Paris has a baby!

image

this was twitted in the morning of Sat 19th Feb

image

n this was twitted in the evening of Sat 19th Feb

image

n became the mak bidan on the Sat 19th Feb for Paris!

my poor little Paris. Sumpah aku tak tau dia pregnant! ceritanya aku dah perasan yang breast dia macam kembang semacam. but badan dia mmg tak besau2, kecik cinonit ketot jer, kalo compare dulu dia ngan Ams and Lon memang dia paling kecil. sebab tu lah aku tak give her away, cos comel nau. memang macam budak kecik jer. very the underage. dok mengendeng je ngan aku anak beranak kiri kanan.

Aku dok kira, Mozel kusunatkan bulan Dec lepas this means, sempat jugak si Mozel tu menanam benih kat Paris. masa tu Paris was like 6months ++ ok! macamana tah depa boleh serumpun dok sesama. coz masa si Mozel ngah on heat, aku asingkan depa. aku biarkan Reddy je ngan Mozel, the triplets aku dok lam cage. Kira entah bila masanya depa terlepas sampai Mozel sembat kahwin ngan dia.

Ok itu cite fine lah…

Perut dia kalau preggy pun memang kecik, tak nampak macam pregnant pun. Aku belek diorg ni hari2, yang aku perati sangat breast dia lah memang semacam kembangnya….

so citernya di pagi hari tuh aku ulit dia, usap2, dok atas riba aku…kita main2.

Masa aku ngah minum kat Istana Budaya, anak2 dok tepon suh cepat balik coz katanya Paris nak beranak. oh my!

hangpa tau kaki anaknya kuor dulu, sambil dia dok berlari2 main lagik. ko bayangkanlah. anak pertama dia kuor songsang. so my helper cepat2 carik kotak and masukkan dia dalam kotak. bersedia untuk melahirkan.

IMG04545-20110219-1907

Malangnya anak pertamanya mati. masa aku sampai, the first pussy dah kejang. alahai. tak tau lah tak cukup bulan entahlah tapi memang anaknya dah takde nyawa. oh kesian n she s lying around kat dalam kotak, masa ni aku memang suspect mesti ada lagi sekor dalam perutnya. sekor ke 2 ekor tak tau lah, i sense ada 2 ekor je kot in total termasuk yang dah mati, base on her tummy yang kecik tak nampak macam pregnant pun.

IMG04547-20110219-1914

so tahlah memang dia nunggu aku gak nak beranak, baca2 sket and aku usap perut dia, dengan sekali push, her 2nd baby pun keluar. oh drama. oh my god! cepat2 dia makan uri perutnya yang melekat ngan anaknya ni jugak. Sirman and kids dok kat dalam depa tak tengok pun, aku ngan helper aku je yang buat keje membidan. Ke aku sorang jer, helper aku jadi tukang tengok gak hahahha….

Ini kali ke 2 aku membidankan kucing. kali pertama dulu2 lom kahwin lah one of kucings aku beranak atas perut aku lagik. baik punya ko Putih. mana le ko yek….tu memang kucing kampung betul. mengelinjang jer.

IMG04548-20110219-1926

abih dia beranak, selamat sudah. so memang 2 ekor je lah, and terus dia lena keletihan sungguh. katanya baru beranak 2 ekor kau. Kita beranak pun letih putus urat segalakan. Itu babynya ngah carik punat nak menetek.hahahaha. Kulitnya hitam berkilat, but tak tau lah lagi kulitnya kalerr apa coz masa ni mak nya lom bersihkan dia lagik. maknya terus tidurrr katanya kau.

IMG04555-20110219-2138

Day 2 and Day 3, Paris memang berkepit je ngan anaknya yang sekor tu sahaja. depa buat masa ni tidur and dok bersama dalam cage. Kadang2 aku terpaksa keluarkan Paris dari cage coz nak bagi dia stretchkan badan dia, dok berkepit je ngan anaknya, tak sakit ke nipple ko asik menetek je wei. Having 1 child, nampak senanglah coz tak de sapa nak berebut susu tetek maknya.

But for me still, she is so a young mother. at the age of not even 8 months, she s already have 1 baby lor…

The new kitty doesnt has a name yet, ramai yang kat twitters dah recommend nama amboi tak agak2, Chanel lah Prada, Madagascar, Hilton, Seroja, Melur, Ahmad, hahahaha pandailah korang. Ni jantan betina pun tak sure lagi, but menurut firasat abang yang pandai menelek jantina kucing, katanya jantan. ko ye ye je lah bang, ngah baby lagi camne ko leh nampak tah.

IMG04583-20110221-2120

there, Paris and her baby, ini latest photo lah, last nite yang dapat aku amik. serius sayang gila gila gilaaaaaaaa punya sama anaknya. hallo manusia wahai ibu, kucing pun sayangkan anak. kucing pun menetekkan anaknya, napalah yang buang2 anak ni tak pikir sakitnya ko ngandung beranak sesenang je ko buang bayi2 tuh. Kalaupun tak nak, letak kat masjid ke kat umah orang ke molek2 lah, janganlah ko dustbinkan bayi2 nih.

Paris ni sejam waktu malam aku kuorkan, macam aku cakap aku bagi badan dia stretch kan, so dia akan rehat, tapi kan entahlah, sejak dia beranak, maknya si Reddy angin sum sum betul ngan dia. Eh ko dah jadi nenek tau Reddy, napa le ko nak marahkan si Paris tuh. Mendengus2 sampai nak mencakar si Paris ni. ooo kesiannya dia. sian sangat tau. Mozel pulak selenga as usual, janji malam dapat kepit tidur ngan abang or mak merah, dah cukup bahagia padanya. Depa tak nampak lagi kitten si Paris nih.Matanya si baby Paris ni pun tak bukak lagi kaw, tapi tang mencarik susu tetek maknya, perfecto!

That s the story of our little Paris yang pregnant tanpa disangka, yang kubidankan dan tadaaa….Paris is a mom, Mozel is the father, Reddy is the nenek. Very the keluarga 69!

Apa nama mau bagik for the little kitty? Any recommendations?

Comment: 54