Pemantun dan pencipta pantun classic :)

ikan gelama letak bertamu
jangan diagau renyai yang rebas
sekian lama tidak bertemu
sejarah lampau kembali diimbas

Teluk Lidan tempat kiambang
asing pulut jangan dibeda
walaupun badan semakin kembang
laser mulut takde pun beza!

nampak reda silau cemara
dalam saat kita sehati
kalau ada silap perantara
segugus maaf dari komiti

sungguh sayu puteri di Rokan
meliuh-liuh seru ke mari
yang rindu kita dekatkan
yang jauh kita cantumi

salam selasih jangan dipinggir
salam zaman dalam kenangan
terima kasih kerana hadhir
kaulah teman dalam dorongan

siap 5 pantuns dalam masa 10minit!

RM is very the serba boleh? eh tak, aku tak geti menyanyi, pernah ko nampak aku buat entry lepak karaoke or nyanyi2 segala? aku boleh dikatakan professional pemantun, dan juga penulis pantun, dan pereka pantun. tapi aku tak boleh tulis pantun yang macam ala kartun ala2 lawak, aku hanya boleh reka pantun yang berunsur klasik sahaja. I was once menjadi pemantun untuk Wilayah P, berganding di Kedah. kemudian RTM and Berita Harian engage me untuk contribute pantun-pantun melayu klasik.

cara saya buat pantun yang pantas dan berirama klassik?

buat draft untuk 2 irama terakhir dahulu, kemudian baru buat 2 irama di atas. make sure the a,b sama dengan a,b bawah. baik di tengah mahupun di hujung. kalau ujungnya TI, iramanya hendaklah TI. kalau tengahnya RA, hendaklah tengah di bawah pun berakhir ngan perkataan RA.kalau takde word yang sepaku nak letak sama irama, boleh guna perkataan lain asal urup matinya sama dengung bunyiknya.

sah korang tak paham nih!

tak kisahlah, i m just telling you that the draft of that pantuns telah diminta oleh pihak berkenaan untuk upcoming event. Opis aku pun or mana2 event pun, event UMNO lah sokmonya, depa carik aku gak untuk buatkan pantun2 nih…tang pantun nih aku suker, no hal. bukan sebab gift or talented but sebab hapa yek….

macam chess gak lah, dok asah2 tup2 leh expert. ha gitu 🙂

Comment: 21