Sep 22 2010 Wednesday, 4:00 pm
RM’s Red Raya Open House…
altersebutlah kisah di dalam twitter, sudah pun diannounced yang ada open house di rumah kecil merahku….kita tak jemput openly, sumer main DM, main BBM, sms sahaja. sapa yang ko nampak datang tu kebanyakkannya hadhir sebab mendapat invite a nite before the open house.
betullll nih. yang tertentu je dapat invite awal. as i said, rumah kecil tiang tak sampai seribu. rumahku kat atas langit….kalo terlebih dari kapasiti, siap lah berlaga bahu berlaga cik von. korang nak ke bersempit macam tuh? cakap memanglah senang, tak kisah, nanti belakang mesti kata eii tak selesalah pi open house kak red tuh, ramai nau orangnya yang datang…sempit betul nak makan pun tak selesa.
bayangkanlah, aku tolak sume furniture aku ke tahap maksima yang boleh…kita nak selapang-lapangnya. meja sume ke tepi, sofa pun boleh kira, sofa lain sumer dok balkoni. kucing2 aku sume dok terperap satu hari dalam cage, sian depa, tak leh keluar langsung.
ai catered the food. orang kata, bayo jer. takyah nak risau berjaga awal dari pagi nak masak itu ini. sumbu gas dapur aku tu dahlah satu je boleh pakai, lagi 2 dah cik mamp….yang aku buat, aka bantuan maid aku, tu hah nasi impit jer ngan air minuman. fruits dah tentulah kita kupas sendiri.
masyallah penatnya toksah cakap lah. satu hari suntuk punya open house ko! cadangnya sampai kol 8 malam jer…tapi sirman sudah panggil sama kawan-kawannya for the night shift di VA, terbaiklah….guests terakhir pulang only at almost 1am.
wahhhahahahahah capek-capek!
majlis bermula dari jam 10pagi, itupun ada timing kita dah buat sesiap. 10am to 12pm, frens sahaja. 12pm to 4pm, family Sirman sahaja. 4pm onwards, family RM, 8pm onwards pulak, kawan2 Sirman n sket kawan aku…tapi bila pikir2 balik, hish, kalo abih kol 8 malam memang tak boleh nak buat open house reramai gini. kena buat 3 hari 3 malam lah jugak baru boleh jemput semua orang…
but gilo hapo nak buat 3 hari 3 malam.
kedaung kaki! satu hari ni pun + esoknya kaki aku capek dan juga hilang suara!
menu macam tahun2 yang dulu jugak, nasi tomato
eh aku tak buat open house tetiap tahun kay, dah 5 tahun dok VA, ni kali ke 2 buat. alcadang nak buat kat CV, rumah beso bertanah, tapi heheheeheh….orang lain dah sewa umah aku tu lah. so kita dok je lah buat kat rumah atas langit.
berlawan dengan ayam masak merah
rendang daging pun ado
kari daging ni pengganti dalca, coz aku tak suka dalcaaaaa
lemang yang Sirman ‘bakar’ malam sebelumnya kat Cheras ehehheheee
beehoon goreng pun ado
nasi impit kalo takda masa jamuan open house raya, apa barang kan kan kan?
aku tak herankan isi lauk tuh ahahhaha, tapi aku nak pulang paku buah keras kat Sirman, dulu dia cakap membazir je beli set nih, ke main aku nak jugak set nih angkut dari Langkawi ok. tapi dia tetap gak cakap membazir, but aku pedulik hapa…nak jugak! ha ko tengok Sirman…bila orang puji set2 sudu senduk yang cantik2 ni sapo yang dapat namo? bukan nama awak ke Sirman?
eii patut beli 15 sets terus!
air oren gulp gulp….sedap je budak2 minum ulang alik yek, pastuh batuk berlawan2 masing2. satu lagi bekas pun ado gak air oren, tp dah thari aku tukarkan ke air teh o. tak boleh jadi ni sume main air sejuk je, nak monitor anak2 aku pun payah….
ada tembikai merah and tembikai kuning, ada gak epal and lai. pilihan buah dibuat oleh Sirman. asal aku nampak je dia bawak 2 bijik buah tembikai…wui u ni sirman, buah yang senang batuk nih u bawak balik napa…mahaplah. aku ni mak2, apa yang makan minum tu sume aku pikir kat anak2 aku and anak2 orang. tapi ada jugak mak2 yang tak kisah anak2nya minum air batu yek…
kuih raya pung ado. sapa rasa kuih ‘passed away’ yang anak2 aku buat tuh? sedap tak???????? unik namanya kuih passed away tuh….rugi lah sapa tak makan! n the cuppies for the guests. oh cuppies sampai lewat **sentap**!
u think just bcoz ko ada maid, sume ko nak campak kat maid ko ker? well ai tak tau lah majikan lain, tapi aku ada rasa kesian kat Fifin. bayangkan dari kol 6 pagi dia buat kerja sampai midnite, dia duduk pun kejap ajer masa mak aku panggil ajak tengok tv sesama nonton itu gambar2 raya masa kat Melaka….masa tu je lah tak sampai 5min pun. lain sumer dia berdiri, penat ok. aku at least boleh gak lari2 pi layan guests.
huh laki aku lagi lah….aku cakap baru dia nak tolong angkat cawan gelas segala. wuii pakcik nih, cubalah rajin sket, dahlah guests non stop datang nih. suh amik gambar pun light2 jer….dia bz berasap, bz berborak, dapat pulak gang2 yang ramai nau sekepala ngan dia….ha kan kan.
itupun my maid baik ya allah, siap suh aku berenti basuh pinggan coz dia suh aku melayan je kat luar tuh. aku berenti layan guests dok dapur ni pasal family je kat luar tuh, diorg punya borak, aku boleh nyampuk dari dapur jer…sinki kena clear cepatlah. kita tak pakai pinggan plastik, sume pinggan kaca. pinggan plastik aku buat display je kat umah tuh. pastuh aku fussy, tak nak pinggan nih, tak nak pinggan tuh, nak pakai pinggan jenis gini gitu.
so kita basuh jam2 tu gak, bila orang dah habis makan. sambil tu lauk pauk pun kena dipanaskan, takkan nak bagi orang makan dari pagi punya laukkan. so 4,5 kali kita angkat jerang dalam periuk and kuali. makcik caterer aku siap stand by kot lah ada kurang lauk pauknya.
tapi aku nak tau sapa yang antara guests yang datang, pi dapur bawak cawan see through ke maid aku n cakap kat maid aku yang cawan tu retak? sapo sapo?
cawan tu design nya memang jenis gitu, ko nampak je retak tapi nan ado. dahlah tak complaint kat aku, pi komplen cakap kat maid aku. abis maid aku angkut semua set cawan tuh, tarik semula dari hidangan, but bila dia tunjuk kat aku, dah sah2 itu design cawan tuh. hah sapa yang pi ngadu kat maid aku tuh? mai sini aku nak tau sapa??
hah, aku nak audit lah kalo gini…tak baiklah ko claimed cawan aku retak, itu designnya weii! sapa tak nak ngaku, aku tunjuk gambar2 open house kat helper aku nanti yek, biar dia pin point sapa orangnya…ha baik ngaku cepat!
pagi2 budak2 dah siap berbaju hari raya….complete set! serba merah, sket lagi tak kenal antara abang ngan sofa and carpet tuh hahahahah….diorg aku kasi makan dulu, tapi in between diorg lapo pi amik sendiri jugak…petang sket diaorang tukar baju. gegirl pulak sampai 3,4 kali aku mandikan. asik berlengas peluh jer dok lari sana sini…
gambar kitaorg berdua mmg takde lah, ini pun aku dok rehat jap waktu orang ramai2 datang tuh and tetiba je si tua bangka tu dok kat peha aku. ke main senak peha eden menahan berat dia yek….muka masa ni memanglah hot gebus. tunggu pas maghrib apa jadik. …
gini jadiknya di malam hari …. sampai suara serak hilang 3,4 hari blom jugak berbaik..
btw baju kurung hitam merah yang aku pakai tuh memang baru tak pernah berpakai, was supposedly to wear during my bro’s wedding, berpuluh meter aku beli dari Jakarta utk mak, anak menantu cucu pompuan masa kat jakarta. yang lelaki dapat kain melayu warna merah. so sebab adik aku tak jadi kawin awal tahun arituh, semua anak menantu cucu pakai buat raya. termasuklah aku! so pasnih bila 2 lagi adik aku tu nak kahwin, kem salam lah aku nak beli lagi bermeter2 gini….sendirian berhad sajer pi carik kain memasing yek. tak yah tema2…
eh eh ni cite open house RM kan…so gitulah yek.
sebelum ada yang hati terguris
sebelum ada yang sakit hati menyampah kerna tidak mendapat jemputan
sebelum ada yang rasa nak terlolong2 coz akak merah pilih kasih coz tak jemput korang
sebelum ada yang nak bakar eh tak bakar, merajuk zimbabwe ngan Red Family coz again tak dapat jemputan.
ya mohon maaf kami hulurkan. maaf sangat2…
satu sebabnya..kalo rumah aku besau, memang aku jemput hangpa sumer. tapi rumah aku nih kecik. lagi kemampuan kami takat di sini sajer. unless aku exclude family members aku, memang aku boleh accommodate korang sumer. malang apakan daya…..
jangan kang, alah kak napa ko jemput dia, tak jemput aku. aduhs…setiap satu kejadian tu ada sebabnya. korang ni bukan boleh caya, kang cepat jer merajuknya bila kang nampak muka orang nih, tapi jemputan utk ko tak dapat. sorry tau tau tau!
btw sampai 4 hari jugak suara aku tak gak baik2, serak seribu, garau gempita!
atokk
Sep 22, 2010 @ 16:04:15
mana gmbr tetamu kak oii..hehehe
AWAN FANTASIA
Sep 22, 2010 @ 16:11:49
gambar kueh tue paling menarik selepas gambar kak red n RD..haha
LAGENDA
Sep 22, 2010 @ 16:20:55
Kak red………apsal mak x terjemput sekali??? =( Mak sentap tau.. :bloody:
.-= LAGENDA´s last blog ..RAYA DI KOPITIAM =-.
ayu the sun
Sep 22, 2010 @ 16:31:02
owh rendang daging yang meletops…
again, thanks fr the invite kak.. (both invites)
🙂
.-= ayu the sun´s last blog ..ingat cinderella je sit at a corner ker =-.
razis
Sep 22, 2010 @ 16:33:17
waaaa…semua kaler merah rumah kak red nie…..
.-= razis´s last blog ..Fuhhhh Lawanyala Rozita Che Wan Nie =-.
makdara terdiva
Sep 22, 2010 @ 16:33:28
disebabkan anak2 rebina saya sumenye sakit time hari raya, maka segala jenis hidangan yg berasaskan ais/minyak/dan garing2 dilarang sama sekali utk dimakan oleh mereka..termasuklah maknye..huwaaaa!
wiwit! saya suka merah tp org itu plak tak suka..haishhh!
.-= makdara terdiva´s last blog ..bermain dengan SEO =-.
qistynacorner
Sep 22, 2010 @ 16:39:04
huhu, malatops la kakred, syantiks umah…..
.-= qistynacorner´s last blog ..Beware of Dog!!!!! – =-.
adyz
Sep 22, 2010 @ 16:40:01
Vazz gitu…
.-= adyz´s last blog ..Suami yang membahagiakan isteri =-.
mya
Sep 22, 2010 @ 16:53:09
walaupun aku ada pegi dapur ko kak, tapi bukan aku yang ngadu kat maid ko kak…
aku cuma jeling2 kat anak kucing ko jer..
tq for the invitation kak… me adalah terharu 😉
.-= mya´s last blog ..Syawal Pertama – Versi Apabila Tetamu Bertandang =-.
Liza
Sep 22, 2010 @ 16:54:20
kena rehat k red, baru boleh baik
.-= Liza´s last blog ..When too much passion kill your passion =-.
fiza
Sep 22, 2010 @ 17:21:14
k red rumah u meletops.. i x kecik hati x jemput i… kecik hati jer kalau x citer dlm nie..
.-= fiza´s last blog ..Siapa punya blog Hijrah Jentayu nie =-.
amirah
Sep 22, 2010 @ 17:25:56
ayam masak merah memang ngancam kalau kena nagn nasik tomato…
.-= amirah´s last blog ..Shuib Sepah dengan Sarah Raisudin ke =-.
Amiene Rev
Sep 22, 2010 @ 17:37:01
Rendang daging and kari daging with lemang, that is marvelous Hari Raya menu that I like.
.-= Amiene Rev´s last blog ..Poster Paling Menarik Perhatian 2009 – UP 2009 =-.
appledia
Sep 22, 2010 @ 21:02:40
Huwaaaa kempunan nak pi =(
nota kaki : Kak red,dulang yang sirman ‘pulang paku buah keras’ tuh same ngan mak kiter punyer…kite pun nak carik satu.Praktikal n someeey ar..
http://appledia.blogspot.com/2010/09/raya-yang-sempoi.html
.-= appledia´s last blog ..Buat baik berpada-buat jahathepp TAMO sekali! =-.
joegrimjow
Sep 23, 2010 @ 01:18:37
saja je lepas ni nak buat entry tetamu dia penuh
hehe
slamat beraya kak red
.-= joegrimjow´s last blog ..E-Book percuma – Rahsia jutawan di usia 25 tahun =-.
akuzle ayu
Sep 23, 2010 @ 02:29:26
beshnyer OH umah k red… btui tuh, len kali k red kne buat kt dewan, 3 hari 4 mlm…hoh! lepaih tuh sure seminggu ko cuti, kak….ehehhehe
cawan retak? kelakolaa tuh… mmg sah2 jakun or ore klate ckp ‘darat’….hohoohohhoo
.-= akuzle ayu´s last blog ..Bagaimanakah =-.
noreed
Sep 23, 2010 @ 07:13:11
open house 3 hari 3 malam, kak red? hahaha 3 hari 3 malam tu tunggu abg nyer majlis kawen lah 😀
.-= noreed´s last blog ..Rooney In The House =-.
Cikazlya
Sep 23, 2010 @ 08:36:02
Wah makanan memang best ler…
.-= Cikazlya´s last blog ..Brownies for Makan-makan =-.
meriah ceria
Sep 23, 2010 @ 08:45:29
aiyooo..saya ada cawan mcm tuh…design dalam dia retak seribu tp tak tau sama dgn akak yeh cawan ke tak….tp pelik ye plak..orang tak tau plak…siap complain lagi…aiyoooo…
.-= meriah ceria´s last blog ..Buang kerja =-.
fifiey
Sep 23, 2010 @ 08:54:03
hye dear sis merah:)) hikhik..pes time smpai sini, all reds, i love it damn much!!! wll, selamat hari rayerr ye..hope ia belomm terlambat ye… wah, nk mkn sume mknn kat ats.
.-= fifiey´s last blog ..6TH SYAWAL BY FIFIEY LYCHEE MARATION PART 1- WITH MISS ADIBAH VIOLET PART 2- IKLAN BERSAMA TANGO PART 3- TOPI PAPUA =-.
zda
Sep 23, 2010 @ 08:54:30
kak red sori tanyer.. langsir tu kak red beli mn..? ade cakap ari tuh.. lupe! cun arr..ade rs cam teringin gak! satu lagik.. cantik arr frame gambar yg susun memanjang tuh..
last..x jemput pon xpe..tgk gambo pon ok..dapat gak berkongsi rs best nyer..
RedMummy
Sep 23, 2010 @ 10:06:40
@zda,
langsir tu beli kat jakarta yang oi
tempah sana, bawak balik berkotak2 jadiknya
5thE
Sep 23, 2010 @ 09:57:37
sukenih.. baju raya same kaler dgn carpet~ hikhik.. happened to me also aritu masa buat makan2 kat umah.. tanpa kusedari bajuku SAMA WARNA DGN CARPET.. amek gmbar kalu.. X NAMPAK!! matilah BEGAU tapi camouflage! hehehehe ~~ Selamat Hari Raya Lagi!! 🙂
.-= 5thE´s last blog ..1st one for 2010 =-.
strawberi
Sep 23, 2010 @ 10:38:15
ala ciannya jemput tetamu tp kena komplen..meh close up gmba gelas…harap2 tetamu akak sedar pasni..ehehe
slamat hari raya kak red..
.-= strawberi´s last blog ..Rayyan dah sekolah! =-.
JAI
Sep 23, 2010 @ 16:49:52
Wahh..gambo yang berpangku tu yang hangat tuhhh
.-= JAI´s last blog ..KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI POLIS BERI AMARAN MP KAPAR SMANIKAVASAGAM =-.
Tweets that mention Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva… -- Topsy.com
Sep 24, 2010 @ 09:10:32
[…] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih, Redmummy. Redmummy said: RM’s Red Raya Open House… http://goo.gl/fb/EQf5j […]
qaseh auleya
Sep 24, 2010 @ 14:07:19
Wow…..very d very teruja tgk redmummy.com
mmg merahnya makngah…..best nyer tgk….like it….
.-= qaseh auleya´s last blog ..Asam Pedas-Daging Reme =-.
Lyn Yusoff
Sep 25, 2010 @ 00:22:37
meriah nyer lauk pauk kat open house tuh…
buat open house mmg penat kak..
pakai caterer lagi senang.. tak yah nak masak2 bagai.. hehehhee
.-= Lyn Yusoff´s last blog ..Yeayyyyyy – =-.
Anip
Sep 25, 2010 @ 14:08:22
sakan open house..banyak juadah lak tu…yg tak ble thn..suami akak dduk atas akak…nice !
.-= Anip´s last blog ..Maxis Broadband Atau Celcom Broadband- Yang Mana Satu Pilihan Anda =-.
2010 for 2011! | Pencinta Merah The Red Lover The Red Diva
Jan 01, 2011 @ 16:05:20
[…] – RM Raya open house […]