Nov 20 2013 Wednesday, 11:00 am
Value for money…
begitulah dengan kelam kabutnya ngan baju kerjanya dok godam dapur. mencari punca kerosakan dapur masak. Maid aku satu hal pangai dia, bukan geti nak cakap awal2.
lampu bilik air mati, bila dah malam kita balik baru dia cakap.
ko ingat kedai hardware lampu tu Pak encik ko punya ker. Pastu maid aku jenis mulut komplen jer, jenis murai, Menceceh2 je mulutnya siang malam. Takde lampu dari siang, tak dibilangnya kat aku pastu malam dah gelap bilik air tu dia punya menceceh. hamboih! Ibu gelaplah ibu, ibu bila mau dipasang lampunya?
mulut jenis tak hormat majikan macam tu ler, asyik membising komplen jer. First day kerja aku belikan ko 10 pasang baju baru, terima kasih pun tak geti nak cakap. Komplen baju takde ko pandai!
anw! tu kita balik before 8pm, sempat le laki aku lari mencicit cari jugak kat merata kedai yang mana masih lagi bukak. last kopek jumpa kat Hero and the last lampu bulb yang ada untuk jenis lampu bilik air aku tu lah.
Ha. tu dah berbulan berkali2 tegur, bila ada macam nih, bagitau awal2. Langsung tak endah. Letih aku heh nak remind dia banyak kali. grrr.
Pastuh esoknya. hah baru semalamnya aku cakap napa le tak remind tak tepon bagitau pasal lampu dah kojol. hari ni pulak. laki aku balik lu dia tak cakap, pastu laki aku kuor ngan Abang pun dia tak cakap. Bila aku balik malam tu jam 9.30pm gitu ngan abang ngan RD, baru dia nak cakap ibu dapur masak sudah rosak.
grrrr!! ko ni napa le tak tepon awal2, bolehlah aku uruskan mintak orang gas datang checkkan dapur masak tuh.
so tepon orang gas, sib baik dia free, cepat dia naik atas and check. it s confirmed the dapur masak aku rosak. dah kojol. dah boleh baling lanting lombong.
dah 8 tahun pun umur dia. Tak tau lah berapa lama jangkahayat yang paling afdal untuk dapur masak hidup lama.
so jam dah 9.45 malam.
memecut laju laki aku amik tali ukur dapur masak lama and amik gambar lelaju, terus turun and pecut to the kedai letrik near by rumah. Ada a few. 1 ke 2 dah tutup. Ada yang dah tutup separuh pintu. dah nak 10malam kan. Ada yang takde stock, ada yang last tuh, nasib baik ler ada!
Udahlah ada stock, ada pulak lebih kurang punya size yang dapur masak lama (sebenarnya lagi beso) but syukur boleh muat. RM450. beli tanpa isteri, pilihan si suami sendiri. last minute punya choice, asal gila takde dapur masak camne nak makannya budak2 sekolahnya masih lagi sekolah heh.
Betul2 lagi 5min sebelum kedai tutup dia dapat beli.
Masa kemas2 dapur nih, aku bebel lagi kat maid. Tolonglah tepon bila ada urusan macam ni boleh kita lepas kerja berkejaran terus carik barang tuh. Janganlah ingat semua kedai macam 7Eleven 24 jam membukak.
Mulut pandai menjawab menceceh iya ibu iya ibu buatnya tidak jugak. Entah apa lagi ler dia nak tunggu benda dah habis/jahanam/rosak baru dia nak bilang bila kita dah sampai (not that she doesnt know cara nak pakai tepon but she just being mulut banyak cakap, action hampehs). gitunya dia nih.
begitulah Elba baru. Seperti biasa kalau tak rosak, memang ko takkan bertukar baru. Sukalah jugak dengan kedai letrik nih, hari tu kita beli the stand fan yang macam cooler tuh, for one area rumah aku yang agak tak berapa berangin, dekat this A kedai ngan B kedai mahal betul. Kat kedai yang nih , bagus. harganya reasonable. padahal product yang sama.
Esok lain bulannya, kita beli yang tv bracket or tv mounting kat dinding tuh. Selama ni mana der kita pakai bracket tv kat dinding tuh, selesa je letak kat tv, bukan 50inchi punya tv pung. Tapi tulah Zeeshan kalau tengok tv bukan main depan2 tv lagi matanya. so risau aku ngan matanya kang rosak ke sakit ke, hah pakailah stand tu, hook pepagi Sabtu, orang depa datang buatkan. Pun sib baiklah laki aku pi carik kat kedai nih, termurah dari 2 kedai letrik kat BSP tuh.
Pastuh Elba dapur masak ni gak, pun termurah dari kedai yang 2 lagi satu tuh. Perbandingan harga adalah penting untuk kedai2 yang sering kita menjadi pelanggannya. Tapi tu lah, nak suruh aku sebut nenama kedai 2 ngan kedai murah ni publicly susah sket ler, quitely boleh le aku bilangkan….
suzy
Nov 20, 2013 @ 11:20:36
wah…berwajah sangattttttttt baru. HEHEHE. emm kak red, gamaknyer feel maid ni semua sama kot, mulut potpet2 menceceh x renti tapi action hampesss. HAHAHA now i’m maidless, tiredlah kan nak handle 3kids tapi tu lah serik dengan maid indon ni, main kotor. HUHUHU. Insyaallah kalau ada rezeki kendian hari nak local maid saja. Kak red kene ada maid sebab akak superb bizi, saya kurang bizi. HAHAHA maid tu pilihan ke-2 =)
fazrol
Nov 21, 2013 @ 00:26:11
Pilihan yang bijak…
Laki pun pandai membeli skrg.. ha ha..
Si Galah Panjang
Nov 21, 2013 @ 10:43:25
Terbaiikkkk ! bley pulak rosak yeee . hehee
shema ismail
Nov 21, 2013 @ 18:45:22
rm kedai mana yg murah tu
mummydearie
Nov 22, 2013 @ 15:39:38
Oh, susahlah cam tu kalau dah malam baru dibilang rosak! Mana nak mencicit cari kedai nak tutup. Tapi dek kerana anak-anak terpaksalah redah, kalau tidak berposa pulak tiga beradik nih.
Lyn Yusoff
Nov 25, 2013 @ 10:32:20
8 thn kira lama dah dapur tuh..
tahan lama jugak kan… tiba masa kena ganti.. kena bgtau awal2..
mane lah nak mencarik klu tgh malam gitu..