Ya Al Watsons!

Citer pasal Watsons tuh, aku ni kalau dah mengamuk kat twitter tuh bila dah bape jam terus cool down and nak menaip selepas kejadian yang dah berhari memang agak kurang seronoklah. Takda napsu takdak mood rasa macam lemas je nak ingatkan and tulis detaily. Apapun kes tu pun tak settle lagik, pasnih kena pi Watsons balik. Ringkasannya pasal membership card aku yang dari belom mengandung, dah mengandung, sampai dah BERANAK ni pun budak tu tak validate kan yet duit points dalam tu boleh pakai untuk deduct bila beli barang. Mempanaskan keadaan, SA yang sama jugak dok handle ni dari aku mengandung (asyik cakap nak validate tapi tak jugak jalannya).

So jadilah drama di Watsons KLCC bila aku complaint, dia menjawab. boss dia suh dia diam, dia menceceh2 lagi, aku dah diam, dia provoke aku lagik, boss dia dok sound suh diam berkali2, dia dok provoke and cakap terjerit2 kat kaunter tu coz dia macam dah excited bila aku mendiam tak buat apa.

Sambil dia dok bebelkan aku sekuat alam tuh, aku biarkan jer dia and aku dealing ngan boss dia jer but but but sebab dia tak berentiii jugak berbunyik.

ha ko…!

meletuplah aku, orang dah diam,  ko bunyikkkkkkkkk, boss ko dah suh diam ko bunyikkkkkk jugak, aku jeritkan dia, abih satu Watsons tu menengok. Sebab dia dalam counter, aku lepas geram tumbuk meja kaunter tuh, tak tau lah kalau penumbuk aku ni naik kat muka dia if dia depan aku not behind the counter. Bengkak le jugak jari tengah aku dek tumbuk meja kaunter. Dia pun dah tengok aku naik hantu baru dia diam. Tu lah, orang dah diam, sudahlah. keep your mouth shut. Sebab aku dah jerit hamukkan dia ha barulah dia tau jaga mulut. So itulah kes musababnya.

Memang satu Watsons tu menonton kami, takde nya heh aku nak amik gambar dia ke hapa,  wpun lepas tuh aku baru teringat kes video KFC but takde ler sampai jadi kes gitu.RD memang biarkan aku amukan merah coz dia pun pelik kes validation tu tak settle2 lagi and lagi dia pelik bila budak SA tu mulut cenggitu cuma bila dia tengok aku dah sampai tumbuk meja kaunter barulah dia asked me to stop talking or was it yelling and shouting.

The Indian boss is nice, i tried to deal with her wpun budak SA Lelaki Melayu (ramai pulak dok tanya bangsa heh korang nih) tu dok mengcelupar. Well, i work in KLCC and aku memang regular customer dalam Watsons, the issue is simple cuma perjalanan mulut dia dari aku mengandung sampai aku dah beranak ni, kebetulan dia jugak yang handle kes validate card tuh, memang malanglahhhhhhhh!

I will go back to the Watsons KLCC again to redeem back my points and see whether my card has been validated by them.

RD, kalau ai pergi lagi then dia orang tak validate jugak my card camne?

Ha kali ni kalau dia tak validate jugak, you nak bagi penumbuk you tu, bagi je lah. Nampak nau tak serik2.

hahaha….besar mana ler sangat penumbuk aku nih, aku tumbuk meja pun jari aku yang membengkak. Jangan risau ler, aku tak buat keje bodoh gitu cuma aku nakkan benda tu settle jer. N ko pun boss ko dah suh ko pi jejauh jangan layan aku, ko nak gakkkkkkkkkk membagi aku kan.

Ingat balik chronologynya:

1. aku applied Watsons membership card di hari few days selepas pelancarannya, dapat card immediately, filled up the form gak.

2. Hampir setiap minggu gak aku pi Watsons, busuk2 pun dalam sebulan tu memang 2,3 kali menayang muka shop a bit.

3. Berbulan dah pakai card tuh….2nd trimester mengandung, sorang SA cakap yang aku boleh redeem deduct dari points, tak yah bayar sket ler. Bila aku ok ha tolaklah dari earnings points tuh, dia cakap tak validate. so aku tanya camne nak validate, dia orang kata fill up the form. Done. Filled up lagi borang tuh.

4. Pastuh datang balik, the same issue no 3. SA yang kurang ajar tu le yang attend aku punya hal, suh lagi fill up, katanya kad tak validate. Astaga!! apa ke jadah nih bape puluh kali aku nak fill up. BOleh pakai cards tapi still tak boleh tolak earnings tu coz tak validate. Mendanya validation yagn korang buat kalau dah asyik filled up tapi tak jalan jugak????

5. Dah beranak, kejadian dalam entry yang buat aku mengamuk la ni ler, dia dok suh fill up lagi coz again card tak VALIDATE!! ko tak panas hati ke..??? The same SA yang attend aku masa kes no 4 punya hal and disuruhnya fill up lagi borang tuh. Hei apa ni???????? Memburukkan lagi keadaan dia mengenakan aku coz aku complaint and argued pasal validation/borang/etcs and dia bakar aku lagi suh aku deal ngan HQ dia! Bukan main lagi menjerit2 yek, laki aku cakap gaya macam nak tunjuk kat boss dia or kawan2 dia yang dia ‘buat kerja’ le gitu. Konon ‘hey, i can speak’!

That s bout it.

Usai kejadian aku rasa menyesal jugak coz mengamuk and tak dpt nak control ayu (bluewekkk) but aku rasa aku akan lebih kesal kalu aku tak buat apa2 diam membisu and biarkan dia jatuhkan maruah aku di khalayak ramai. Udahlah anak2 aku menonton maknya diamukkan orang so biarlah depa tau yang mak depa bersilat and bertekak untuk menegakkan maruah yang dah lunyai dibuat dek mulut SA tuh.  Anak2 aku pun dok tanya kenapa orang tu jerit2 kat Mummy? 

Now, apa citer kad aku nih tak tau ler, kalau datang lagi sekali depa cakap tak validate jugak, halahai, aku koyakkan jugak kad tu depan diorang and ban depa gamaknya. Dalam borang yang aku fill up tu, number phone aku ada, email add aku ada, satu hapa takde hasil bila dah filled up 3 kali, bukan tak boleh depa contact aku lepas incident tu pung.

Wallahualam.

Update on 14/2 @ 5.10pm:

1. Received sms from Watsons for my activation card

2. Got a call from Watsons Customer service, been told Watsons KLCC outlet suruh depa call aku. Tapi still tak solve so aku suruh dia call RD, else aku boleh naik hantu pulak over the phone. Biak pi lah RD settlekan.

3. Another call received from the Indian lady boss of Watsons KLCC, she apologised on behalf of that KHAIRUL, she will update me on my card.

Sahlah entry ni dah sampai ke Watsons HQ and KLCC.

Comment: 57