Bersama Mak Merah – Curangkah dia???

Assalamualaikum,

Memandangkan Kak Red ramai readers,jd saya rasa molek sangatlah utk saya bertanyakan pendapat @ suara ramai tentang masalah saya ni.. Saya berumur 25 tahun, telah bertunang & akan mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi. Saya telah mengenali bakal suami saya sejak 4 tahun yang lalu. Tapi, sejak kebelakangan ini, saya merasa tidak sedap hati dengan perhubungan kami.

Saya seakan-akan dapat menghidu kecurangan sedang berlaku (oleh bakal suami saya). Jadi, saya sedikit sebanyak menyiasat perlakuan & aktiviti bakal suami saya (e.g. cek msg / phone call, datang ke tempat kerjanya secara mengejut). Namun, masih tiada bukti yg saya jumpai. Byk kali juga saya buat solat istikarah minta petunjuk Allah swt jika betul dia curang, tapi masih tiada petanda. Namun begitu, saya masih berasa tidak sedap hati memandangkan saya pernah tdengar beberapa kali rakan sekerja bakal suami saya mengusiknya dgn perempuan lain.

Jd, ini menyebabkan perasaan syak wasangka saya terus meningkat. Saya pernah bertanyakan kepada bakal suami saya, tapi dia menidakkannya. Saya ada syak seseorg (di kalangan rakan sekerjanya) tetapi saya takut saya hanya syak wasangka shja. Pernah beberapa kejadian di mana secara kebetulan bakal suami saya cuti (cuti rehat) & perempuan itu turut bercuti. Dan bila saya menyiasat (dgn pergi ke rumah perempuan itu ) dia pon tiada di rumah. Namun, sehingga hari ini saya belum mendapat bukti sahih tentang kecurangannya (jika betul dia curang).

Kwn2 menasihatkan saya utk melupakan bakal suami saya, tetapi saya takut akan menyesal di kemudian hari hanya kerana mengikut perasaan syak wasangka saya.. Jadi, saya berharap jika anda ada pendapat utk menyelesaikan kes saya. Saya ada juga terfikir utk mcari sesiapa yg bekerja dengan celcom supaya dpt menyiasat nombor yg kerap dia hubungi. Kerana dengan ini saja bukti yg tak dapat dia sorokkan drpd pengetahuan saya..Mohon pendapat semua demi masa depan saya..

Terima Kasih !! *TQ Kak Red !! Minta tidak dipamirkan nama & email saya..Mekasehh

– Murni (Bukan nama sebenar)

Comment: 11