25th and sharing the 29th Dec!

IMG_2025

Hello Ahmad Aisy Eizman

IMG_2031

si comel milik Yanok and Bojeng. Suspens aku tunggu Yan beranak, buat live update kat twitter, macam aku yang beranak, aku beranakpun RD yang tolong updatekan untuk korang. Yan beranak dulu than Rose, beza 4 hari jer, normal delivery and ehehhehehe no epidural cam kak merah dia, meletup sakit hahahaha. gitu ler yan, kuasa seorang wanita dan ibu, sakit pun tetap beranak lagi dan lagi.

IMG_2035

budak kecik ni, aku sibuk borak, dia dok selongkar bakul barang si Amad. aku amik dia amik pulak lain, masuk mulut. amik dari tangan dia, dia amik pulak lain barang. heh koooooo

IMG_2034

hah dok galid, amik lagi! sib baik dia tak kerenyam si Amad tuh, pelik je dia tengok, aku takut dia dedekat terus dia kokaknya jer. Belum stage tu lagi but sok sok cam tu le gak, anak2 aku dah pernah ngokak baby sepupunya and depa pun dah kena kokak gak dek sepupu2nya sama, so pasnih lagi kena berhati2.

IMG_2042

oh ada satu terselit gambar Yan yang sedang berusaha pantang. Enjoy the confinement day Yan…ini pertama kali buat kamu dan lain tahun akan bertambah lagi anak. Eyebags yan dah macam eyebags aku jer….mangsa2 ibu yang tak cukup tidur. Good for u girls nak breastfeeding, love the spirit, kita harus cuba untuk breastfeed anak kita selama sepanjang mana kita boleh bertahan and produce the susu.

Tahniah Yan and Bojeng.

 

IMG_1796

kooooooooo pantang kan, asal tempat boleh explore, tinggal mak pak abang kakak!

IMG_1788

di HUKM Private Wing, Myra Affia pula lahir di hari lahir RB, 29th December. Pun aku buat live update, bila Rose dah sakit sangat masuk labour room, lakinya pulak update aku. I didnt sleep well that nite, jap2 bangun tengok bb if ada message or sms from them…wpun tak bersama di hospital, i m excited for another delivery of my GBM girl.

kira 1 down, 1 to go. hahahahaha

IMG_1806

She s so tembammmmmmmmmmm!

Maknya Rose kena c-section, dah 7cm tapi still dah tak mampu nak bertahan, sakit sangat so kenalah jugak go for potong.

IMG_1804

Tahniah Affa and Rose for the number 2 after Mia Aqilah, 10 tahun beza tuh! Myra Affia ganglah ngan Amad…sama umur sama tahun sama bulan dan beza pun 4 hari sahaja. Dalam GBM group dok citer pasal anak baru memasing, very the mak mak hahahahaha. Beautiful babies, alhamdulillah.

Untuk anak-anak kita, one of my fav songs, video is in lagu bahasa asal but lyric transalations is in bahasa

Freddie Aguilar – Anak

Semasa engkau dilahirkan

Kau pun sudah satu impian

Impian nyata kurnia Illahi

 

Engkau anak istimewa

Kebahagiaan ibu ayah

Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

 

Masa silih berganti

Kau membesar tak disedari

Cepat sungguh kau pandai bicara

 

Apa yang telah terjadi

Pada mereka kau derhaka

Mengapa begitu apakah salahnya

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat

Hilang diri dan pedoman

Tak seorang pun yang mengambil tahu

 

Dan kini engkau menangis

Ibu ayah menghampiri

Walau kau telah terpesong jauh

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih-sayang

Agar dapat menikmati dunia

Ya Allah, terima kasih untuk anugerah yang bernyawa dan tidak terhingga nikmatnya. Lindungilah anak-anak kami, dari mereka di dalam perut ibunya, sehingga ke akhir jannah. Untuk yang sedang mengandung, dan telah baru2 melahirkan, tahniah dari kak merah. Untuk yang masih belum dipanjangkan rezeki mendapat cahayamata, yang sedang berusaha ke arah itu, bersabar dan insyallah, nikmat perasaan  dan pengalaman sebagai seorang ayah dan ibu akan tiba juga.

Comment: 12