Pulangnya Kemek ke hujung jalan…

IMG_1054

momen terakhir anak2 sama Kemek. he is good cat, sangatlah manja weihh! cuma yelah aku pun dah blogkan pasal Kemek, dia sedang mencari kucing betina buat modal mengawan. He tried with Reddy but takde nampak jalan pun jadik. Reddy kan asik menyepak je muka si Kemek….so after a month tanya sana sini kat my readers, ada Ayu kek yang patut dah nak amik, but kucing dia membunting pulok.

So aku ada sorang lagi reader yang sudi adopt Kemek…she has female cat. just nice.

I have to give away Kemek to someone yang betul2 boleh jaga Kemek dengan kasih sayang, and dikongsi sayang itu sama kucing betina depa gak….itu je syaratnya.

IMG_1058

ingat senang ke nak buat decision nih. dulu nak bagi ayu kek dah, tp ada project tergendala, si Kemek masa tu lah ngah rapat ngam ngam jeling ngan Reddy. but i hv sorang lagi yang sungguh2 nak amik as permanent. kalau dia dah tak sayang dah tak jadi permanent lah, aku suh Wani pulangkan semula.

She asked me on Kemek, bila leh amik bagai, but aku macam reluctantly lagiĀ  nak bagi, dok pusing konar sana sini. yelah sayang kau! tapi tulah sian lah kemek, he needs a real FEMALE CAT. i hv no choice lor.

Last weekend, we got a visitor, Wani’s family came to VA untuk menjemput Kemek šŸ™

IMG_1057

timbang kira, hampir 9 bulan jugaklah Kemek kat tanggungan aku anak beranak. dari dia menyampah ngan Reddy, dari dia tak kenal kitorg, asal nampak je kitorg jalan terus badan dia terlentang mintak dibelai sapu kat leher tengkuknya tuh. asal ko sergah jer, mencicit dia lariĀ  nyorok, cepat melatah, sangat penakut. kalau aku pasang hairdryer ke vacuum, dia lah yg paling kuat menyorok balik pintu. giler penakut mamat nih.

tapi kalo compare dia ngan reddy, dia lah paling payah nau nak ketip kuku, nak kemaskan telinganya pun ya rabbi siksanyaaa haii! dia tak berapa kuat makan, dia makan bila perlu lapar sahaja. kalo cam Reddy,jap2 nak cicah iams, jap2 nak santap. Kemek juga pantang tidurnya ada orang bising. if ngah2 malam tuh aku jalan if berbunyik ha terbukak mata dia ala2 garfield ‘oi bising lar, aku nak tidur nih’

dia x berapa kuat tidur, macam Reddy boleh sekali dia tidur 7 jam straight. For Kemek, agak2 ngantuk baru tidur itupun ala2 ayam jer.

IMG_1059

well…dengan permisi tuan lama Kemek, dan jugak sebulat suara dari anak beranak Red Family, makanya Kemek telah secara rasmi menjadi milik Wani. yang lawaknya bila kita offer nak bagi Reddy gak, abang boleh buat muka, amik Kemek jer, Reddy jangan. told ya, Reddy adalah kesayangan semua. mungkin kerna Reddy kami bela dari dia baby while Kemek datang waktu dia sudah membesar bulat.

Untuk Wani, ingat yek…kalau dak tak sayang boleh pulangkan to us semula šŸ™‚ tapi rasanya sayang sebati dah melekat to Kemek…babai kemek, ko jangan buat mengada hal ko kat rumah orang pulak. nak main ngan kucing orang pun tunggu kenal2 dulu and rentikanlah perangai melatah kooooooooo!

Jodoh Kemek ngan Red Family tak panjang, kalau aku ada kucing betina yang suka gitu2 takper gak, tp apokan dayo, nan adonya heh. so demi tuntutan napsu Kemek, terpaksalah kami mengizinkan Wani mengambil dan membela Kemek.

Tinggallah Reddy……akhir jalan kami bersama Kemek.

Comment: 23