Red Family di Bazar Ramadhan…

IMG01825-20100814-1711

aku update bukak puasa ke sahur kat twitter yang oi, tu pasal korang jangan pelik napa takde citer makan2 buka puasa or sahur. sahihnya gambar pun aku tweet live terus. well, last friday aku sampai ngam2 lagi 5min nak berbuka, luckilylah helper aku dah pandai masak melayu, aku dah ajar dia yang oi, satu buku resepi melayu aku dah bagi dia sejak setahun dulu so dia memang dah pandai sangat masak melayu.

so on weekend, memang aku lah yang kena buat all out, and budak2 dah bagi list nak makan apa nak minum apa untuk bukak puasa. tetiba je abang dah siap list kooooo! mak haik! melampo betul listnya, makan ke mentekedarah. beli 4 inggit pun banyak tak habis inikan pulak list berjela2 tuh.

IMG01826-20100814-1712

sebab ini pertama kali kita ada masa untuk kuor as a family, ngan aku pun ikut sama coz aku nak jumpa makcik rendang yang kusayang itu….kat sekitar rumah aku memang ada melambak gerai under DBKL for pasar ramadhan nih, ko nak makan apa jer, sume ado.

IMG01833-20100814-1729

ini tempat yang aku paling suka pergi berparam…kat sinilah jugak makcik rendang meniaga, cuma nasib kurang baik, weekend makcik nih tak meniaga lah pulak, dia meniaga hari weekdays sahaja…aisayh… sapa ke penyanyi/pelakon lawa tuh, Syella yang ada butik pengantin tuh, ha dia pun ada menjual sama. lawo betullah budak tuh. putih gebu sungguh.  dulu masa belum jadi artis takde le selawa gitu, apa kah rahsianya ek?

jong jong jong! aku tak pi pun beli kat gerai dia, tak tau pun apa dia jual…

IMG01827-20100814-1720

kenapalah masa bukan ramadhan takde orang nak menjual ke main hebat macam nih yek? napa le masa bulan puasa ajer baru berebut2 orang carik duit raya, meniaga hebat gini iskk, tau tak, bukan orang melayu muslim kita jer yang sibuk membeli tapi cina india omputih segala bangsa berebut2 membeli juadah gak masa ni.

IMG01830-20100814-1724

aku cukup tak suka betul anak2 aku nih kalau nak makan sume yang diorg nampak semua diorang nak. eii, membazir betul. macam2 pulak tuh yang diorg order nak tuh nak nih….dah 2 kali berbuka gak habis membazir je buang. baik bagi kat security guards VA tuh, beli2 baik bagi diorg, ada gak pekdahnya. bengang betul aku. pasnih aku kena lagi serius ngan depa tak bleh nak manjang sumernya nak semataaa…

fishball nih amik sampai 3 jenis, makannya sebijik jer.eii korang! makan masa sahur lagilah payah coz semua makan nasi and dah tak lalu nak makan bebanyak, ater dedua pala lentok kat meja makan.

IMG01832-20100814-1727

mee kuning + soup nih sangat fav abang, dia beli ni makan sampai habis, berkongsi sama adiknya. aku kalo apa2 beli kongsi jer tak yah nak membazir kot dia nak tuh nak nih, ha beli satu korang rasa le sesama sket…tak rugi beli nih yek sirman if in d future abang nak lagik.

IMG01828-20100814-1720

nih aku tak tau lah apa mendanya nih, Puffina, tak try pun kita beli, but memang tak tau apa ke mendenya. kalau jual masa bukan bulan Ramadhan, nanti aku makan yek bang. tak pung masa aku ngah red flag datang bulan, nanti aku borong so boleh buat makan masa siang2 hari dok bawah meja ngan member yang sama2 datang bulan hahahahha…..

lecehlah, wpun red flag ko ingat senang nak makan ke, dahlah tak leh makan openly, makan kena sorok2, yang bersorok tu pun payah kay! nak buat air lagilah tak boleh, takut orang nampak, diorg takkan cakap apa tapi seganlah, sesengih sedepa je memasing nanti. ngan anak2 aku leh lagi menyorok.

IMG00324

the next station kita pergi kat sebelah tasik pulak. aku ada masak 2 lauk tapi ada yang kita nak carik macam contoh siput sedut takde jual kat depan JPJ tadi tuh. oh aku tak leh makan  siput sedut yang ada keladi yer, gatal2 kang, lgipun Gegirl pun nak makan sama, so aku kena carik siput sedut yang tidak ada keladi langsung. ni siput sedut aku tak getilah nak siang. kalau ada pun yang makan aku ngan Gegirl jer, orang lain tak geti nak makan….

IMG00325

bapak nak air cendol…yey! budak2 dah mintak air soya, tapi bila hidang diorg berebut nakkan air cendol bapaknya….

IMG00327

bubur pulut hitam ku yang sampai sudah lupa nak makan, coz tidur awal. bulan2 puasa ni banyak dugaan lah, antaranya mata cepat nak lelap wpun sat nite. sayang betullah aku dah terliur2 nak makan bubur pulut hitam nih…

aku suka sume jenis bubur kecuali bubur tu ko taruk durian, memang aku tak makan. tu pasal penah dengo aku makan tempoyak? nehi kan?

IMG00323

eh eh ada gambar catwalk ibu dan anak…

IMG00326

waa jumpa gak siput sedut tanpa keladi! aku belasah sorang nih untuk 2 inggit. tapi rupanya dalam aku ngah beli nih, sirman pi beli lauk lain gak, tu yang bila hidang banyaknya hai lauk banyaknya hai makanan….kalo makan kat umah mak ajah sedap gak.

IMG01831-20100814-1726

penutup entry aku kasi gambar ayam goreng kukus! ya allah sedap betul, tang Abang and Gegirl lah. tang sirman punya dalam dia tak masak sangat. aku tak amik coz aku tau mesti ada yang tak makan so campak kat mak nya. ni gerai kat depan JPJ tu gak, sebelah2 ngah gerai makcik rendang.

Adalah masa beli kat sebelah tasik punya bazar ramadhan kan, aku amik asam pedas ikan pari. laki aku budget 3 inggit jer, sekali 5 hinggit ko! aku terus cakap pasnih tak yah dah beli lauk2 gini, ai pun boleh masak. 5 inggit tuh! iskk… tu yang kuor twitter laki aku ngomel napa sampai sepetang punya param sampai 40hinggit anak beranak membeli. ngehh! Not like we beli everyday, tapi kalau sekali ngadap beli 40 ringgit, wui banyaknyaa!

Ahad abang teringin nak bukak puasa kat QB …. nanti aku cite apalak yang menarik under QB kay.

Comment: 22