Kemaruk shopping….di KLCC!

 

photo

 

dah alang2, mohlah berborak cerita shopping. part paling aku suka. entry paling aku gila buat selain skincare perfumes hiksss. tapi bukan citer shopping di Milan, cite shopping di KLCC, sejurus selepas pulang dari Milanoooooooo. Gigil2 nak nyoping kat kl pulak.

Kat Milan takdak Uniqlo, ada H&M yang macam &$%&) tak sehebat H&M Germany. so baju anak2, aku borong dari GAP jer and also from factory outlet. ok tu biarkan di entry Milan. yang entah bila nak up. hahahaha! aku suh RD pilihkan gambar pun dia lagi le tak larat nak buat. hoi aku le jugak tuh kena bikin.

Seluar yang hangpa tengok bercolour2 aku pakai for Milan’s trip nanti, semua dari Uniqlo. 2,3 days sebelum terbang aku borong most of the colours depa. It s not jegging or even legging. Totally seluar yang tak yah nak tayang peha kfc hangpa. and tak lelabuh. boleh pakai casual boleh pakai pi kerja.

Aku beli aritu ada le lam 6,7 colours. termasuk colour beige atas nih.

Ye itu Prada baru beli from my Milan’s trip. ada berderet lagi nanti ai show show.

photo

tapi tu lah, sebab sedap. aku pi beli lagi ni hah, semalam. 4 helai. Jingga, merah oren, blue lagi and hijau pucuk pisang. Uniqlo too. Jegging ke legging bagai tu aku dah selamatkan simpat dalam luggage. dah bosan. beli ke main banyak. sapa nak beli dr aku, meh contact. ai pakai sekali 2 jer. Ni kang yang ke main banyak aku beli ni gak, sok sok dah bosan, aku simpan lam luggage. tu rak kain baju sementara untuk baju yang tidak dipakai. hehehehe. maklum ler gobok dah penuh sarat.

Ranges pants Uniqlo ni yang tidak ketat macam jegging legging tuh. RM79.90 to RM129.90. Amik yang RM79.90 tu pun dah ok, tapi aku ada gak terrrrrrrrrrrbeli hok RM129 tuh, 2 lai. cos colournya yang takde dalam hok ranges 79. Kat Uniqlo tu suor ni dinamakan Cropped Leggings. but tak ketat pun.

in total aku dah ada over 10 lai hahahah sumer colour borong!  Sebelum tu naik Isetan borong 4 blouse. Leh pi kerja, and pi event. I suka one brand tuh. senang nak match ngan seluar Uniqlo nih.

hah ni kang berderet ler pergi Uniqlo! pergi ler…jangan suh aku bayaukan sudah.

ai dah kopak, shopping sakan nun kat Milan tuh.

photo

Pastuh, nak jugak lipstick baru. Almost beli kat Milan, this Mac tapi lagi mahal mencuka. tak yah ler. baik tunggu balik, so borong 3 pcs of lipstics and 1 blusher. 2 pigments colour turqoise and light purple and lipstick remover aku dapat free  sebagai tanda kasih sayang MAC kat aku. boleh lagi mintak tambah colour lain, but i was in a rush. cukup ler tuh, yang lama pun ada lagik.

btw, tumpang simpati nih. untuk abang kakak gak.

korang ada homestay ke villa ke or sesapa kerja hotel yang boleh lanting bilik untuk cuti Wesak nih? 3 days getaway. Pening pala dok mencarik tak gak dedapat, manjang full house sesajar. ado ado ado tak???

Comment: 13