Derma kilat untuk Faris!

image

Ramai yang dah tau kisah ni melalui fanpage yang i shout since last week, tapi hari ini kita nak push lagi supaya public dapat membantu meringankan lagi beban ayahbonda little boy Faris. Dalam keadaan Faris yang masih lagi kritikal di NICU, Sime Darby Medical Centre, the hospital bills is increasing, tak mustahil sekiranya akan mencecah RM100k!

Mohon sangat public, readers yang budiman dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan sokongan moral serta doa berpanjangan untuk adik kecil Faris.

Secara ringkasnya penyakit HLH ni dikatakan yakni barah darah, mungkin scientificnya lebih details tapi sewaktu kami melawat little boy Faris, dimaklumkan oleh parents Faris, sorang dalam 10ribu orang yang mendapat penyakit ini. Takpelah kita tak yah nak pening pasal tuh yang penting skang, saya mohon readers yang budiman yang tak pernah lokek untuk merdema agar dapat memberi sedikit ringgit yang ada buat dibantu mereka sekeluarga.

 

If you remember in my raya entry last year, kami ada datang rumah little boy Faris untuk berhari raya, parentsnya memang our good buddy frens, specially to RD coz Sham and Zuraine satu belajar ITM dengan RD gak and dok bujang pun sama2 si RD and Sham and till nowlah kami beranak pinak, ukhwah tu masih berpanjangan. Tidak terlambat untuk kita sama2 membantu meringankan beban yang ada, Faris masih lagi kondisi kritikal, belum ada tanda2 untuk pulih sediakala but Allah tu Maha Kaya, insyallah kita harapkanlah miracle.

Both parents bekerja di Standard Chartered and Celcom, mungkin the 2 big companies dapat lagi salurkan bantuan kewangan pada 2 orang staff mereka yang sangat memerlukan ini, insyallah.

Kita pun ada anak2, ada ahli keluarga yang kita tak tahu apa future kita so manalah tau dengan ihsan kita, dapat sedikit membantu si kecil dan keluarganya. Kita yang tua pun dicucuk2 sakit badannya kan, apatah lagi Faris yang tak betah nak menanggung sakitnya.

Dengan rendah diri, entry ini saya pohon dapat dihebahkan, platform blog lebih cepat sampai – pada dermawan, semoga Allah membalas jasa budi baik kalian. Terima kasih dari RM and RD.  Sebarang bantuan kewangan boleh didermakan terus di akaun ayahanda Faris:

MAYBANK ACC: 1140-1115-2218 (SHAMRULISMAWI ISMAIL). shamruli (at) gmail.com

NOTE:

Some of you tak dapat nak buat transaction kuor message “account is not authorized”, ini disebabkan oleh account Sham disekat oleh pihak Maybank disebabkan banyak transactions. Tapi saya difahamkan yang Maybank telah pun dinform pasal ni, dan account sudah diaktifkan kembali. Maybe boleh keep on trying. Terima kasih…

23 February 2012 / lebih kurang jam 10.02pagi

Akhirnya penderitaan Adik Faris berakhir, setelah 23 hari di NICU, beliau telah kembali ke PenciptaNya. Alfatihah. Jenazah akan dikebumikan pada petang ini juga.


Selamat sudah perkebumian Adik Faris, saya dan RD turut berada di rumah Arwah. Berharap Sham, Zuraine, anak2 dan seluruh ahli keluarga bersabar dengan dugaan hebat ini.

Comment: 38