Bersama Mak Merah – Hiperhidrosis

Salam.

Tujuan saya menulis ini bukan apa.Rasanya ramai yang belum mengetahui perkara yang sebenar.Pernah tak kita mengalami peluh yang melampau?.Tapi bagi certain orang,kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak.In other word,ini merupakan hiperhidrosis.

Hiperhidrosi ini bukan merebak melalui udara ke apa.Ini merupakan masalah genetik.Kiranya,siapa yang alami hiperhidrosis ini bukannya dia yang menyebabkan punca.Tetapi melalui genetik ibu bapa.Ingin saya kongsi di sini.Saya merupakan seorang pesakit hiperhidrosis.Hiperhidrosis ini merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat di kawal oleh sistem saraf perpeluhan.Cukuplah sekadar penerangan.Kalau ingin lebih lagi,boleh google ya. :)

The thing is masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis.Di sisihkan kerana berpeluh sakan,tidak boleh bergaul dan sebagainya.Kami sering di ejek,dikutuk belakang.Kadang-kadang,ada orang yang selamba kata kau ini kuat peluh.Geli lah,apa lah.Itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis.Lagi malang lagi bila kami terpaksa bersalam dengan orang lain yang tidak pernah memahami.Selepas bersalaman,surely mereka akan mengesat tangan seperti kegelian.

Bukan mahu menyalahkan takdir,tapi jauh di sudut hati kami janganlah buat kami seperti najis.Terlalu geli untuk bergaul,terlalu sensitif dengan tangan yang basah,kaki yang basah mahupun muka yang sentiasa dipenuhi oleh peluh.Bukan ini kami pinta,bukan ini kami inginkan.Bukan mahu meminta simpati,tapi jangan buat kami seperti ini.Rasa sakit hati.Kadang-kadang rasa terkilan dengan diri,rasa macam diri ini tidak sempurna.Tetapi bergelar deorang peskait hiperhidrosis,ini dapat mengajar saya tentang nilai manusia.Syukur Alhamdulillah.

Namun,setiap benda pasti ada penawarnya.Kecuali mati,hiperhidrosis boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital.Malangnya,tidak banyak hospital yang menjalankan pembedahan untuk mengatasi masalah ini.Untuk pengetahun anda semua,setelah saya mencari beberapa hospital,hanya 2 buah hospital sahaja yang menawarkan pembedahan ini.Satu di Insititu Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital.Both hospital ini merupakan private hospital.Saya pernah mendapatkan rawatan di IJN.Malangnya,kos yang dikenakan terlalu tinggi.RM12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa selama 1jam sahaja.Bayangkan.

Lebih malang lagi,tiada hospital kerajaan yang menawarkan pembedahan ini.Kami agak terkesima dengan pihak Kementerian Kesihatan kerana tiada tindakan di ambil walaupun saya sendiri telah menguhubungi mereka melalui emel.Rasanya,kami ini seperti tersiksa.Dengan kos yang mahal,mana mungkin kami dapat membuat pembedahan.

Kesimpulannya,jangalah perkecilkan kami.Tangan yang basah tidak mencemarkan diri anda as long as kami tidak menyentuh anda.Tidak perlu menarik muka,memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami.Jangan terus mengata kami itu ini.Cuba bayangkan kalau anak anda alami hiperhidrosis ini.Masa itu baru terhantuk baru nak terngadah.Terima kasih kerana membaca.:)

p/s:Kalau siapa tahu gov hospital mana yang membuat pembedahan,please leave your comment here.Nanti saya akan follow up.Thanks. :)

- pesakit hiperhidrosis

 

Comment: 146