Nak Raya, param pun dah tak meletup!

IMG02343-20100905-1605

waaa budak comei yang berangan nak pi potong rambut tapi 2 saloon kita pergi, dedua full house! banyaklah tempat kita pergi Ahad lepas…happening jer. oklah lain tempat tu tak yah citer, kita citer masa kat param tasik permaisuri. param yang tetiap tahun aku pi  memanjang…

IMG02345-20100905-1626

ada drama lah pulak kat sini bila Sirman dah bagi signal nak masuk kanan, si motor bakang Sirman break, tapi diorg melaju gamaknya, dah kawan dia kat belakang tak sempat break and jatuh. so Sirman parked lah lagipun kita nak pi param gakkan, so Sirman pi jenguklah tengok budak2 tu. tapi yang kelakarnya diorg suh Sirman tolong hantar diorg. katanya motor rosak. dah  nak hantar camner…diorg bukan orang BSP or BTR, budak2 Shah Alam. nak suh motor tu bawak masuk naik keter kah…

takde mende pun, tapi bukan nak bersangka buruk, but macam nak ‘mengetuk’ jer gayanya…

IMG02348-20100905-1634 IMG02349-20100905-1636

memandangkan sume orang pun dah sibuk nak beraya, aku pun nak beraya jugakkan, so aku hanya akan citer apa yang aku nampak kat param BSP yek…jarang aku buat citer param kan, i mean apa yang kita totally beli. but Sunday hari tuh coz malas nak masak, carik tempat nak berbuka pun takde yang best macam di Bangi nun, so semua buka puasa hari Ahad adalah totally dari param sahaja.

IMG02353-20100905-1649

kuih seri muka, donuts and kuih kaswi memang favourite abang! setiap kali bukak puasa, kuih 3 bijik tu yang dia tanya. masa kat Bangi buka puasa tuh gagau lah carik mana nak jumpa, bising betul budak tu lah.

IMG02354-20100905-1650

hah donuts ni yang abang suke sangat. btw, ada satu gerai tuh aku tak biasa, tp aku trylah tanya, 3 seringgit ke kak? dia jawab 5, 2 ringgit. oh kalau 3? 3 = RM1.20. sigh…. so kita beli kat gerai yang dah biasa kita beli gak, singgit 3. aku beli 3 inggit biasa kalau kuih2 nih, memang budak2 boleh habiskan…

IMG02356-20100905-1653

Gegirl kena puji cantik dek uncle jual cute cuppies ni terus dia mintak beli, 10inggit. pun Gegirl habiskan jugak… puas hati betul kalau anak2 aku mintak makan, and habis boliau. kalau tak habis tu yang aku angin jerr….

IMG02357-20100905-1656

cendol terakhir untuk ramadhan nih coz kakak yang jual ni dah abih meniaga. dia pun nak beraya….siap dia suh datang pasar malam hari ahad, belakang jusco maluri, tempat dia sokmo meniaga. cendol wajib ada tetiap hari gak for Abang…

IMG02360-20100905-1850

mai tengok apa yang kita beli yek…asam pedas terubuk untuk gegirl sharing ngan maknya..

IMG02363-20100905-1853

ayam masak kurma untuk abang

IMG02364-20100905-1853

daging salai masak lomak for Sirman

IMG02366-20100905-1854

kuih muih bebudak, actually semua untuk abang, 2 donuts adik dia bedal…akak aku cakap si abang makan very the kuih orang tua hahahahah

IMG02367-20100905-1854

ikan kembung bakar yang kureng! for me n Sirman

IMG02369-20100905-1854

20 cucuk satay ayam and 5 cucuk satay daging yang syedapppppppp!

IMG02372-20100905-1858

pecal sirman, aku tak geti makan benda2 gini

IMG02373-20100905-1858

siput sedut Gegirl and mak nya…

IMG02374-20100905-1859

nasi impit + timun lawan makan ngan satay

IMG02377-20100905-1901

milo panas for all of us, Sirman yang bikin…

IMG02379-20100905-1916

air tembikai merah beli kat param and air oren aku buat untuk Gegirl…she s fussy sket tang air, asal beli air je tak sedap, so dia lagi suka air oren mak nya buat

IMG02380-20100905-1919

alhamdulillah…semua licin!

itulah antara visit terakhir kami di param. hari tidak memasak namanya..actually aku ngah malas gila tau  nak buat entry sebab nak raya, tp mengenangkan aku pun blom bercuti sampai jumaat baru cuti, pastuh selasa dah mula kerja, so oklah aku buatlah jugak. lagipun aku tengok ramai jer beratus2 orang online kat RM lagik.

korang bila nak balik raya niiiiiiii, aku nak balik mananya, aku raya sini je macam biasa. petang raya pun den kojo gakk….oh tak sedih pung, tetiap taun gitu 🙂

Comment: 23