The T: Not my cup of tea….

 

A day before Ramadhan kami pergi tengok Transformers. Yang dicanang2 orang ramai suruh tengok le sangatkan. At first aku tak nak join, aku boleh je pergi tengok sendiri bila lunch break tu tapi tengok alahai lamanya ler pulak movie nih.  So baiklah pergi ngan bebudak nih. Pikirkan pun kalau dok umah, petang tuh sure tidur jeeeeeeeee ngan Zeeshan.

Dia tu petang is his nap time, lama pulak tu.

So ngekor le maknya. Lagipun pagi tu Kakak Sport’s Day, dapat 1st place for 4 X 100 meters lagi. A few days pun abangnya ada sukan, dapat 3rd placing pun sama for 4 X 100meters gak. Ini semua citer basi lah, dalam IG dah kuor pasal bebudak sukan nih.

IMG_2097

Eh tak tak

sebelum tu aku ngan laki aku, bawak adik aku sefamily, jumpa kakak aku ngan lakinya meeting urusan ‘asset’. Hem…ke Ampang kami berkejaran….meeting tak habis aku ngan Nan’s family chow dulu. Kakak aku bertangga sampai kol 3.

2 robot transformers tu bukan replika, memang ada orang dalamnya, sapa mau gambar,sila ke depan, Abang memalu.

IMG_2154

habis Transformers kita shopping.

Ajak balik, but abang kakak pujuk belikan kasut raya depa. Anak kecik aku tu dah lama sangat kat rumah.

Pasal Transformers kan, hehehehee, I would say, i m not into it lah. Cerita2 robot nih memang aku slow and cepat je nak tidurnya.  Terlelap2 aku dibuatnya, dengan kuor masuk kuor masuk toilet. hem…penghujungnya, pasni tak mau dah ikut hahahaa.

IMG_2135

Abang gets one pair of shoes

IMG_2163

and a pair of that green sandal.

selipar merah hensem dia aku beli kat HK kena cilok waktu semayang Jumaat. Balik ngan selipar orang sebelah lain sebelah lain hahahah…takpelah. So Bang pasnih pi masjid, specially solat Tarawikh nih pakai le selipar paling buruk ko or sebelah lain pun lagi molek 🙂 .

IMG_2171

Pendeknya mak ko Bang.

Kakak ni belum lagi nampak lonjong dia, ada kekira akan beat maknya jugak.

Shawl aku pakai kat leher tu pasal nak cover love bite hhahahaha. eh tak lah, ko gila hapa tetua ngan love bite hish. Ini kakak pakai buat dalam cinema, pastu malas nak pegang, campak je kat Mak, jadi mak selepangkan ler kat badan tengkuk leher.

IMG_2172

Keretapi tanah merah…

IMG_2176

ini kedai apa ke kedai Bata kot dalam nih, but macam2 jenis brand. anak2 boleh dok je pakai apa brand tapi ada satu kasut Ferragamo aku, Kakak dah boleh sarung, so tak yah risau nak baling lanting or jual preloved, turunkan kat anak sendiri habis cerita. Sama ler ngan harta benda bapaknya, pun Abang mendapat…

IMG_2185

Pusing sekejapan jer ada Giant dalam tuh aku tereban sayur, nak buat masak sahur malamnya. Aku tak tidur hokey, laki aku dok sakan ngan bolanya, aku dok buat ads punyalah lentok pala menyiapkan, in between berenti for masak. Rasanya dalam kol 4 pagi aku dah lalok sangat, masuk bilik jap nak lelapkan mata, ada le pulak yang mencuit kahkahkah….

siangnya bantai tidur! ganti segala…

IMG_2195

Kitaorang kalau sahur simple je, janji wajib ada soup sayur, or ayam goreng dua benda ni wajib ada. Aku tak makan nasi, first day ok, but pastuh macam blur apa ke nak makan for sahur, dahlah kita yang masak kita yang kena tunggu sume orang bangun tidur balik, takkan nak kunyah kerepek jer kan…

Anyway, small matter lah. Aku leh turun lagi banyak kilogs dari bulan puasa nih.

Balik rumah haritu, si Zeeshan tak bangun tidur lagi ko! punyalah sampai 5 jam ko tidur dik. Aku saja tutup pintu kuat hahahha nak bagi dia tersedar pun tak jugak sedor. Betul punya lena ko dik, dia malam berjaga ler….bapaknya kol 2 pagi tidur dek bola, dia pun sama ngan bolanya jugak. Kang kol 10 baru bangun but pastuh siang dia bantai balik tidurnya…

Eh tu kasut raya, kakak pun dapat jugak, to be worn ngan her baju kurung, adiknya pun dapat jugak, selipar sarung. Settled. Moralnya nonton itu Transformers, aku langsung transformed jadi sleeping woman.

Comment: 9