Kerana madu…

Wui lama korang cuti yek, 4 hari sekali rap.

aku pun cuti blog terus bila dah sume orang cuti.

not just that, niat memang nak cuti rupanyer memang terpaksa gak kena demam panas. waa….demam sewaktu berpantang, memang not good and sangat menakutkan gak. First thing c/lady aku check masa aku demam, adakah aku menggigil badan dulu or petanda2 macam nak kena bentan/meroyan.  memang takde.

hari Ahad sbelum raya cina aku rasa tekak sakit melampau, petang tu gak naik fever. Malam makin teruk, tak pergi klinik, dok telan ubat demam RD jer. Tapi esoknya memang tak kebah jugak, tak boleh jadi kena gak pergi carik doctor lagipun aku dok breastfeeding, no choicelah kan.

Itupun malam tuh, 4,5 jam gak aku ngelak dari Redbaby, coz tak nak jangkit. but dia tak leh ler, dia nak jugak ‘ngempeng’ bunyik bahasa jawa macam nak melekat jugak ngan maknya, so kol 4 pagi tu yang dia tak nak tidur tu aku lekatkan jugak kat breast, dapat dia minum sikit jer ha ko terus melena. 4 jam ko dia berjaga, Sirman dok bawak dia lari kuor dari bilik takut berjangkit2 le kan… Aku terpaksa gak pakai mask untuk ngelak dari kena kat baby.

so petang raya cina tu c/lady aku jagakan baby, kita pergi kuor gak carik klinik, pun klinik ke4 baru bukak, apa nak buat cuti raya cina kan…jumpa doctor. masyallah, hensemnyaaaaaaaa doctor tuh, terus kebah laju demam haku hahahahha….laki aku cakap ye ke hensem cenggitu. Gamaknya mental orang baru beranak nih sumer dia nampak hensem jer kot.

Ubat doctor bagi fuiyooo….membunuh betul suh telan. ke main banyak. boleh bfeed jugak wpun makan ubat and demam. Ok skang dah ok, dah sihat walafiat alhamdulillah.

Pastuh aku ngan c/lady buat post morterm apa yang buat aku jadi demam. Satu rumah sihat walafiat kecuali awal2 bukak sekolah anak2 aku demam but tu dah lama. Pastuh, check back aku tak kuor rumah, dah tentu dalam pantang, orang2 yang datang pun kita pastikan takde demam batuk or segala penyakit berjangkit. Pemakanan, semua makanan berpantang yang healthy, tapi ada 1 madu ni yang kita suspect coz sejak aku makan/minum madu ni.

Aku ada minum satu air nih, tapi kena ditambah dengan madu, selama ni pakai madu burt’s bees, tapi bila dah habis, tak kuasalah pulak laki aku  nak pi KLCC beli, so dia ada beli madu ni dari satu kedai kat area rumah mak aku. Rasa madu tu bila aku minum air tuh masyallah, tengik perit pahit! dah 2,3 hari aku memang takkan habis minum air coz dek rasa madu yang tak sedap diacuakan ke air tuh.

So aku pun dah stopped kejap minum air tuh till aku dapat the new madu from Burt’s bees, hari ni gak adik aku pi belikan since kat KLCC dah habis, harus dia pi The Garden’s pulak. Mungkin jugak demam aku bukan dari madu tengik tuh, mbe dari punca lain but kita tak tau, cuma memang madu yang baru beli tu dah dinyahkan.

Masa demam tu pun aku tak berbengkung, badan lemah sangat. Dengan ubatnya yang drowsy huii..mentido jer. Tapi bila baby jaga memang tersedar sesajar…Skang dah sihat balik, ada ler jugak batuk sesikit but leh cergas balik.

Oh #petualama nak makan minum madu, harus gunakan sudu plastik yer, jangan gunakan sudu besi, nanti khasiat madu tu hilang.

Comment: 14