Fly Fly Firefly….!

IMG_0662

Trip to Langkawi, kami naik FireFly, sukalah naik FF coz last year pi advertorial event job kat Langkawi pun, naik FF jugak. memang memuaskan hati sangat. Dekat pun dekat jer ngan KL, Subang Airport kan. Pepagik lagik dah kuor umah and bertangga kat FF nih…

Luggage kita nampak macam kurang? actually macam biasalah, setiap kali travel, dalam big luggage hitam tu ada luggage jugak. N paling horror bila balik dari Langkawi kali nih, kena beli dua lagi luggage bag! hamik ko!

IMG_0665

apesal cerah benau ni bang gambar nih!

IMG_0667

Tell u, aku beli baju merah tu 2 lai! satu lagi tu bukan for me, memang merah jugak aku sauk, but will be giving it to my gf. Sedap betul baju merah ni kak oiii! both baju and seluar dari Zara. seluar tu pun aku beli 2 lai, ada satu kaler merah. Comfy gila pakai.

IMG_0672

aku suka check in cecepat, campak bag and pastuh hah nak minum makan ko bantailah. This gerai melayu dalam Subang Airport tak pernah mengecewakanlah….tempat makan ni je lah yang kita pergi kalau pun datang Subang Airport.

IMG_0684

Boleh gambar nih, abang yang paksa suh amik jugak…dia tu memang tak suka bergambar but coz benda nih cam menarik kat mata dia, hapa lagik ai ngan Gegirl menumpang kasih sama.

IMG_0692

Sebenarnya kita tau seats kita will be belakangggggg sekali (tangga kuor masuk FF di pintu belakang), tu pasal kita beratur masuk lambat. but coz aku ada budak2 kira kanak2 didahulukan jugak suruh jalan dulu….oh sama jugak macam MAS ek, kalau ada jer kids, memang diutamakan.

IMG_0695

Booking via internet, so tu pasal allocation seats kita dah buat sesiap. Kalau MAS aku memang booked untuk depan sekali, kalau FF aku amik yang belakanggggggg sekali. By request anak2, mak kena dok ngan Abang, Gegirl nak duduk ngan Daddy.

btw saya pilih FireFly nih coz best kat Subang. tak yah gi jejauh nun kat KLIA. ada member aku sama je harga yg dia bayar with MAS to Langkawi ngan apa yang aku bayar with FF but coz aku punya ni Subang, aku pilih FF wpun sama je package harga 2 A 2 kids kitorg wt MAS.

but siksanya dia kat KLIA, return cab je dah 200, return cab aku hanya RM120 (pergi via cab, balik via van teksi FF), so yang MAS pergi langkawi punya lagi rugi hahahaha

IMG_0723

dalam sejam je flight nih, Gegirl and Sirman bantai main iPAD. tips satu lagi untuk terbang or travel ngan anak2, PSP and iPAD memang sangat wajib dibawak sama, kalau tidak, hahhahahah tak sanggup nak dengo depa berzikir! Abang plak tidurrrrrr sepanjang dalam flight, aku pun dapatlah jugak tidur 10min. ngantuk!

IMG_0776

Sampai sudah….Langkawi

IMG_0778

Kalau hujan mbe ada chartered kot yang datang amik, tak pernah lagi aku pi terbang memana yang waktu tu hujan untuk berjalan dari flight ke terminal. Tapi waktu balik, kita berhujan (ado payung oren).

IMG_0784

anak2 dah bertempiaran lari ke depan, angin kuat, rambut bersepah!

oh bestnya….

ai really love Langkawi.

Sampai aku bilang kat Sirman, trip kita ke Langkawi, has to be every year! bukan oversea yang kena wajib pi tetiap tahun, but Langkawi! sapa ke yang komen kata tak suka Langkawi sampai tak nak mai lagi tuh, alolooo….napanya dik? bestlah Langkawi nih, ramai orang buat reference pi Langkawi dari entries akak, ko pergi tak sempat tengok review akak yek.

For mak2, ladies, biasanya serbu Pekan Kuah untuk shopping…oh cerita ni aku suka.

Kalau boys pulak, go cart ada, cable car ada, melawat tempat2 bersejarah di Langkawi pun ada….nak tengok minah saleh pakai 2 pc punnnnnnnnnn ada 🙂

 

Comment: 60

Bersama Mak Merah – Hiperhidrosis

Salam.

Tujuan saya menulis ini bukan apa.Rasanya ramai yang belum mengetahui perkara yang sebenar.Pernah tak kita mengalami peluh yang melampau?.Tapi bagi certain orang,kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak.In other word,ini merupakan hiperhidrosis.

Hiperhidrosi ini bukan merebak melalui udara ke apa.Ini merupakan masalah genetik.Kiranya,siapa yang alami hiperhidrosis ini bukannya dia yang menyebabkan punca.Tetapi melalui genetik ibu bapa.Ingin saya kongsi di sini.Saya merupakan seorang pesakit hiperhidrosis.Hiperhidrosis ini merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat di kawal oleh sistem saraf perpeluhan.Cukuplah sekadar penerangan.Kalau ingin lebih lagi,boleh google ya. 🙂

The thing is masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis.Di sisihkan kerana berpeluh sakan,tidak boleh bergaul dan sebagainya.Kami sering di ejek,dikutuk belakang.Kadang-kadang,ada orang yang selamba kata kau ini kuat peluh.Geli lah,apa lah.Itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis.Lagi malang lagi bila kami terpaksa bersalam dengan orang lain yang tidak pernah memahami.Selepas bersalaman,surely mereka akan mengesat tangan seperti kegelian.

Bukan mahu menyalahkan takdir,tapi jauh di sudut hati kami janganlah buat kami seperti najis.Terlalu geli untuk bergaul,terlalu sensitif dengan tangan yang basah,kaki yang basah mahupun muka yang sentiasa dipenuhi oleh peluh.Bukan ini kami pinta,bukan ini kami inginkan.Bukan mahu meminta simpati,tapi jangan buat kami seperti ini.Rasa sakit hati.Kadang-kadang rasa terkilan dengan diri,rasa macam diri ini tidak sempurna.Tetapi bergelar deorang peskait hiperhidrosis,ini dapat mengajar saya tentang nilai manusia.Syukur Alhamdulillah.

Namun,setiap benda pasti ada penawarnya.Kecuali mati,hiperhidrosis boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital.Malangnya,tidak banyak hospital yang menjalankan pembedahan untuk mengatasi masalah ini.Untuk pengetahun anda semua,setelah saya mencari beberapa hospital,hanya 2 buah hospital sahaja yang menawarkan pembedahan ini.Satu di Insititu Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital.Both hospital ini merupakan private hospital.Saya pernah mendapatkan rawatan di IJN.Malangnya,kos yang dikenakan terlalu tinggi.RM12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa selama 1jam sahaja.Bayangkan.

Lebih malang lagi,tiada hospital kerajaan yang menawarkan pembedahan ini.Kami agak terkesima dengan pihak Kementerian Kesihatan kerana tiada tindakan di ambil walaupun saya sendiri telah menguhubungi mereka melalui emel.Rasanya,kami ini seperti tersiksa.Dengan kos yang mahal,mana mungkin kami dapat membuat pembedahan.

Kesimpulannya,jangalah perkecilkan kami.Tangan yang basah tidak mencemarkan diri anda as long as kami tidak menyentuh anda.Tidak perlu menarik muka,memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami.Jangan terus mengata kami itu ini.Cuba bayangkan kalau anak anda alami hiperhidrosis ini.Masa itu baru terhantuk baru nak terngadah.Terima kasih kerana membaca.:)

p/s:Kalau siapa tahu gov hospital mana yang membuat pembedahan,please leave your comment here.Nanti saya akan follow up.Thanks. 🙂

– pesakit hiperhidrosis

 

Comment: 147

Siapa lalu di tingkap?…

kak, ni citer yang saya alami sendiri.

Kisah ni terjadi dalam 3-4 tahun lepas kat ofis. Time tu memang banyak kerja sangat sampai terpaksa balik lewat malam. Mula-mula ada member offer nak temankan tapi sebab fikir tak nak nyusahkan orang lain semata-mata nak temankan saya, saya tolak offer dia. Lagipun kan ada pak guard kat ofis ni. Nak takut apa kan. Depan mata ada tingkap, boleh je nak jerit panggil pak guard tu.

Tengah leka buat kerja sambil kunyah cekedis nampaklah pak guard tu lalu kat luar tingkap tu. Biasalah kerja pak guard kan meronda dan kawal bangunan. Biar jelah tapi saya senyum la kat pakcik tu. Dia pun senyum sambil angguk kepala. Pastu sambung buat kerja balik. Dalam hati memang ada rasa takut. Almaklumlah kat ofis time-time macam ni memang tinggal sorang diri aku je.(Dalam kul 9mlm) Lepas sejam macam tu, tetiba aku rasa pelik, sebab selalunya kalau pakcik tu ronda mesti patah balik tapi ni dah lebih sejam tak lalu semula kat tempat aku. Sebab tak puas hati, aku buka tingkap jerit panggil pakcik guard kat situ.

Pak guard tu datang kat tingkap pastu aku terus tanya, “Pakcik,tadi pakcik yang sorang lagi tu meronda belah mana?”

Pak guard tu jawab, “Pakcik yang mana satu? Malam ni pakcik sorang je sebab kawan pakcik yang biasa tu cuti. Demam. Pakcik pun baru je nak meronda, anak dah panggil. Tu yang pakcik datang sini”…

Terus segala bulu roma aku tegak berdiri. Lemah lutut time tu. Otak takleh fikir pape dah time tu.
Aku terus minta pakcik tu tunggu aku kat tingkap tu sebab aku nak amik barang, tutup pc dan choww!!

Aku tak kemas sikitpun barang atas meja. Tinggal gitu je. Takut punya pasal. Kerja sume biar tinggal pending je. Aku cakap terima kasih kat pakcik tu. Lepas tu pakcik terus balik ke pos pengawal. Mencicit aku lari nak punch out. Tak berani nak toleh kiri kanan lagi. Keluar dari ofis, satu hal lagi berlaku, kereta aku tak boleh start! Dah banyak kali cuba.

Dahlah parking kereta tu gelap segelap-gelapnya. Nak tengok depan pun aku takut. Penyudahnya aku baca bismillah, then, tetiba enjin aku boleh hidup. Pelik kan??? Terus reverse kereta & pecut macam apa je. Sepanjang perjalanan balik tu aku fikir lagi sape yang lalu depan tingkap aku tadi tu. Menggigil badan aku sampai kat rumah. Pucat lesi muka sampai mak aku tanya tapi aku diamkan je. Malam tu jugak aku demam.

Sender: Shila Azizi

 

Comment: 38

Cuai kena Creative!

IMG_0989

bukak lens, baru perasan ya tuhan mana ke casing aku! tertinggalllllll! not just that, fav comb aku pun tertinggal sama. padahal aku rasa aku dah letak atas luggage!

you bukan ke satu rumah you bawak tiap kali travel? ada jugak yang tinggal?

ceiii, hampehs ko Sirman!

sikat you tu pi carik kat kedai Langkawi tu jer lah.

Memanglah ada sikat2 lain, yang travel pack punya tapi kecik, tak sedap. macam sikat anak lelaki aku jer. Yang kat umah tu punya gak sedap.

so casing lenses aku apa lagik, kalo dah takde, terlupaaaaaaa sangat. biasanya aku amik yang dari Solo Care punya casing extra, kat tiap box kan ada, but aiyakkk, dah nak jadi cite lupa kan.

so letak lam piring cawan bilik hotel nih.

but tak mampat pulak, banyak buang solution aku je.

IMG_0994

 

tukarkan ke dalam cawan.

tutup ngan piring cawan tu gak. malam pertama carik, tak jumpa kedai yang ada jual solution. bantailah, dok le ko dalam cawan tuh. aku ada Gucci spek, so leh back up if in case lense nih lebur. lgpun back up lens pun memang sentiasa ada dalam travel pack. For this month i m wearing the grey colour of lense.

Ni namanya cuai lupa nak bawak casing, tapi kena pandai creativelah olah. Jangan ko pakai simpan kat tisu pulak, kompem kering! Kawan aku dulu lagilah, dia takde solution, pi bantai air paip. esok pakai hah ko mata sakit, lens tak leh nak terima mata ngan air paip semata.

Eh eh last year aku mai Langkawi, pun issue sama gak terlupa nak bawak casing! ceii, padahal ada je banyak casing baru kat umah tuh, napa le sokmo lupa nau letak lam travel bag kecik nih. why why lar….

Comment: 36

Kembali ke Langkawi!

 

IMG_0944

aku nak mandi? hahahaha tak kuasalah…

tak suka ngan air pool mahupun air laut. itupun dalam last minute terlupa nak bawak sunblock bebudak! akan kupastikan carik jugak di mana2 kedai, tapi bila nampak kedai manjang je lah pulak lupa.

IMG_0946

dari laut ke pool….

gegirl and abang dok zikir2 nak mandi nak mandi nak mandi!

nanti balik kl baru kita back to zero ke belakang ke depan yek…

IMG_0925

dah 2 hari di Langkawi, for our personal family trip, followed by a company trip. Kita flew awal coz i loveeeeeeeeeee Langkawi. Dah tiga tahun berturut2 bersidai kat Langkawi nih, 2 yrs ago for holiday, 5 hari pun rasa lama masa tuh dok Langkawi. last year for my Nuffnang job, IUS event, ingat tak? cucuk2 utk tak bagi kita beranak tu ler….

n again nah, saya kembali semula ke Idaman Suri dan Ismail Group. eh eh….

terpusing hakikat bahawa memang aku nak bertangga kat situ je bila sampai Langkawi nih.

Tapi wpun setiap tahun pi Langkawi, still aku bukak entry Langkawi dalam RM nih. last year tak mantap nau, last 2 years punya trip terbaik punya review wa buat, siap ramai korang ikut program Langkawi kita tuh kan kan? ah jangankan ko, aku pun bukak kitab nih balik. Nobody’s perfect mahupun tuan punya RM nih gak, kedaung sama yang oiiii!

Eh hangpa, mohlah bagi email itu entry Cerita Seram lagik, kita kembalikan semula aroma Misteri Malam di RM, dulu sokmoooooooo ada, pastuh bila dah semput sume lupa nak anto. meh meh….Misteri Malam nih boleh gak selamatkan aku yang banyak nau keje nih.

ni ngah holiday nih, ada tigo task tak sesiap lagik nih, buntanglah mata nih lagik, eyebag aku dah sama naik daun betul. Cuti pun kena carik tenet gak, not for blogging purposes jer, tapi kojo melambak!

Later…going to visit the Haji Ismail!

 

Comment: 45