Come visit us…

bertuahnya menjadi RedBaby coz ko tak dapat recycle barang dari abang kakak ko tapi semua dibeli baru. bestlah ko yek,…..hadiah pun not bad murah rezeki. ni tersadai hadiahnya tak berbukak tapi as of now dah kita kasik clear up specially tang baju coz kena bercuci dahulu and mana2 baju new born kena cepat dipakaikan.

ada sorang uncle tuh, 4 jam selepas RB dilahirkan, udah diberinya angpau RM1,000! murah rezeki ko nak, nanti kita bukak account sama cam abang akak ko yek…

untuk yang nak datang melawat…jangan main terjah je lah yek, buat appointment dulu coz wpun aku dok umah berpantang tapi aku ada jadual dengan confinement lady, pagi memang tak boleh kacau, hari2 bertungku and alterternate day pulak buat urut, once or twice a week buat scrub. tu sume bukan main 10 min punya kerja, sepagi memang jangan kaco langsung.

petang pun ada jadualnya, jadi dapatkan appointment dulu kalau nak datang, either from me or from RD. n datanglah masa laki aku ada, kang sapa nak melayan buatkan air express untuk korang. wpun melawat orang sakit takkanlah seteguk air tak dijamu. i have no maid, tu pasal kalau nak datang kasi bilang.

image

Masa berpantang ni jugak aku tidur awal, pas Isya’ dah memang mentido…bapaknya malam sebelum midnite memang mengadap RB. aku kembali berjaga selepas midnite kalau baby bangun for bfeeding and also for pumping. selang 2-3 jam setiap hari aku memang kena pump, susu’s production ke main banyak dari permintaan, freezer pun dah naik santak. Laki aku direhatkan dari jaga baby waktu tidurnya, yelah dia pun nak kerja takkan dia nak bangun malam, so far RB bangun 2-3 kali untuk menyonyot, baby nak besau mestilah kuat susunya.

Tapi syukurlah tengah berpantang nih memang aku ada mak mertua yang tinggal sama ngan aku tengokkan anak2 aku yang lain, masakkan for them segala. coz kalau takde mak mertua aku, huh, pikir gak sapa ler yang nak masakkan siapkan anak2 aku tu sekolah, thanks mak mertua.

so sapa nak datang jenguk melawat kami, boleh jer, nanti roger yek.

Dengan syarat, sapa datang bawak camera amik gambar RM, aku balingkan kamera ko kat luar balkoni. Mak Merah tak tipuuu….

Comment: 25