Banker / Contributor?

ni satu citer ke kisah ke soalan ke nak tanyalah..

contoh kata si Alma yang sangat suka memberi…kira murah hati lah. pada family pada adik beradik dia pada mak ayah, pada kawan2 pada orang yg tak kenal pun kalau orang mintak tolong ke mintak apa2 ker, dia takde hal, mengulur jer…bagi je lah. tak pernah berkira…

tapi adalah satu hari tuh bertahun2 menjadi ‘pemberi’ memanjang. satu hari dia offer one of the items yang sangat berharga to salah sorang yang kat atas tuh. mbe sebagai contoh dia bagi kat mak dia lah yek…

tapi mak nya tak nak, maknya suh beri pada abangnya.

tapi dia tak nak bagi kat abangnya benda tuh, sebab niatnya nak bagi mak nya. udah maknya tak mau, so dia bagi kat orang lain, yang lebih memerlukan. Bila dah diberi, maknya dapat tau dia ni pi bagi kat orang lain, mak nya punya melenting, coz tak nak bagi kat abangnya.

kira dalam masa seminggu tu maknya asyiklah menyalahkannya yang asyik mementingkan orang luar tak nak bagi barang tu kat family sendiri. Pastuh mak nya mintak benda tu, mak nya nak jugak, yet dia dah bagi pada orang lain. pdahal awal2 dia offered kat mak nya, maknya tak nak, bila dah diberi pada orang lain macam mak dia tak senang hati plak.

yang buat dia jauh hati bila antara kata2 mak nya …. tak kenang adik beradik langsung, dok sibuk nak bagi orang luar jer…yang pergi bagi kat orang lain kenapa , dahulukan family baru orang luar!

something like that lah bunyiknya so si Alma ni sangat jauh2 terasa hati ngan maknya. Selama berpuluh tahun dia tak pernah lupa daratan memberi dan menghulur untuk ahli keluarga, dia makan kurang pun takper janji berlebihan dapat pada parents and family dia tapi hanya kerana satu benda tu sampai gitu sekali ucapan si maknya pada dia lah…

Punya dia berkecil hati, menitik2 air mata si Alma, sampai datang padanya mengadu kat aku. tu pasal malam tadi aku diam sket kat twitter, lepas buyer bags aku balik, datang pulak Alma mengadu hati. Eh sedihlah jugak aku dengau. Memang aku tau dia sangat pemurah, family dia nak apa, bawak berjalan ke mana, nak duit nak macam-macam semua dia sediakan, tapi bila hanya kerna satu benda yang alahai small matter, entah maknya sakit hati dia tak nak bagi pada anak yang lain sampai begitu maknya bercakap…

siap menjerit2 and mengamuk2 marahkan dia. She diam jer, takde sepatah pun dia nak membalas cakap tuh, tapi dia jauh hati sangat. Sampai Alma ni cakap, berpuluh2 ribu entah beratus ribu aku dah habiskan untuk family aku Red, kenapalah diaorang masih tak nampak apa yang aku dah beri. Aku ikhlas berkongsi duit ringgit harta benda aku tapi kenapa sampai nak cakap begitu. Ni kang aku ungkit listkan apa yang aku dah bagi selama ni, nak tegakkan kebenaran, boleh jadi issue jugak ni kang…

kesian kan….

nak suruh dia confront  kat mak dia macam tak patut. so aku suh dia berdiam diri dulu. tak yah lah buat apa2, yelah kadang2 sebab kita dah selalu menjadi ‘contributor’, orang dah pejam mata tak nampak budi baik kita hanya selepas kita dah berenti menjadi ‘bank’ baru diaorang akan terbangun dari mimpi. huk alohai…

Korang pernah rasa tak camne yang Alma rasain ni? Apa yang korang buat? apa yang korang pernah kena. Takpelah, aku jadi bahu, korang jadi telinga. Help her out here pls….

Comment: 34