Pengalaman di asrama sekolah pondok belakang kubur!

salam kak red ini cerita saya 🙂

Tengok kak red buat cerita seram hati terlonjak-lonjak nak juga bercerita pengalaman aku bersekolah di asrama anak yatim dulu – dulu , Perkara nih terjadi sekitar tahun 1995 – 1999 sebab waktu tu aku tinggal di asrama anak yatim itu , kedudukan asrama agak menyeramkan . Kalau nak digambarkan keadaan nya kawasan tersebut korang boleh bayangkan ke ?

Erm tak pe lah aku bagi jugak gambaran kat korang , ok ! kawasan asrama itu berbukit , atas sekali sebuah kubur dalam hutan getah , kemudian tingkat seterusnya asrama budak perempuan , panjang dan 2 tingkat , di aras bukit bawah asrama budak perempuan adalah kantin dan surau , tingkat bawah lagi asrama budak lelaki , dan bawah lagi jalan raya , bawah lagi kawasan rumah orang kampung dalam dusun getah dan dusun durian , tempat tu terletak di kati kuala kangsar , siapa yang berasal dari sana tahu lah , tapi kedudukan sekarang dah pun ada perubahan sedikit , asrama budak perempuan dah ditutup , sebab ? tak tahu…

Semasa aku mula-mula di masukkan ke asrama tu , aku tak tahu dan tak pernah ada pengalaman tentang histeria dan tempat keras , tapi bila di asrama tersebut memang banyak kejadian histeria berlaku , dan banyak jugak tempat larangan dan peraturan – peraturan yang di buat oleh ustaz untuk mengelakkan budak – budak asrama di hantui histeria , antaranya jangan ketawa kuat-kuat , jangan terlalu seronok , jangan tegur kalau terbau atau ternampak sesuatu yang pelik –pelik ..jangan man bawah pokok bunga tanjung yang usianya beratus tahun..

Tapi malangnya kami budak-budak masa tu , apa yang dilarang itu lah yang kami nak buat sangat , seronok beb duduk ramai – ramai gitu , apa lagi everytime main – main. Sekali terkena memang ingatlan sampai bila – bila..OH ! aku tak pernah kena histeria tapi aku selalu ternampak , terbau dan di usik oleh makhluk halus …

Satu hari aku terbau wangi menyusuk- nyusuk hidung , aku kan budak baru so tak tahu , aku pun tegur kuat – kuat , “eh bau apa ni ?? wanginya….” tiba –tiba bau tu bertukar jadi teramat busuk aku tegur lagi “ eh busuk pulak dah , eii tak tahan..” kakak – kakak yang ada terus minta aku diam , aku diam tapi terlambat , terus seorang budak menjerit – jerit , seorang kakak memarahi aku , “kome punye pasei ler ni , lain kali jangan tegur ” depa lorat orang kuale , aku lorat orang taiping , aku tak faham tanya lagi “kenapa tak boleh tegur ??” memang aku tak dapat jawapan , keadaan dah jadi kelam kabut , mereka fokoskan ke budak yang meracau – racau dan menjerit – jerit tadi , beberapa orang memegang budak itu , memang kuat kudrat budak itu , aku turut serta melihat memandangkan itu kali pertama aku mengalami situasi begitu , dua tiga orang lai menjaga pintu , takut budak itu lari keluar kata mereka , dua tiga orang lagi menjerit panggil ustaz dan usatzah suami isteri yang tinggal hanya disebelah asrama tempat tinggal kami , kelihatan ustaz dan usatzah datang , ustaz minta mereka bungkus budak itu dengan selimut ..aurat kata ustaz , ustazah pulak dan standby tunggu arahan dari ustaz untuk tindakan selanjutnya … beberapa orang memengang budak itu , mata budak itu sangatlah menakutkan , merah berair dan terbeliak , suara bukan lagi suara budak tapi garau seolah – olah suara perempuan tua yang berusia lebih 100 tahun…

Aku masih terpinga –pinga , ustaz menjerit “jangan tengok mata dia , jangan pandang tepat ke manat dia ” aku dan kawan- kawan yang lain ikut arahan ada juga yang menyorok akibat terlalu takut , ustaz membaca doa dan mulakan bicara ustaz tanya “siapa kau , kenapa kau kacau anak-anak aku ?” makhluk dalam badan budak itu menjawab “ aku ….. tinggal di atas sana , mereka yang nak ikut aku ” ustaz berdialog dengan makhluk itu , ustaz minta makhluk itu keluar dengan ugutan , ustaz minta ustazah tenyeh dan tekan ibu jari kaki budak itu dengan bawang putih yang telah di tumbuk dan di gaul dengan minya , dalam usatzah tenyeh – tenyeh tu ustaz baca doa lagi , makhluk itu pun bersuara dan ketawa pada mulanya , tapi lama kelamaan makhluk itu mengalah , dia kata nak keluar …dan ustaz pun melepas kan budak itu , dalam semua orang dah nak bersurai , budak tersebut bingkas bangun dan mula nk lari , pintu asrama di terajang berkali –kali , kakak – kakak yang pegang dia tadi kembali menerpa tapi kudratnya memang kuat sampaikan 10 orang pegang pun masih tk dapat lawan , tapi akhirnya dia dilemah kan dengan 2 ayat kursi terakhir ..rupanya makhluk itu tipu untuk keluar tapi tidak… banyak kes begini rupanya ..

Sebenarnya banyak kes histeria yang berlaku memang panjang cerita kang penuh page kak red nih , masih ingat kak ogy yang kuat bersilat , satu hari dia bersilat di bawah pokok bunga tanjung berusia beratus ratus tahun , tiba – tiba dia balik keasrama ada “benda ” yang ikut , kes ni lagi susah nak ubat sebab kak ogy itu sendiri kuat bersilat…malahan semasa proses perubatan ustaz terpaksa bersilat dengan nya dan orang yang pegang kak ogy bukan lagi budak- budak perempuan tapi budak –budak lelaki , semasa bedialog mahluk itu menyatakan bahawasanya kak ogy “ telah melanggar cerek di rumah nya, dan dia jadi marah “ ..Macam biasa proses penyembuhan dan berubat di lakukan dengan pelbagai cara ..

Ada juga yang di rasuk kerana makhluk itu jatuh cinta ,kes nih terjadi waktu aku dah besar dan dah lali dengan histeria , maklomlah aku tak berayah dan keluarga susah waktu tu aku memang tinggal lama di asrama itu , yang terkena adalah ustazah penjaga kami waktu itu , dia di rasuk berkali –kali walau mcm mana ustaz ubatkan benda itu tetap datang seolah –olah dah sebati dalam badan ustazah kami tu , pernah ustaz ikhtiarkan kami baca yassin dan ayat kursi beramai –ramai hembus dalam air , dan beri ustaza minum semasa beliau di rasuk , usatazah yang di rasuk itu minum dan ketawa berdekah –dekah makhluk tersebut mempersendakan air yassin dan kursi kita , bayangkan lah , kadang –kadang apa bila usatzah di rasuk kami baca ayat kursi ramai – ramai tapi makhluk tersebut mengejek , matanya merah dan berair memang seram dan takut , selalunya ustazah nih jika terkena dia akan berbogel ini yang menyusahkan ustaz nk berubat , terpaksa lah kami bereskan ustazah itu , selalunya kak yanti akan lempang ustazah sampai pengsan , kemudian kami akan selimutkan dia dengan toto , tunggu sehingga dia sedar baru ustaz datang ubatkan dia …nak pengsan kan usatzah tu bukan kerja senang …orang yang boleh bergelut dengan orang di rasuk di kategorikan kuat semangat , tak datang bulan , dan kejam !!..

Pernah juga , aku dan adik ku beserta 2 orang lagi penghuni asrama pulang awal dari bercuti , biasanya bila cuti sekolah yg panjang kami debenarkan pulang ke rumah , ada satu hari tu aku tersilap pulang keasrama sehari lebih awal , kami 4 orang je yang ada..bayangkan lah asrama besar yang memuatkan lebih 400 orang pelajar di huni kami ber empat je , takut sangat ..,minta tumpang tidur di rumah ustaz , tapi ustaz tk kasi ..lepas solat berjemaah isya’ dengan ustaz di surau kami masuk ke asrama dan terus tidur , tapi dalam pada waktu tu dengar ustaz marah –marah dan jerit –jerit ..”hang pa pergi masuk cepat , duk lepak tepi tangga buat hapa ?” ustaz syuib berleter marah , dengan lorat kedahnya , kami berempat yang memang ketakutan tidur berasak – asak di satu kali kongsi 4 orang , selimut pun satu kami kongsi , memang takut sangat , kemudian kami terdengar seperti benda mencakar – cakar dinding , sampai kan adik aku terkencing dalam seluar , seperti biasa tak boleh tegur dan takut nak bangun …

Esoknya ustaz tanya aku dan marah –marah “hangpa buat apa atas tangga kul 11 semalam ? aku duk suruh masuk hangpa buat tak tau no , nak kena dah hangpa nih” kami ber empat yang memamg tak besalah , menyakal kata –kata ustaz …”ustaz kami semalam balik solat isya’ dah terus tidur tak bangun – bangun sampai loyah nih kencing tilam ustaz , kami dengar bunyi pelik –pelik , takut ! mana ada kami duk kat tangga sampai kul 11 tu eii tidak lah ustaz” dan ustaz pun senyum je , sejak itu ustaz tk ungkit lagi dah , dan aku sendiri faham ada benda yang m,enyerupai kami di tangga…

Paling tak boleh lupa , kubur berlubang dan mengeluarkan api , di asrama tersebut kami di ajar berdikari nama pun sekolah pondok untuk anak-anak yatim , dulu tak de dapur gas , pakai dapur kayu , sekarang dah ada kot , bila kayu yang di tempah tak sampai dan stok kayu dah habis , kami semua kena berdiri dan beratur dari dusun getah atas bukit melintasi kubur ke kantin , panjang berjela , yang lelaki di tugaskan menetak kayu dan menghulurkan kepada budak –budak perempuan , kami akan menghulurkan kayu tersebut pass ke bawah sampai lah ke kantin , satu hari nak di jadikan cerita dalam kami tengah kelam kabut angkut kayu dari atas , tiba – tiba sebuah kubur benyala api dengan maraknya , tapi tak merebak hanya lubang di tengah –tengah kubur tersebut mengeluarkan api , ustaz membenarkan kami semua melihat sendiri sekejap dan kemudia ustaz meminta kami pulang keasrama , mandi dan bersiap untuk solat hajat bagi penghuni kubur terbakar itu , aku masih tak faham kenapa benda tu terjadi , ustaz pun memesan jangan becerita tak baik mengaibkan orang , dan kubur tersebut kepunyaan orang kampung di situ , jadi kami solat hajat minta pengampunan untuk penghuni kubur tersebut beramai –ramai , sangat takut waktu kejadian tu berlaku ..api pun sangat panas kami tk dapat tengok dekat2 sangat ..banyangkan ler…

Sebenarnya banyak penagalaman aku disana , ini baru kisah seram belum lagi kisah aku di buli , kisah di raba budak lelaki , kisah aku dikeji , kisah budak-budak mencuri , dan kisah susah payah nya hidup tanpa ibu dan ayah di sisi  apa- apa pun wallahualam , tak tahu lah korang percaya ke tidak tapi ini pengalaman aku , banyak sangat sampai tk boleh lupa …asrama tersebut masih wujud Cuma penghuni di kurangkan dan kedudukan asrama tk se seram dulu , dengar cerita kantin pun dah canggih ..

Sender: Puanbee

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16