RM is audited by LHDN/Income Tax…

IMG01590-20100804-1903

Just few days after we returned from Europe, we got a special letter from LHDN. Sirman dah baca awal2,  but dia biarkan aku dinner dulu and rehat kejap, dan kemudian suh aku baca surat tuh, pelan2 katanya. the moment aku baca, the subject LAWATAN PENGAUDITAN??

ke premis puan?

to my house?

with their 3 officers of LHDN from e-perdagangan division!

PENGENDALIAN BLOG??

ayoyooo! matiklah makkkkkkkkkkk merahhh!

it s not about me as a normal individual, they are coming to audit me as a Blogger, for my own blog  – this RM yang korang hari2 baca nih..!

They asked for 2 days which was on July last month to visit  my house, but saya tak boleh nak accommodate to their request. coz banyak benda yang aku nak kena siapkan, specially on the bank statements and my earning statement from Nuffnang too. wah! banyak paperworks nak kena buat some more ni bukan mintak record setaun 2 but 5 tahun lepas worr, dari aku lom ada blog 2004 till 2008! So make the story short, we asked for a new date, the best date yang ada is on early August…

I had a discussion with my bloggers buddies and Nuffnang team too….they provide the necessary and mulalah malam2 aku ngan Sirman buat compilation. I had to pay the bank quite a lot to get the bank statements too coz ada tahun2 yang sudah hilang coz pindah rumah kes.

nak print out bank statement, first page is 30 ringgit yer, subsequent pages pulak 2 inggit, lagi thicker statement ko, darab2 lah sendiri.

image

So another letter came, and the visit will take for 2 days too, on 4th and 5th of August. Tu pasalnya aku cuti 2 hari muahahhahahaa! laki bini kena amik cuti. Oklah between me as a tax payer and also the full discussion or should i call interview session and this auditing thread, aku tak bolehlah nak citer sangat, but basic2 jer boleh yek.

As stated in their official letters, 3 officers of LHDN/IRB came to my house (2 male and 1 female, pangkat depa ke main berpaku2 tuh!) hapa ke korang ingat Tok Ti and Dato’ K pulak nak mai, aku ni sapa yang diorg nak melawat plak…. The officers – they are nice, tak rude, sangat berbudi bahasa, dan sangat bertolak ansur, juga boleh di ajak berunding, cuma menghormati permintaan depa bertiga untuk tidak keluarkan their faces in RM, so saya tak boleh nak letak. Saya juga melihat kad kuasa warrant yang depa bawak, so memang they have the right to enter your premises utk audit. Banyak soalan yang kita tak paham pun kita tanya, banyak jugak yang diorg mintak kita sediakan etcs, kira the visit ada kerjasama lah. Eh aku kalau tak nak cooperate, harus aku tak bagi depa masuk, harus aku tak amik cuti mar…

Just FYI, LHDN ada 2 jenis division yang boleh masuk rumah orang, 1 is penyiasatan, and 1 is under audit. Both are carrying the same warrant. Aku lebih rela depa datang buat audit dulu dari satu team lagi datang buat investigation coz yang tuh depa boleh rampas documents and harta or anything yang depa rasa related to your income.

Semua termaktub dalam akta2, seronok juga pengalaman saya bila diaudit. bukan seronok coz dapat attention or kena apa pun, tapi ini satu pengalaman yang saya belajar sangat2, aku dah paham banyakkkkkkkkk sangat!

Meh aku share 1 thing yek, those yang ada jual gegula ke kain ela ke baju2 ke bags2 ke kat site korang, kat shopping online blog korang tuh even korang claim only personal blog sales, adalah perlu wajib untuk korang register it under the company’s name. Korang ingat korang leh sesenang je bukak blog and jual online? hohoo! no way! So sebelum korang yang online ni getting letter from LHDN or worst kena saman from SSM, baiklah korang register dulu blog korang as a company with SSM, ha kat The Mall tuh.

File kan sumer receipts, transactions and all activities for your blog. Streamyx or broadband bills korang guna untuk blogging tu, ya jangan nak sewenangnya korang buang, itu sumer asas2 yang kita nak declare untuk tax.

IMG01582-20100804-1901

Your questions..

1. Why Redmummy.com?

Cos emm…fyi saya bukan yang pertama dan of cos gak saya juga bukan yang terakhir akan mendapat lawatan audit dari LHDN. Korang ingat diorg ni tak buat kerja dulu ke sebelum nak audit aku, entah2 korang2 yang lain pun sedang dalam pemerhatian jugak. They have the list, n i m one of them yang memang wajib diaudit. Anw, sejak aku dapat surat LHDN nih, specially gang2 aku yang kuor lam Project Alpha Season 1 and 2 sumer dah tau news nih, diorang pun sama berpeluh2 gak bila aku shared this story hahhahahhaa….

2. Kenapa sampai datang ke rumah?

Sebab di rumah inilah aku buat kerja blogging aku. So di premis ni jugaklah tempat depa nak memahami RM, nak tengok files yang Sirman and aku dah compiled for like a  month. Kalau disuruhnya aku pi opis depa, korang rasa korang nak pergi tak? mungkin asik bertunda jer lah…lagipun depa ada kuasa, ada warrant yang oi. this is a standard procedure. Diorang pun nak paham konsep blog jugak. katanya earning sampai 10k  per month just from the blog kan? hamik ko!

3. Sejak bila ada e-Perdagangan dalam LHDN?

sejak March 2009 dah ada. n FYI saya jugak bukan blogger pertama yang diaudit. ada bloggers lain yang dah kena, tapi masa aku discussed with Nuffnang team, it appears that i m the first of their product yang kena auditlah.  so basically e-perdagangan division ni khas utk memantau serta mengaudit perniagaan online, terutama blog2 yg menjana pendapatan dan of cos online shops.

4. So earning blogging memang kena declare?

YES!! anything yang korang earn dari blog korang tuh, even ads from blog pun, or jual apa saja, atau macam blog aku ni wpun personal blog, tapi sebab ada earning etcs, harus declare. Walaupun bukan dalam bentuk duit, harta benda yang aku dapat dari hasil blogging, harus juga declare kat income tax. Dah tentulah aku salah sorang blogger yang menjana pendapatan dari blog. Obviously benda ni sume orang tau kan, advertorials aku dah tentulah berkoyan2, earnings ler tuh.

5. Kalau begitu tak nak show2 my income la, sebab kang kena kejar income tax?

Show ke tak nak show bukan masalahnya, ingat Income Tax tak tau? but back to basic, perlu declare whatever you have earned from your blog, tak kira sikit or banyak. skang dah ada versi online since 2004 lagi kan, so shoot jer lah. Remember to keep your receipts all paperworks at least for 7 years, but lagi wajib korang simpan for 12 years record. eh aku bukan main cakap yek, ni sume aku belajar from their visit to my house. actually bukan masalah kena kejar ke apa, its actually our duty as Malaysian to pay income tax. jgn smpi kena audit nanti huhuhuu

6. LHDN datang tu ada study pasal RM tak?

YES of course, jangankan pasal RM blog aku nih, harta asset aku pun diorang ada record yang oi muahahahahha! alompak yang dah lama berkubur penuh spam tu pun ada dalam record depa, apatah lagi benda nyata. ngeh! Motor yang dibelikan untuk abah aku pakai pun diorang tau yer, not from reading RM, but they are LHDN, they know everything weih! bape bijik rumah, keter, anak2 nya sekolah, semua data pasal aku depa ada. moralnya, they dont come with empty hands, they have studied me for monthssss….since aku nya earnings nih bukan saja berbentuk wang ringgit, tapi juga berbentuk harta nilaian dan asset and travelling aku pun sama diamik kira yek. hohoooo :)

7. Saya tak nak entertain LHDN lah RM, saya nak tutup pintu bila diorang nak datang audit premis saya

OK ko tutup ler, diorang datang siap2 ngan warrant penyiasatan, silap2 ngan polis pun diorang bawak sekali. The warrant tu memberi kuasa depa mengikut Akta Cukai Pendapatan untuk memasuki dan merampas harta benda atau documents yang boleh digunapakai untuk penyiasatan cukai. Hangpa jangan nak carik pasai kay, silap2 orang datang cara friendly, ni nak buat musuh pulak.

9. Kenapa nak paksa2 suruh bayar tax, bukan ke mana pun duit tax saya tuh

Actually ramai orang tak tau or maybe tak nampak or buat2 tak nampak? sebenarnya duit tax yang kita bayar tuh rolling semula untuk pembiayaan negara kita, jalan2 yang rosak rompong tuh, bangunan2 yang dah nak tumbang, apa saja utk kebajikan rakyat nih diorang pakai duit tax tu. so itu yang kita tak tau and tak nampak atau saje2 buat tak nampak :)

10. So teruklah ko kena taji ngan LHDN ek RM?

eh tak lah, diorang dtg bukan nak taji ke apa, cuma nak audit & sambil2 educate  kita psl tax ni. aku sambil kena interviewed pun sambil2 tu lari masuk dapur masak 4 menu lagik! Most of the time, Sirman yang melayan dan menjawab soalan….coz not even LHDN and kebanyakan orang terkejut bila kita reveal…. technically, RM doesnt belong to me, it belongs to Sirman legally, but letter was under my account, so u get me here? wink :) . Tu pasal aku dah cakap, korang nak invite aku apa2, korang kena include Sirman nih, he memang behind the scene dalam RM nih,  kuasa contract kat tangan dia, kuasa earnings masuk duit pun dia gak, aku ni hanyalah writer and blogger di RM jer. Belakang tabir ni yang orang tak tau….

bank statement aku nipis jer lah, cer tanya penah korang buat payment masuk account aku? korang perasan tak bags2 yang korang bayar or beli apa2 dari Shop@RM tuh sume under nama Sirman. account mak kering yeop!

so as long as semua info/documents ade, senang la kerja depa, no worry bukannya depa nak taji apa pun. tp jgn la ade penipuan dlm setiap doc atau pun dlm declaration tu. tu kalao depa found out kena tarik balik dan maybe akan di kenakan penalty.

IMG01550-20100804-1051

kiri kanan tu officers Income Tax, memang aku tak leh amik gambo depa, gambo tangan2 depa pun diorg tak kasik, so ngadap le tengok gambar Sirman jer ngan files sebeban, ada satu kotak besau ko kitorg sediakan!

What s the Outcome from LHDN’s visit to RM’s house?

That s very confidential, i cannot share it with you. No question on that pls. itu antara aku dan LHDN. The officers in LHDN dah pegang janji and dalam akta diorang jugak untuk not revealing any information bout RM. So korang jangan nak korek2 pulak or buat speculation. Kes and file aku with LHDN blum watamat. Ade la a few benda kena buat follow up…

Sebenaqnya nak habak jugak, few days aku dapat surat dari income tax nih, aku down sangat2, memang sedih, alahai…kenapa ler aku yang cipisan ni jugak kena chase dek i/tax. orang lain ramai lagi earnings puluhan ribu, apakah nasib. wahh sedih yek. actually, ada few readers aku dah hint2 yang i/tax dok nak chase aku but aku tunggu ler, berbulan2 gak awat takdak pun, sekali hamik ko!

Anw, lepas dah met up with the 3 officers from LHDN nih, aku rasa lega sangat, baru rasa open and memahami kerja depa. Kita pun bukannya buat salah, and aku pun nak hidup dalam aman tenteram, bagi kerjasama ngan depa. alah moralnya, apa saja jenis income yg masyukkkk, wajiblah declare. tak semestinya kena byr income tax ni, dah kalau busines rugi, tak perlu la byr, janji korang declare. So hidup peace yek, declare your income :) aku rasa Ya Allah leganya!  Thanks to LHDN team for visiting RM and make me and Sirman memahami kerja2 korang & juga pasal tax ni. bertambah ilmu :)

To the 3 officers and Puan Pengarah, best kan baca blog RM nih, baik ngaku, best kan best kan?? put aside the akta2 tu, tapi betul tak u all ngaku, baca RM  seronok kan kan? hehehehhee :)

OK now, nama sapa yang aku nak bagi kat LHDN yek? hehehehee….hazab aku dah lepas, wpun belum finalise, but at least alhamdulillah, team LHDN yang datang memang bebaik n professional, korangnya turn ai tak tau, so remember, check back your files and declare properly. Specially korang yang buat business sale online via blog/fb tu….u do not know u are being monitored. cuma aku sedih satu jer, aku masak beria2 sedap2 nih, banyak pulak tuh but depa tak leh nak makan coz nanti melanggar Akta kerja depa. alahai…

oo lagi satu, pada sesapa nak belajar lebih lanjut psl tax declaration whether under individual or company, bolehlah terjah ke LHDN kat Menara PGRM, Cheras, kat sana ada FREE lesson psl tax ni, cara2 nak declare tax effectively. aku dah pasak kat Sirman suh pi niiii…

Anw, it s not a matter sapa yang report aku ke LHDN, aku keluar paper majalah tv pun dah jadi satu publicity for them to know bout RM, and of cos lots of govt staff pun baca RM. So, depa la tetamu istimewa kami, dont play2..u think LHDN tak datang rumah ko?

Comment: 113