Salam Syawal 1435…

IMG_4100

keciknya lahai gambar nih, asal boleh cukup. Last year, it was emerald greed theme, kakak and mak jer kaler hijau angkat sikit. Tak sama with the boys.

Since everyone is going for your raya break already, RM the blog is going to shutdown for a while, resting for Syawal dah tentu.

Semoga ini bukan Ramadhan dan Syawal terakhir untuk kita bersama.

Dengan rasa rendah diri, andai le korang sakit hati sakit jiwa sakit mata baca blog Kak Red, ni akak mintak maaflah yer, bukan niat sengaja pung.  Tapi kalau takde apa akak buat salah pun ko sakit hati gak, hah tu bermasalah bonar tuh, kena lah you pergi cari ubat hati you sikit. Sian ko.

Untuk yang pulang berhari raya, jauh dan dekat, be careful while driving, balik mana bang? Penang kah? Kelantan?

Kami Insyallah macam berpuluh tahun sebelum nih, Raya di KL sahaja. Lepas laki aku dah abis kerja di Syawal yang mulia, baru lah kami pulang ke Kapar. Hai suami, first time awok kena kerja di hari raya, camni le ikut European hours. Anyawy kenangkan, alhamdulillah ada jugak suami beraya sama, ada orang lain masih lagi tiada keluarga pulang beraya, my deepest condolence to our MH370 and MH17’s family members.

Mak ajah pun insyallah balik dari Umrah on the 3rd Syawal, dan kemudian kami cuba untuk jalan balik ke Melaka. Sian kitorang takde kampung jauh, kalau dok KL apa ada, so wpun ada makcik pakcik, tetap gak akan balik Melaka, kalau takde gak orang kat Melaka nun, kitorg pi makan sotong bakar segala kahkahkah….

Hello orang Melaka, ada homestay kosong? Akak nak rumah yang leh fit max 30 orang (adults and kids). At least ada 3 bilik ngan 2 big halls or even 3,4 bilik air lah dalam satu rumah nih, bunglaow ke ok, yang tiada hantu please 🙂 .  Kita biasa dok homestay yang 2 rumah so leceh payah nak borak nak ngumpat nak makan minum. Can  buzz akak please? Email red@redmummy.com .  Nak duduk raya next week lah.

So all, kosong-kosong, salam bermaafan. Salam Syawal. Maaf sangat dari Kak Red and team.

Comment: 17