kalau betul dia tu curang, allah akan tunjukkan depan kita.. apalagi bila bergelar isteri nanti… tak ke mana tipu helah dia tu….
.-= sWeEtdARLinG´s last blog ..Result for Teka | Janggal =-.
syaz
Mar 09, 2010 @ 23:12:50
better u siasat betol2 sebelom mengambil apa2 keputusan…
.-= syaz´s last blog ..Checkup 6 bulan setengah =-.
cathj
Mar 09, 2010 @ 23:26:32
Hati nuraini seorang pompuan tu selalu nya benar (90%).. terpulang kepada adik mau meneruskan atau tidak…
tetapi untuk memeriksa nombor si lelaki sampai ke celcom bagai..spot cek sampai ke rumah wanita itu.. cek sms.. Saya rasa 1 langkah yg agak keterlaluan pulak.. adik sgt mencurigai pasangan adik (Tahap curiga yg paling kritikal ni dik).. nanti dah kawin takut ia akan terbawa2.. lemas pula pasangan kita dikk… nanti ‘baik saya buat’ katanya.. aduh..
Masih ada masa utk berfikir.. mau terus mencurigai atau cukup sampai di sini.. keputusan di tgn adik sendiri.. 🙂
sekadar nasihat yer.. harap jgn ambil hati kalau ada tersilap kata.. ampun tuan ku.. 🙂
.-= cathj´s last blog ..Kampung Daun_ Bandung (P.1) =-.
Bella
Mar 10, 2010 @ 03:09:32
Ok..
Selama u bersama tunang u 4 tahun ni, ada ke dia mempunyai ciri2 seorg cheater? atau adakah benda ni baru je start? u lihat adakah perangai dia berubah mendadak skrg compared to masa u baru bercouple2 dulu? adakah dia byk beri excuses dan mengelak dr berckp benar ttg mana dia pergi / sebagainya? ciri2 seorg cheater ni slalunye sng nak tangkap.. perbezaan perangai dia dulu n kini ketara.
tp kalau dia sekadar berubah sikit2, mungkin lebih sibuk kerana naik pangkat contohnya, then tu tak bole diambil kira. so u compare baik2 n jgn terlalu ikut emosi..
u kena faham, kdg2 rakan2 sepejabat ni suka gurau2.. mungkin u tak tahu perangai rakan2 sepejabat dia sgt krn u tak menghabiskn masa seharian bekerja dgn mereka? ttg time dia off n perempuan yg u syak tu off sama, adakah masa tu u tak dpt cari mana tunang u? adakah dia off hp atau tak jwb bila u call sdgkn dia jenis org tak pernah tak jwb hp? atau mungkin dia sdg dgn keluarga time tu? adakah ia berlaku sekali atau sudah berkali2?
nak mengikut pendapat kwn2 utk melupakan tunang u mmg senang, tp u kena fikir.. siapa yg lebih mengenali dia? u yg sudah bersama dengannya selama 4 tahun atau kwn2 u? kalau apa yg u syak ni salah, u yg akan kesal jika u buta2 lepaskn dia.
wbgmnpun, jika u tersalah langkah dan berkahwin dan selepas perkahwinan mendapat tahu dia telah curang, u juga akn kesal. i’m sure u tak mahu status janda. lagi baik anak dara dr janda kan? so, my pendapat, u sit down, cuba jwb soalan2 yg saya tanyakn td, n list all the pros and cons of tunang u.. then pggl dia duduk dgn u n suruh dia terus terang. jgn serkap2 jarang or spy2 fon dia lg. cara2 begitu tak akn membuahkn hasil.. talk to him openly, be serious, bukan acah2.. org kata “u can see truth in a person’s eye” so tgk betul2. org yg tipu subconsciously akn pdg kiri bila dia jwb sesuatu soalan.. checkout the signs. good luck!
P/S: bila msk BMM je, pjg lebar comment saya.. mcm pakar counseling.. HAHAHA 🙂 (actually i just double majored on psychology, dats y! hehe)
.-= Bella´s last blog ..Child Abuse =-.
qaseh bonda
Mar 10, 2010 @ 07:53:16
Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa2 yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula pada hati. Dalam usia yang semakin mencabar,pertunangan tanda meniti jambatan gantung. Seharusnya matang dalam tindak tanduk, jangan salahkan orang lain jika masih ada keraguan terhadap diri sendiri.
Bahagia dan tenteram ada dalam diri kita.
Pisau ditangan kita, kita yang menentukan luka ditangan.
Inikan pula hati yang memang kita yang punya.
Be the best n all the best to u.
tifa
Mar 10, 2010 @ 08:14:29
Siasat dulu . Kalau dia berkata “tidak” tu tak semestinya dia betul betul tidak buat benda tu. Itu adalah alasan untuk kita tidak bertanya banyak2.
Yang penting kita mesti yakin dengan keputusan yang kita buat. Kalau nak kahwin , you mesti ada plan atau bersedia menerima apa apa perkara yang bakal terjadi .Just my 2 cent.
.-= tifa´s last blog ..Kenapa suka sangat buat cerita pasal hal orang lain ..tak betul pulak tu. =-.
farra-eng
Mar 10, 2010 @ 10:38:39
cerita nie x lengkap sbnrnya ada hal yg x d’critakan..x kan ler murni terlalu cemburu kalau x pernah terjadi apa2.. teman s’kerja mgusik sbb dorang nengok murni nie terlalu cemburu kot..tu yg wat gurauan mcm tu…tapi me faham gak perasaan terlalu cemburu nie mmg m’yakitkan hati..kalau kwen pun nnt mungkin akan bertambah teruk..jadi settlekan lah hal hati nie sblum kwen.. all the best :love:
.-= farra-eng´s last blog ..Red Carpet Dress 2010 =-.
SAYA
Mar 10, 2010 @ 13:45:44
Buat Murni,
Syak wasangka awak ni pada saya agak keterlaluan..
Atas dasar apakah awak ada ikatan pertunangan dgn dia..Mmg la kita ni tak boleh terlalu percaya kan lelaki, tp jika benar dia adalah jodoh yg terbaik utk Murni, dia adalah BAKAL SUAMI awak.
Perhubungan kalian dh menjangkau 4 tahun. Saya setuju ngn beberapa pendpt di atas, kekadang kt tpt kerja ni, slalu ada gurau2an, dan pulak Murni dah kenal dia selama itu, sptutnya boleh menilai sendiri sejauh mana dia berubah dr sebelum ini.
Mmg kekadang firasat hati tu ada kalanya betul, tp Murni sekarang dalam perjalanan nk membina satu ikatan yg murni, org kata bnyk dugaan dan jugak setan mmg tak suka bila kita nk wat perkara baik/ibadah. Mungkin itu smua suara2 setan yg menghasut? siapa tau kan?
Yang sebetulnya…berbincang elok2 dgn tunang..brp bulan je pn lagi nk kawin kan? kalau dlm bertunang pn dah syak wasangka smpai cmni, cmner la nnti dah kawin kan? Kena percayakan suami tau…dan selebih nya bnyk2 berdoa..dan amalkan ayat pengasih. Doakan kasih sayang kalian berkekalan dan semakin bertambah. IStikarah juga jgn tinggal..mcm Murni ckp, murni dah buat istikarah pn, masih lum ada apa2 ptunjuk mahupan bukti apa2 ttg kecurangan dia kan? Mungkin itukah petanda nya? Wallahualam..:-)
Murni *bukan nama sebenar
Mar 10, 2010 @ 14:59:40
First of all, i would like to thank Sist Red so much for publishing my story here. Tq all yg sudi bg pendapat. I will think pro & contra bfore make this BIG decision. YUP, i do agree that mgkin saya yg cemburu mbabi buta..Maka mulai saat ni, saya akan avoid to cemburu sgt..Dah mungkin benar dia tak curang, cuma keadaan sekeliling yg mganggu fikiran sy smpai saya fikir yg bukan2 pasal dia..tQ so much !!
Sist Red : U really have great readers..keep up ur work to publish more post & semoga rezeki yg Sist dpt thru blogging akan btambah2 & diberkati Allah swt.. =(
Azhar Ramli
Mar 10, 2010 @ 17:30:30
Rumit jugak permasalahan nie. Tapi setiap perhubungan kepercayaan dan kejujuran adalah yang utama untuk membentuk hubungan yang berkekalan. Yang dapat menentukan hanya empunya badan. Setiap pengorbanan pasti ada pembalasan,begitu juga dgn tuan punyer cerita ini. Keyakinan dan kepercayaan mungkin dapat membantu. Approach slowly dan be open minded,mungkn sidia biasa terbuka hati meluah perasaan..cehh..macam doktor plak..sekadar pandangan dari insan yang lemah…