Shopping/Nasi Padang/Shopping!!

IMG_5690

aloloo…sian mak2 abah aku dah duduk tepi jalan jer. itupun duduk kat sini dah kena halau. dari jauh aku nampak security tu suh orang2 tua aku bangun, laju je aku pangkas.

ya kamu enggak diberi kerusi rehat di sini dong

ini kan orang tua, nampak enggak tongkatnya? harus diberi rehat mau kerusinya duduk!

tapi mak pak aku bertiga ni bangun le jugak, malas nak dengo anak nya nih jadi tarzan marahkan security heheheheeh..aku kan garang eh dan juga kuat menceceh dan juga very the possessive.

IMG_5691

sebenarnya aku pun dah lost track aku kat mana masa nih. bukan Medan Mall…tapi adalah sikit hapening dalam nih. ada staff dia tunggu dalam tuh kat entrance, dok ucap selamat Datang ibu ke Matahari. hah matahari lah kot yek namanya. bayangkan kat anak aku yang lalu tu pun dia cakap gak. Selamat Datang adik ke Matahari.

iskk…agak2 lah ko kan. tak ke penat ko asik bercakap jer bila orang lalu lalang. sian tol.

dalam kedai nih abah aku beli jacket, pastuh adik2 aku beli baju gak. pastuh aku sebat 3 lai tshirt untuk sirman pakai. so sepanjang 3 hari kat Medan memang sume kain baju dari mall medan ni jugak aku pakaikan. takpe je beli baju banyak, bukan susah, tak nak pakai lantingkan je kat adik badik aku yang ramai tuh. adik badik sirman pun berderet…

IMG_5692

hah sapa from Medan? ini kan mall yang ada Matahari dalamnya. i was totally forgotlah. ni ngah tunggu si pak supir yang very the slowest in the world. letih ok, dia tu eii….tak tau lah aku nak cakap. banyak makan dalam betul aku ngan dia tuh. dia takut segan ngan aku jer. ngan family members aku yang lain dia biasa jer. yelah bukan depa yang buat deal, aku yang do the ground work kan…

jap..mak ada beli 2 blouse dalam mall nih. can wear for work one huhuuuuuu!

IMG_5729

hah baru usai solat jumaat. diorg parking kira baik dalam masjid tuh. isk …ngeri acik tengok. masing2 punya parking or jem kat sini toksah ko cakap. tapi camne jem pun kan, dia punya berebut ramai orang keluar berjalan tu still manageable. kalau kat kl memang dah makan 1-2 jam lah jugak jem satu2 jalan tu kalau accident ye dak. lepas dah jalan hampir separuh hari, perut pun dah penat lapau. solat kita buat jamak jer…

terus langsung untuk makan.

aku suh si supir bawak pi makan nasi padang.

IMG_5745

Kenapa nak makan kat Garuda restaurant pulak, nasi padang pulak tuh….sebabbbbbbbb aku memanglah dah biasa makan tapi family aku yang lain tuh, tak biasa. makpak n mertua aku tu lah first time datang Indonesia. mestilah kita pelbagaikan menu resepi masakan yang ado.

jadi makan kat Garuda pun senang, resturant dia pun kelas. bersih. sedap pun ye gak.

Sirman ajak makan kat Ayam penyet. aku jegil je mata dengo ayam penyet!

IMG_5752

at first nak makan kat tempat duduk bersila belakang budak2 tu main tapi dah full house. nak makan kat aircond pun tak nak sebab sojuk makpak eden. biliknya ke main kematu sumsum. so kita makan kat open air, bawah kipas. but mata jap2 lari tengok kat budak2 nih yang dok main kat sini. diorg ni dah besau sket, tpi cousin depa si khayr tu yang kita risaukan…dahlah kecik, kang sibuk berlawan ngan Abang, ada yang melalak meraung.

IMG_5757

huk aloh budak kecik nih…dia panggil aku Mummy gak tau, dia punya muluttttttttt!!! asik nak bergaduhhhhhhhhh je ngan aku. and aku pun sukaaaaaaaaaaa je nak menyakat2 dia. best! bestnya sebab bila gaduh ngan dia, dia suka jelingkan mata dia. jelingannya tu tajammmmmm! eii geram aku

IMG_5764

ok tepi tepi cikgu nak kira bape pinggan…

IMG_5765

versi makan nasi padang sume orang tau kan? dia letak lah segala jenis masakan berpinggan2 atas meja makan ko…so satu ko usik, kira ko kena abih tak habis diorg akan kira gak itu lauk sepinggan yang ko dah bedal. so kita pakat2 amik lauk apa yang majority makan sama. tapi sup buntut dia terbaiklah….wpun aku tak merasa sangat tp mak aku cakap kick betul. tu yang kita tambah sup tuh 2 kali!

IMG_5782

mana ke abang ni dah ilang. gambo sirman korang jangan tanya ler, kalo bukan dia yang ngamik sapa lagik jadi photographer kan. abang ni bila nak suh makan je baru dia datang hegeh2…..susah betul. tapi sedap, puas lah makan kat Garuda, versi nasi padang. pastuh hari lain pun menu lain jugak….nanti i show2 kay.

IMG_5792

hah yang tak bestnya van nih. van ni sama tau sebijik ngan kl punya tapi dia punya versi, tempat kaki dia nak panjat van tuh, takde selaras 3 tingkat. so either ko panjat tingkat 1 tapi ciput gila kaki boleh letak, terus ke tingkat 3 coz tingkat 2 nya tak berfungsi. unlike yang kl punya pregio ada proper tangga. so setiap kali semua orang turun naik, ada sorang memang kena tunggu di bawah atau di atas specially for my 3 parents.

eii geram geram.

ngan adik aku yang mengandung pun ye gak.

and aku antara orang terakhir yang akan naik van, di setiap masa. kalo tak aku, sirman. antara 2 lah coz kita jalan pun belakang nak ensure sume orang ada, takde yang hilang mak takde hilang anak.

**waaa aku hilang mak abah aku ok the next day!! later we tell

IMG_5788

hah mak aku beli handbag kat Medan Mall, selamba je pakai jam2 tu jugak tapi tak nak cabut price tag. hahahahaa, mak oh mak…lawok lah mak.

biar kan, jangan cabut, nampak macam bag mak nih ribu2 jer harganya….

yelah dah dalam rupiah..mau tak nya kan.

IMG_5701

New travellers, never ever leave KL to Indonesia or any countries without the currency converter.  Semua family members aku ada siap sorang selai converter nih. senang memasing nak agak2 the price, mahal ke murah, mencekik or can be cekik lagik.

dalam folder tu pun ada itinerary yang asalnya sirman buat,  tapi aku bagi guidelines, pastuh ada waktu solat, ada siap  jugak alamat2 penting di Medan, details hotel. details supir, details kedutaan kang ganyang2 dibuatnya ganyang, haruslah kan kita prepare sesiap jugak. nipis je itinerary tuh, sampai sudah, itinerary tu ada dalam bag duduknya but currency converter tu jugak yang sume orang lunyai2kan.

hah sonok tak follow citer Medan ai? sonok takkkkkkkkkk?

anw i got you, baik je korang baca entry2 aku dari jemaat till Sunday kan, padahal aku dok sakan jer berjimba kat Medan nun hehehehehe. Gocha!

Comment: 26