10months Hey!!

IMG-20121021-00841

ewah ewah eh eh joget kita!

untuk inspector RB kita nih. gambo macam menari zapin hahahahah dia tengah seronok berlagak berdiri jatuh berdiri jatuh skang nih. Dapat pulak tiap kali dia berdiri, siap action2 buat style ‘heh lihatlah saya wahai dunia’ . kadang2 aku panggil dia Inspector coz dia akan melawat kawasan rumah pastu dia datang mengadap maknya, mintak susu sondol2 pala mulut membising riuh, pastu minum bukan sampai kenyang coz dia pi sambung lagi melawat kawasan, main main main and datang balik sondol pala nak sambung menyusu.

his hair curly tau, sebijik rambut abangnya and satu chop rambut arwah atuknya belah Kapar, mengembanglah rambut ko RB bila memanjang sket pasnih. He looks like a right handed too, nampak gaya kakak memang takde gang, kakak rambut lurus and kakak jugak lefthanded. Banyak ikut abang sulongnya jer RB nih.

Putih melepak kulitnya nih sekali lagi diulang, semua anak-anak aku memang putih ler cuma skang abang kakak coz dah besar2 jadi kopi o a bitlah,  udahnya depa dok sekolah berpanas, naik je darjah 1 semua warna bertukar.

DSC_4357

kalo aku dok atas katil buat keje laptop ha dia dok luar nanti hegeh2 le masuk mulut berkicau mintak naikkan atas katil minum sekejap and sibuk suruh turunkan, dia kuor balik carik kaum kerabat dia kat luar. gitulah if hari2 cuti, hari tak cuti pun malam2 meligat.

paling dia pantang dengo grill pintu terbukak, dialah yang paling laju menjenguk and nak tau sapa yang balik.  dari pemfirasatan aku, tiap kali aku and bapaknya balik, dia lebih laju crawling mengejar bapaknya, dari maknya. sebab aku suspect dia ni tengok hari2 mak balik, bukan kejar dia dulu, simpan bags2 dulu, simpan stock EBM yang pumped from office, baru nak amik dia. Tak macam bapaknya yang masuk je tak sempat nak simpan bag bapaknya dah angkut lambung2 dia. so not fair tau ko RB!

Maknya, giat menggigih untuk kembali kurus lagi setelah bulan july aritu naik mendadak dek melantak je kat German, tapi tu ler, weight aku ngan awal hujung ni sama jer takde naik pun but memang rasa lemak sangat ada lagi, berat air le sangat! Yang paling aku bersyukur coz masih lagi pumping, walaupun kini hanya 2 kali per day sahaja, tapi sebab stock EBM pun ada lagi, he s now taking the stock from Aug/Sept pulak. itu waktu siang bila aku kerjalah, malam2 direct feeding jer, weekends pun sumbat direct gak.

DSC_4340

Itulah aku percaya invest kat pump yang molek, and consistently pumping memang insyallah badan kita boleh produce susu yang banyak dan berpanjangan, i kan dulu masa bfeed Abang and Kakak tak lama, dapat 6 bulan jer, bunyik pump lama dulu perepppppp perepp pereppp satu Cheras bley tau.

Lain2 on his 10months, dia dah of courselah kenal semua family members dia, dah susah sikit nakkan strangers, hari tu raya bapaknya pi letak dia kat rumah mak aku, coz baru sampai kan, kelilingnya ada makcik2nya yang dia jarang jumpa terus dia  meraung, mencebek2 nangis peluk maknya takut benau ngan orang. Makan pun dia laju, ko baru cedok dari mangkuk, terus dia dah menganga. Sedap tengok dia makan, He s not that chubby but pun tidak kurus, kira sedang2 je lah. Sekali lagi dibandingkan ngan tetiga anak, abang memang menang takhta yang paling chubby gak.

DSC_4338

Oh RB juga till now belum tumbuh gigi, hahahaha aku macam ok gaklah coz risau waaaa kang dia gigit masa breastfeed, but I know masa untuk tumbuh gigi akan tiba juga. Emm…ha kalo ko mintak barang kat dia, dia give u the stuff tapi dia bagi cara kasar, baling2 lagik. Kalo ko nak handphone ko cepat arwah, bolehlah pass kat RB, memang terbaik dia baling. Mandi air sejuk tak tahan, nak water heater, tu yang dia melonjak je huwek bila mandi pool, sejukkkkkkkkkkkkk!

Barang kat rumah aku, dah memang hiasan rumah ala kadar sungguhlah, semua dah kukotakkan. Tangan dia mencapai sesajor. kakak abangnya pulak setiap langkah gerak adiknya, depa tau, begitulah depa masa kekecik dulu 🙂

oh satu lagi at least for 5min at nite kita bagi dia tengok ipad, checking through his muffin songs. takleh lelama dia cepat jemu sangat, so 5 min tu dah max lah, dia pun tau asal nampak pegang iPAD jer memang dia tunggu kita tekan play. Oh kalau aku pasang Gangnam Style, sambil merangkak dia goyang2kan cik vontot dia tau! Pantangggggggggg  bermuzik jer!

IMG_6613

Alhamdulillah, RB is already 10months today, the 29th.

Comment: 16