Jan 8 2011 Saturday, 10:00 am
Banker / Contributor?
ni satu citer ke kisah ke soalan ke nak tanyalah..
contoh kata si Alma yang sangat suka memberi…kira murah hati lah. pada family pada adik beradik dia pada mak ayah, pada kawan2 pada orang yg tak kenal pun kalau orang mintak tolong ke mintak apa2 ker, dia takde hal, mengulur jer…bagi je lah. tak pernah berkira…
tapi adalah satu hari tuh bertahun2 menjadi ‘pemberi’ memanjang. satu hari dia offer one of the items yang sangat berharga to salah sorang yang kat atas tuh. mbe sebagai contoh dia bagi kat mak dia lah yek…
tapi mak nya tak nak, maknya suh beri pada abangnya.
tapi dia tak nak bagi kat abangnya benda tuh, sebab niatnya nak bagi mak nya. udah maknya tak mau, so dia bagi kat orang lain, yang lebih memerlukan. Bila dah diberi, maknya dapat tau dia ni pi bagi kat orang lain, mak nya punya melenting, coz tak nak bagi kat abangnya.
kira dalam masa seminggu tu maknya asyiklah menyalahkannya yang asyik mementingkan orang luar tak nak bagi barang tu kat family sendiri. Pastuh mak nya mintak benda tu, mak nya nak jugak, yet dia dah bagi pada orang lain. pdahal awal2 dia offered kat mak nya, maknya tak nak, bila dah diberi pada orang lain macam mak dia tak senang hati plak.
yang buat dia jauh hati bila antara kata2 mak nya …. tak kenang adik beradik langsung, dok sibuk nak bagi orang luar jer…yang pergi bagi kat orang lain kenapa , dahulukan family baru orang luar!
something like that lah bunyiknya so si Alma ni sangat jauh2 terasa hati ngan maknya. Selama berpuluh tahun dia tak pernah lupa daratan memberi dan menghulur untuk ahli keluarga, dia makan kurang pun takper janji berlebihan dapat pada parents and family dia tapi hanya kerana satu benda tu sampai gitu sekali ucapan si maknya pada dia lah…
Punya dia berkecil hati, menitik2 air mata si Alma, sampai datang padanya mengadu kat aku. tu pasal malam tadi aku diam sket kat twitter, lepas buyer bags aku balik, datang pulak Alma mengadu hati. Eh sedihlah jugak aku dengau. Memang aku tau dia sangat pemurah, family dia nak apa, bawak berjalan ke mana, nak duit nak macam-macam semua dia sediakan, tapi bila hanya kerna satu benda yang alahai small matter, entah maknya sakit hati dia tak nak bagi pada anak yang lain sampai begitu maknya bercakap…
siap menjerit2 and mengamuk2 marahkan dia. She diam jer, takde sepatah pun dia nak membalas cakap tuh, tapi dia jauh hati sangat. Sampai Alma ni cakap, berpuluh2 ribu entah beratus ribu aku dah habiskan untuk family aku Red, kenapalah diaorang masih tak nampak apa yang aku dah beri. Aku ikhlas berkongsi duit ringgit harta benda aku tapi kenapa sampai nak cakap begitu. Ni kang aku ungkit listkan apa yang aku dah bagi selama ni, nak tegakkan kebenaran, boleh jadi issue jugak ni kang…
kesian kan….
nak suruh dia confront kat mak dia macam tak patut. so aku suh dia berdiam diri dulu. tak yah lah buat apa2, yelah kadang2 sebab kita dah selalu menjadi ‘contributor’, orang dah pejam mata tak nampak budi baik kita hanya selepas kita dah berenti menjadi ‘bank’ baru diaorang akan terbangun dari mimpi. huk alohai…
Korang pernah rasa tak camne yang Alma rasain ni? Apa yang korang buat? apa yang korang pernah kena. Takpelah, aku jadi bahu, korang jadi telinga. Help her out here pls….
alinac
Jan 08, 2011 @ 10:19:57
kadang-kadang pernah juga rasa macam tu..
appledia
Jan 08, 2011 @ 10:40:18
Haih.
Besa dah ni.
Spesies makhluk yang tak reti bersyukur n taaaaaaaaaaak pernah nak pueh hati!
Penah gak kena cam ‘tempias’ but not exactlyla
Kesian ngan cik alma tuh,pity herla!
Betul kak red,the best way is to confront.
Not-to-say ber’tegang urat’la..
Bawak bincang,luah dari hati ke hati..tengok boleh jalan tak?
If kennot..ask ur fren to stop doing what shes’ been doing..
As providing belanja2 n all.
Hopefully time tu depa terbukak ‘mata’ n nampakla..
Kalau diam diri..for sure makan hati,makan dalam..walhal ur fren bukan buat salah apapun!
Just my 2cents…
appledia recently posted..There goes my 1st week of new year
Tweets that mention Banker / Contributor? | Pencinta Merah The Red Lover The Red Diva -- Topsy.com
Jan 08, 2011 @ 11:04:54
[…] This post was mentioned on Twitter by Merpati Putih. Merpati Putih said: Banker / Contributor? http://bit.ly/eCHf8A via @redmummydotcom […]
annyss
Jan 08, 2011 @ 11:33:12
saya rasa saya nyer situasi pun sama ngan Alma gak.. sejak dari lepas belajar semua duit gaji saya habiskn kt family walau saya ank ke3, ada lagi kakak abang tapi hampeh sumer tu. saya kena tanggung 2 org adik saya yg kat u lagi, Tapi Allah maha kaya di temukan jodoh saya dengan orang yang pemurah. sampai saya laki bini berhabis beribu2 dkt family saya jugak, last2 ada satu masa saya x dapat tolong abang saya terus mak saya cakap saya berkira lah macam2. sedih jugak. skrg pun adik yg saya tanggung dulu pegi buat cerita dgn suami dia kata saya pinjam duit dia beribu x bayar bagai, padahal dia tipu duit suami saya. mak tahu tapi buat pejam mata jer. nasib ayah saya selalu sebelahkan saya. saya diamkan diri jer kak red. kalau menjawap nanti dapat title anak derhaka. so diam jer lah. skrg saya rasa maybe mak saya dah sedar skit kot. saya x kisah diorang x berterima kasih dgn budi saya, x minta di balas pun. cuma jangan sampai buat cerita memburukkan saya sudah,
annyss recently posted..hollaaa
Nai
Jan 08, 2011 @ 11:57:06
Sy pn penah kena mcm tu kak tp dlm situasi yg bbeza. Bkn dgn mak sndri tp one of my family members. Ble sy ckp sket je dia kata sy ni kurang ajar,blagak pndai. Skrg ni mmg dh rse serik sgt2, dh mls nak bckp. Pd pndapat sy, bersabar je la. Allah tu Maha Adil. Setiap pbuatan ada blasannye. Satu hr nti org akan nmpak gak kebaikan yg kita penah bg. Nak confront pn susah gak sbb dgn mak sndri kan.Nti dikata anak derhaka pulak lagi susah.
Nai recently posted..Da Ularssss Story-Mory
kojie
Jan 08, 2011 @ 12:02:16
kak red…sedihnya membacanya….seperti seribu kebaikkan org tak nmpak….1 kesilapan tersuluh spot lightnya…sodey jadi macam tu..harap Alma tabah….kak red jadi lah shoulder to cry on….
illa ieylla
Jan 08, 2011 @ 12:39:34
salam….
sian cik alma tu
tp mmg lumrah dlm famili ada cam tu so d best thing ialah keep silent n merajuk dr dorg wat sementara waktu coz sooner or later masing2 akan muhasabah apa yg x betul yg dorg dah wat kat alma tu
jomsantaisekejap
Jan 08, 2011 @ 13:31:56
Selalunya kita akan tengok perkara-perkara macam ni berlaku dalam cerekarama dan akhirnya adalah beberapa incident berlalu dan ahli keluarganya tersedar kembali dan mula insaf di atas perbuatan mereka…but macammana dengan reality?
For me, the best way adalah seperti yang Red cakap, diamkan aje, sebab kalau mencurahkan minyak pada api akan membuatkan api semakin marak. Mungkin satu cara lagi,jika ingin memberi apa-apa contribution selain daripada ahli keluarga, buat secara diam-diam tanpa pengetahuan ahli keluarga. Kalau ada contribution yang ahli keluarga tak nak, simpan dulu untuk seketika dan kemudian offer balik..mana tahu diorang ubah fikiran…anggap that contribution memang untuk keluarga..kalau diorang tak nak,just keep it…
But anyway, sy tumpang sedih jugak dengan Alma but apa-apa pun, Tuhan tahu apa yang kita buat. People always fail to plan but never plan to fail.
Salam santai dan keep in touch.
Blog ke 400 :jom komen-komen”
jomsantaisekejap recently posted.. VANTAGE KAN RUMAH ANDA
omegabiru
Jan 08, 2011 @ 14:47:26
perkara sebegini biasa terjadi dalam masyarakat sekarang
mungkin disebabkan kita mudah menerima dan melupakan…
pada saya huraian panjang lebar boleh diperolehi disini
http://www.masjid.saujanautama.net/print.php?type=N&item_id=61
ia sebagai panduan..selebihnya berdoalah untuk kesejahteraan kedua ibubapa setiap kali lepas solat kerana ia besar rahmatnya.
semoga mendapat rahmat Allah s.w.t.
omegabiru recently posted..Gema di Inderaloka
Izz Latif
Jan 08, 2011 @ 16:16:23
~hurm~
bila dah terlalu asyik menerima,
kdg2 org jadik rabun mengalahkan buta….!!
ni lah susahnya parents
samtimes,
anak2 susah nak paham parents sbb suka ckp benda lain tp buat lain
ckp suka itu tp bila kita buat xske plak
anak2 try nak ikut kehendak org tua
tp org tua kdg2 mmg susah nak difahami…
Izz Latif recently posted..Inventing My Own iPad Application for Maxis
aziah
Jan 08, 2011 @ 17:12:00
pernah gak iadik cenggitu, tp bukan ngan family la..kadang2 org ni mmg gitu..beribu kali buat baik, xnampak pun..tapi skali termiss, org duk nampak yg tu jek..yg beribu kali baik tu smua hilang dah..sebab tu kadang2 kita ni xleh buat baik sgt ngan org..jgn terlalu banyak memberi..berpada2 saja…
aziah recently posted..kegilaan baru
mrs.mouad
Jan 08, 2011 @ 17:19:34
1stly, Alma dah niat nak beri pd maknya,.. but then the mother refused and suruh bg pd abangnya,.. w/pun mak tak mahu tapi suruh bg pada abgnya, Alma shud beri pd abgnya, consider itu dah jadik milik mak, cuma minta diberi pada abangnya on behalf mak. itu saja. and 2nd thing, if she betul2 ikhlas tolong family, beri duit, berkorban itu ini pada family, then Alma tak patut terus terkilan dgn kata2 maknya tu, kalau kita ckp kita ikhlas berkorban utk mak and family, then tak akan timbul soal tersinggung sbb org tak hargai keikhlasan kita tu. mmg lah, lumrah manusia, lebih2 lagi anak yg selalu tabur budi kat mak, inginkan sedikit penghargaan tapi, 10 budi ditabur, org buat tak tau aje, tapi sekali silap, terus cemuh tak ingat dah budi tadi mmg rasa mcm tak adil and sakit ati. da best, kita beritahu diri kita, apayg kita buat, tak kira utk siapa, lillahi ta’ala. cukuplah Allah saja yg menilai. hati pun tak sakit.
farra-eng
Jan 10, 2011 @ 13:09:59
@mrs.mouad, x adillah ckp alma macam tu..dia dh buat yang terbaik..kalau x de pengalaman mcm alma memang lah senang2 je nak comment mcm2..
mrs.mouad
Jan 10, 2011 @ 14:59:37
@farra-eng,
i ckp based on my experience. bukan senang2 ckp. and for me, wat i commented was more to advice, bukan nak condemn dia or wat. and i think, if real Alma read da comment i wrote or anyone wrote for her pun she wud probably take it in a positive way. for her own good. maybe cik/puan farra salah faham dgn komen saya tu. tu pasal mcm tak puas ati je ye? im sorry, and thank you for ur concern 🙂
ain
Jan 08, 2011 @ 18:12:26
kak, it happens all the time within my family or hubby’s. the first thing if we ikhlas nak membagi, diamkan je. Jgn lah ungkit2. Biarlah pihak lain nk kata apa ke nk ungkit ke. Biarkan. Sampai masa dia tau sdiri. Mmg sad sgt bile jadi kt kite or partner or family kite. For ur friend Alma, dia dapat luahkan pd akak tu kira satu theraphy for her. At least tak terbuku dlm hati. Bab mak dia tu, biarkan je. Allah lebih tau.
note: kekadang bile kita let go barang ke atau nak hadihkan barang mmg kita akan tgk kesesuaian dgn orangnya. Cth bg toys, bile tgk bebudak main mcm mana pun tp simpan elok2 – sejuk hati. Ini main campak ke mana-mana, kekadang komplen lak tu sure rasa, “Tak ingin lagi nk bg hadiah2 ni”. See hati jadi tak ikhlas malah marah pulak.
ain
Jan 08, 2011 @ 18:16:46
lupa nak add, try ask Alma tu kurangkan sikit (i mean skit je) sifat pemurah dia. Be choosy this time to whom or what she wants to give. Lama2 taklah org asyik take her goodwill for granted.
oby
Jan 08, 2011 @ 19:04:14
hmm..susah nak cakap la mende ni..tp bile pk pk klu nk sakit ati lama2 pon xguna gak..better mengalah nk diamkan aje la..cz cube bayangkan klu mak tuh dah takde nnti..seribu penyesalan akan muncul dlm diri ini walaupon kite tak pernah sakitkan ati mak kite atau slalu berbakti kat parent kiter..sure perasaan menyesal yg macam2 akan timbul so utk elakkan kite terlebih nyesal,mengalah dan berdoa la..hmmmm
Gengkey
Jan 08, 2011 @ 19:41:38
hmm..memang lumrah manusia..
kalo kte dh wat baik berjuta kali pun..
tp bile skali kte silap sikit..semua kebaikan tu org akn lupa..
kte hanye mampu berdoa agar yG Maha Esa lembutkn hati ibu beliau…
peace..:D
Shahiran
Jan 08, 2011 @ 23:19:11
Kalau saya, mestila saya cakap.. Mak.. tu kan barang saya, tak salah kan saya nak bagi pada siapa-siapa (Islam kan bersaudara). Tu la, dulu masa nak bagi.. mak jual mahal punyala barang tu spesel tuk mak, rijek mentah2 je. Terkilan tau. So, dah terberi pada orang lain la. Ala abang tak mati nye tak dapat tu. Dan.. takkan sebab benda kecil pun nak dikira anak derhaka, jahatnya mak. Tanak kawan dah la pasni ngan mak camni. Mak jahat! (dengan nada gurau yer).
Shahiran recently posted..KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit
harnidahussin
Jan 08, 2011 @ 23:55:05
susah nak cakap bab ni sebab kena tengok perangai masing2..but if me la kan..sebelum offer kat mak tu cakap siap2 if mak taknak cheq nak bagi kat orang lain..if mak jawab awat tak bagi kat abg hang saja….jawab ja..bukan tak nak bagi kat dia..tapi buat masa ni belum rasa ikhlas nak bagi dia..mungkin tu petanda bukan rezeki dia..mungkin rezeki orang lain..kita nak memberi kena ikhlas..baru dapat pahala..kalau rasa tak ikhlas nak bagi,tak payah bagi..apa pun..komunikasi penting..kena luah perasaan supaya ahli keluarga paham..terutama ibubapa..kena bagi reason why we do this..why we do that..harap2 dapat la jauh salah sangka..>this is my personal opinion only<
baby102
Jan 09, 2011 @ 01:51:00
for me kalau mak yg bercakap, kalu kita kecik hati sekali pun dgn kata2 dia, diamkan je la. Sbb mak ni jgn kita singgungkan hati dia, biar kita yg beralah. Walau mak kita salah mcmana sekali pun, x boleh kita berkasar dgn dia. Sabar jela & berdoa semoga dia akan sedar nanti, Allah Maha mengetahui.
hidayah
Jan 09, 2011 @ 04:07:51
maybe alma’s mum had inform her bro dat he’ll b getting dat thing but in d end.he didnt get it.creating secret fuss.who knows.so internal family conflict camnie.better wait til her mom cool down dlu la maybe.
AiTotYati
Jan 09, 2011 @ 10:58:39
salam kak red,
faham sangat situasi ni.
buat masa skrg, diam je dulu. bagi sejuk.
biar org tua tu boleh fikir. kalau perlu sebulan dua berdiam diri, buatlah.
Ai yakin, nanti org tuanya akan sedar.
siapa sebenarnya yg tak pernah berkira.
(^_^)
AiTotYati recently posted..ANAK ANGKAT
Riri
Jan 09, 2011 @ 11:51:09
aku nak therapy diri sendiri kat sini la, hehe.
kitorang dtg family susah, penah la nak mkn pon susah.
tapi hidup kami dah berubah bila dpt dok umah arwah tok & nenek yg agak besar & kami 3 beradik dah keje.
tiap2 bln aku bg duit kat mak, selain bil hp & cukai pintu.
adik 2 org tu suka dorang la nk bg, tapi mak aku kata yg #2 dah bg duit bulan2, tp aku susah nk pecaya sbb mak suka cover. #3 tu setau aku dh x bg dut lg dah sejak keluar dr umah.
penah la aku belanja duit punya byk utk mak, rupanya2 sbb adik #3 pakai tel sampi bil rm150+ tiap2 bulan.
masa aku dulu siap kena marah, potong duit upah jahit baju. adik aku leh escape mcm tu jek.
lom lg psl pakai tudung, pakai sopan, majlis kawen, semua kena komen sampai aku merajuk2 x balik kg.
skrg aku dah kawen, dh pakai tudung. yg best adik #3 siap berpeluk2 meraba2 dlm umah dgn bf, clubbing pakai tube & mini skirt menari atas pentas, keluar mlm balik pg, mak aku leh ckp “aku x nampak”, sedangkan sedara-mara dah kecoh nampak adik aku seksi giler dgn adik dia.
bila dah kawen lain pulak cerita, mak kata “esek period jek, bila nak mengandung?” “nak bg brg kat cucu, cucu takde”.
dah la masa aku bgtau naik pangkat dia bleh kata “besar sgt ke pangkat kau tu”, besar2 x besar pun slip gaji aku dh 4k, cukup besar utk org yg penah susah & nak mkn nasi dgn telo pun pakai duit tabung aku yg sentiasa dikorek licin tiap hujung bln.
aku rasa mcm mak x pandang apa yg aku belanja utk dorang yg dah ubah nasib kitorang sekeluarga, ada adik2 mak yg dh berubah jadi jaki tgk kesenangan kitorang yg x seberapa ni sbb kitorang dulu susah giler.
akhirnya, aku berhati2 dlm perbelanjaan, bg yg perlu jek kat mak.
aku pun dah merajuk, dah lama x balik sejak raya lepas.
mak aku pun kedengaran lain dlm telefon & kembali mesra mcm dulu2.
adik #2 pun dah mengandung, bagus la, ko kedekut duit, ko bg mak cucu.
alhamdulillah rezeki aku murah, tp allah dh tunjukkan yg aku perlu bantu org lain jugak, bukan pd famili shj spt suami (wpun suami yg kena bg nafkah), keluarga suami & org2 yg memerlukan.
bee
Jan 09, 2011 @ 13:40:54
erm faham sangat jauh hati mcm nih, nk ungkit pun mak alma sendiri kan..so lebih baik diam jer dulu..tengok jer nanti mak tuh sejuk hati lah! mak mana nk marah lama2
bee recently posted..Blog Aku- Bukan Privasi Lagi
natasha
Jan 09, 2011 @ 16:42:45
uhuk..,citer alma ni tertumpu pd mak dia,diamkan aje coz mak ni mulut je bising tp hati dia baik..,tp mcm aku nih lebih kpd adik-beradik yg suka meminjam duit dan berjanji bagai nk byr balik,beribu riban jgk la kalo nk kira.bila kita tanyer bila nk bayor,jwpn dia kata kita tolong x ikhlas,tak fhm situasi dia yg susah la,nanti la aku bayar tp hampeh xdernyer,tp aku ttp x serik jg ttp nk tolong jg,sampai 1 tahap hubby yg pd mulanya diam pun dah mula bersuara…so dorang skang da segan agaknya,dan x berani dah nk pinjam2 kt aku.
Tina
Jan 10, 2011 @ 10:02:27
Just senyapkan jer dulu….. nanti bila dah sejuk baru jumpa mak tur face to face & slow talk… Coz ingat dosa bila kita melawan & bersuara tinggi pd mak kita….
Sy pun mersa merasa & sedang mengalaminya… tp hubby suruh senyap & diamkan jer dulu…. think positif wpun dlm hati rasa dah bernanah tinggal nanah tur nak meletup jer… dah macam gunung berapi pinatubo…. SANGAT MARAH…
Tp dlm hal family & adik beradik… dah byk kali kena cool down… sbb bila kita tgh marah kita tak pikir apa tuk diucapkan… so takut plak nanti hati org tuer tur plak terasa ngan words kita…. Take a time Alma…… kita kenang yg indah2 jer yer…
sw33tdarling
Jan 10, 2011 @ 11:08:01
ermm.. nasihat saya, alma diamkan jer laa dan buat bodoh jer.. lama2 bila kita diam, orang tua akan sedar juga.. insyaAllah, Allah akan bukakan hati mereka nampak apa yang Alma bukan selama ni
sw33tdarling recently posted..Bezanya CikEpal dengan sw33tdarling
Adzriel AB
Jan 10, 2011 @ 11:51:43
ada 1 of my family yg kena camni. Buat diam je la. jgn derhaka pula. lama2 depa akan sedar tu. anggap yg telah diberi selama ni adalah rezeki depa. buat dek je la..
nora
Jan 10, 2011 @ 14:35:17
Sis,
Berdiam bukan bererti kita kalah, biarlah kita serahkan kat Allah sebab apa yang kita buat, nawaitu kita, Allah sahaja yang mengetahuinya. Takut nanti sia-sia pulak nanti amalan derma yang dilakukan bila kita mengungkitnya nanti. Orang tua ni bukannya boleh sembarangan nak tegur2, nak tegur tak boleh depan orang maaa…. nanti lagi tinggi ego tuh nanti.
Lyn Yusoff
Jan 10, 2011 @ 21:25:45
alahaiii ciannyer..
mungkin ada hikmah disebalik ape yg terjadi..
tuk Alma, berdiam sajalah.. ibu mu itu hatinyer baik. cuma dia bising2 skit jer..
lama2 nnti ibu mu akan sedar ape sahaja kebaikan yg telah awak lakukan..
InsyaAllah. yg penting berdoa semoga Allah melembutkan hatinya..
Lyn Yusoff recently posted..Collection of Weird & Creative Handbag Designs -D
JEJAI
Jan 11, 2011 @ 16:22:54
Mmm..sedih gak baca entri nie. Ok sekadar nasihat dari patik yang hina ini..Best way is what as RM says. Diam dulu..diam tak semestinya kita bersalah. Dengan diam lama kelamaan akan nampak kebenarannya nanti. Bersabarlah..tak guna nak ungkit perkara2 lama coz ia akan menambahkan derita nanti. Jangan dipanjangkan..gua rasa lambat laun diaorang akan nampak apa yang orang tak nampak..
JEJAI recently posted..KAMI TIDAK BERSETUJU ANA RAFALI MENANG AJL 25 TIPS BUAT BLOGGER YANG TAK TAHU CARA-CARA SEBAR ENTRI
mylovegifts
Jan 13, 2011 @ 12:33:57
kena berdepan dgn mak nya secara berhemah…cari cara terbaik…jgn sampai mak kecil hati lak…
mylovegifts recently posted..PRUlady – Penerangan Ringkas
lieza
Jan 13, 2011 @ 13:18:43
sure sedih klu jd mcm alma..seorg mak jgnlah ckp mcm tu walau tgh mrh sekalipun..
lieza recently posted..Yang Paling Laris