Kebasahan kehujanan dan keributan…

IMG01912-20100816-1828

ya Allah Isnin petang hujan ke main kuat, beribut taufan, pokok banyak tumbang. dahlah Sirman janji ngan aku jumpa kat makcik rendang, dia dah beli2 tapi dia tunggu beredup kat JPJ, dah aku kena turun bawak payung sama pi amik dia.  abih berbanjir ler laki bini, makcik rendang tu baik betul, amik seketul ayam kurma, asam pedas kembung and rendang daging, baru 5 inggit. siap nak tapaukan nasi lemak gak tapi aku tolak coz sapa le nak makan..

sekali punya nak cepat, rendang daging tertinggal hahahahha…ko ler sirman melaju je kan..

IMG01913-20100816-1852

seluar aku tuh kaler gold, tapi dek kebasahan, memang lencun, abih jadi tukar kaler, sibuk je le si Paris sambut mak merah…

IMG01914-20100816-1910

masak 3 lauk, tapi lain tuh banyak budak2 punya. suka betul aku tengok anak2 makan banyak, biar banyak abih dari tak abih. air diorang wajib 2, milo panas and air sejuk tapi sebab dah banyak gerai yang tumbang kat ngan JPJ tuh yang terpaksa rendahkan khemah depa sebab hujan lebat sangat, so depa dapat air ribena jer.

mee soup kuning adalah pojaan abang, dah jadi idaman adiknya gak, so depa 2 berkongsi makan mee tu selepas makan nasi. kuih2 pun pas buka gak diorg lenjan, tu pasal orang dah abih makan diorg dok mengirai makanan lagik sampai aku nak hangin korang nih berapa jam nak makannya lagik.

IMG01889-20100816-0748

budak nih selang sehari 2 tukar beg sekolah, kongsi2 ngan abangnya. suka gumbira dia kan…asal aku nak amik gambar je, muka memang senyum sesajor…Gegirl oh gegirl, she s my best gf ever, kalau bapaknya cuba lah nak peluk aku, laju je dia melibas, tak dibaginya….dari baby sampai ke nak masuk 6 tahun nih…

aku tak beli lagi lah baju raya diorg, aisay, baju harian tu takper yang skirt seluar, itu melambak aku dah beli masa kat Europe, in fact kotak aku dari London dah nak sampai soon, so momantai. ni ha baju raya tradisional, blom dapat lagik nak dicarik apa…tunggu next week kot…

tak tau nak carik kat mana tapi aritu nampak kat Alamanda, eh sapa2 yang kat Alamanda, perasan kan ada orang jual kain baju raya budak2, siap kebaya nyonya lagi tuh, RM129 sepasang. mahal ke murah tu hek? bunyik macam mahal but kebaya nyonya tuh, alah comeinya….leh teleng2 sedonon ngan maknya. Aku tak pakailah kebaya nyonya masa hari raya, but bila tengok kebaya nyonya budak, huh….

sapo2 from Alamanda leh citer sket? aku pi harituh dia dah nak tutup ler, dapat tengok seimbas jer…

Comment: 33