My 5 assets…

IMG_5510

gebu nor?

tak gebu….tak gebu bila diorang mandi. fyi, kucing2 aku sume mandi once a week, hari jumaat. wahhhahahhaha….korek2 telinga pun pagi jumaat gak. kira sume mandi lulur spa bagai hari jumaat lah… bila mandi sume jadi kucing paling kering dan kontang. bulu je ke main gobu….

berbulan2 gak lah aku ada bagi diorg additional menu. sian ko asik makan Iams jer…tak cemerlang reddy nak makan. Reddy tu lagi dah makin jemu coz dah bape taun ko asik Iams, so aku beli makanan bertin2 yang macam ko nampak kat pala Reddy tuh.

Setiap hari hanya pada waktu tenghari sahaja kita bagi makanan dalam tin tuh and campur together kacau2 ulam sekali ngan Iams yang kering. for Mozel and Reddy sorang satu mangkuk, tak boleh share. pala dedua besau.

For triplets pulak satu mangkuk besau dikacau2 yg sama gak, depa makan dalam cage…

IMG_5533

selesai makan, lelima kompem tidur lena 2,3 jam! kenyang sangat2…..

sebab tu lah waktunya triplets akan duduk dalam cage, bagi diorg tidur kaw kaw, budak2 lagi kan….bila dah petang baru diorr kuor berjimba pusing satu rumah…

IMG_5525

Mozel pun akan terus tidur, dia ni tidur pelik sket, dari kecik sampai dah tua ni pun tidur dok mengangkang je kaki belakang tuh. Mozel ni jantan and dia masih lagi musim nak mengawan but takde betina so entah dia mengawan lam mimpi kot hahahahah….

dia rapat ngan aku, ke mana aku pergi dia mesti ngekor. kadang2 dia ngah tidur pun dia nak dok bawah kaki aku kalau aku ngah kerja depan PC…

asal dia tidur tu dia nampak bayang muka aku pun dah cukup heaven lah to him.

IMG_5537

Tapi Reddy pulak lain sikit. dia suka tidur carik tempat aircond. kalau aircond tak berpasang, dia akan masuk bilik Gegirl or Abang and tidur bergelaplah dia dalam bilik tu sesekor….masa aku carik dia yang ngah bongkang, Mozel pun ngekor sekali…

tumpang tidur sama sebelah Reddy, tapi tak leh lama, bukan dia leh ngap pun si Reddy tu so kejapan nanti Mozel akan kuor and carik balik mana muka mak merah…and kat situ dia sambung tidur.

kira kat rumah aku pas diorg lunch, itulah waktu terbaik diorg tidur lenaaaaaaaaaa huh. syok or.

IMG_5955

di malam lain, oh reddy tidur sebelah daddy! ehehehhe….

nikmat bela kucing ni korang tak paham, hanya aku and abang je yang paham haahhaha. Gegirl biasa2 jer, Sirman lagiiiiiiii tak kuasa!  Pencinta kucing je yang paham….

Comment: 58