Later….after 44days

bukan soal malas nak update, tapi macam banyaknya benda nak buat bila dah beranak kecik balik nih. lagipun semalam wilayah cuti, aku pun cuti sama le blogging. oi…malam tuh aku tidur kol 4 pagi wei, dari kol 10-11 dia bangun tak nak tidur, bila tidur jap2 bangun, pastu nak berdodoi,  makan 4-5 jam le jugak aku dibuatnya memujuk si kecik tu tidur. siangnya mertua aku cakap mungkin dia rindukan bapaknya coz biasanya  memalam sebelum Sirman tidur, dia spent ngan bapaknya.

tu ler kan….

lagi satu mak aku cakap ha ko yang berjaga malam masa mengandung dulu, bila dah hujung trimester, siang ko tidur malam ko jaga, camne le timing anak tak ikut sama gak cam maknya…

well anw, aku ngah seronok pulak membayangkan hari bahagia selepas habis berpantang nih. Macam nak pergi menikah le pulak bila tengok tarikh tuh. hiks…. Yelar, memula memang tak heran ler sangat ngan nak kuor rumah, tapi bila tengok baby kecik aku tuh,pastu abang and kakak bising, bila mak boleh kuor jalan2 ngan abang and kakak, bila RB leh jalan2 pi park, shopping etcs.

Tu yang rasa alahai, jadi di hari habisnya pantang, memang nak kuor yey yeee….kesian tengok the first 2 kids and depa adalah sangat2 mahukan mak and adik depa be with them. bayangkan ler anak2 aku asyik berjalan kulu kilir ngan bapaknya jer.

cuma ingat #petualama cakap kalau untuk hari pertama keluar selepas berpantang 44 hari, cuba jangan keluar lelama, make it 2-3 hours sudah coz badan kita and baby baru nak selesakan diri ngan dunia luar. yelah selama ni dok dalam rumah jer kan.

Wah, rasa macam banyaknya tempat nak pergi untuk hari pertama keluar selesai berpantang nih. First tempat untuk breakfast and lunch…..tapi tak leh gak makan tanpa batasan, coz aku memang tekad nak ikut semua #petualama wpun sesudah habis berpantang. Pastu nak pi Jusco or KLCC, shoppinggggggggggggg baju baru for the fatty RM! Then barang baby, skang stage untuk beli toys dia yang more for development, yang beli online lain, yang nak pilih dedepan mata lain.

Camne le gomannya yek, tengok Redmummy beranak kecik baby lagi kulu kilir ngan anak2 yg besau tuh. ei…korang rasa tak percaya, aku pung sama.

So jom, korang recommend tempat nak makan ker, beli apa ker ahhahaha, gila btol! Tak sampai 2 minggu je lagi aku akan habis pantang huhuuuuuuu…..

Comment: 19