Kapar and Cheras to us…

IMG_6838

sembab muka mak meyah

arini baru leh raya propely

laki dah tak keje, dah cuti

dan kita nak balik kapar, initial plan, rumah mertua but almost midnite semalamnya tukar plan

Kapar will come to us

so so, by noon tu semua siap

kata raya, dok rumah pun kena le berbaju rayaaaaaa

janganlah korang gelak kain kakak yang bunga tapi tak match ngan topnya tuh, kain taun lepas tuh but tak jumpa aku mana kainnya, ngan kain tu pulak topnya is kebaya but lecehlah dia nak monolong kat dapur. Pagi tu selain bibik, Abang jadi assistant aku kay coz kakak baru dijemput bapaknya dari umah atuknya.

IMG_1574

nasi ayam and bihun

actually masuk hari kedua raya aku dah tak boleh telan nasi impit ketupat rendang. dah totally muak. aku dah bersedia untuk naik berat masa raya, coz tau makan tak cantas.

sokay, coz aku dah pulun diet balik this week. Sejak Aug 8th aku dah ‘puasa’ and ‘diet’ back, using back my HCG treatment. Senang je dah tau aku punya badan memang senang kurus kalau pakai HCG punya diet.

IMG_6906

ni masih mengempeng but lepas 3,4,5 raya kira complete 10 hari raya tu makan makan makan. memang naik le kgs. Jadi terus aku ligat sambung balik diet. cannot ler kan, cukup2 le makan masa raya tuh.

Ini caftan dari Jakarta gak, aku beli 2 lai, selai hijau aku hadiahkan kawan baik aku. yang merah ni dah tentulah mine kan. Mewah gila rasanya caftan nih, kat jakarta memurah, tapi bila tengok kat KL ni jual oh my mahalnya kooooooooooo mark up!

IMG_6956

so my mertua ipar duai sidepun datang di hari raya ketiga tuh….

IMG_6975

dahlah sebaya umurnya beza sebulan jer, sesama lak pakai merah, berkongsi bulldozer gak tuh! tapi cousin Zeeshan yang lady ni memang ganas gak garangnya hoi asik kena debik je dia

IMG_7015

tak semua pun jugak ada, cam biasa ler ada yang balik rumah mertua, ada yang kerja

IMG_1601

sessi bermaafan, dah nya kitorg tak balik raya pertama kan….

IMG_7112

dah turn aku pas laki aku, mestilah aku mengempet je ngan dia

IMG_7113

letak gambar salam mak mertua jelah, ramai bonar adik badik ipar duai 🙂

IMG_7038

pastuh  hah ari tu jugak ialah ari nya mak aku balik dari umrah, tapi adik badik aku le yang pi jemput ngan abah aku, aku dok umah coz family mertua datang kan, dah alang2 mak aku baru balik, so mak mertua aku pun menjengah la visit sama.

dapat ler minum air zam zam dan manisan2 orang jauh.

IMG_7044

ini sebenarnya nak tunjuk gambar si niece aku yang neneknya belikan dari Mekah nun, boleh le buat jadi flower girl kononnya kan hahahhaa

IMG_7068

pastuh kitorg balik semula ke rumah and siap untuk family aku  yang nak datang pulak, 4 trips!

tu pun baru nak makan laki bini, lapik perut….

IMG_7064

boleh buat 2 cara, off wifi so semua manusia tak pegang gadget unless ko ada data sendiri

or share the wifi to sedara mara everyone yang datang….

for that day, u guys are so lucky, korang dapat merasa free wifi

tapi ada hari lain, adik aku amik semua gadgets kat tangan memasing, hahahaha adoi betullah, dunia skang bukan dunia mintak duit raya, anak buah aku asal masuk umah orang dok mintak password wifi je kejenya!

IMG_7106

ini trip ke tiga makan

sok umah baru aku nak beli yang set meja makan for 8 or 10 pax terus wpun anak 3 sahaja coz bila family besar gini, dahlah 2 sides kan hah makan pun kena amik turn

 

IMG_7120

ini selingan kat rumah mak ajah, cucu2 perempuan dapat gelang, dapat tudung jubah le etcs. yang lelaki dapat jubah gak

aku tak dapat apa pun tapi sweetnya mak aku cakap dia leh nampak dah turn aku akan datang dekat dah ngan Mekah tu

insyallah….

IMG_7137

 

penglepak2, kita ngah pikir esoknya trip Melaka tu nak susun kereta nak sapa dok mana. Masalahnya ada budak ni depa nak dok sesama the girls and the boys, cucu2 ni sume la so kena bagi balance ler mana kete mana. Jadi aku le ngan akak adik aku dok menyusun, tapi esoknya ler, bereterabur balik bila ada yang degil tak nak gak ikut plan asal sususan kereta.

 

IMG_7147

malamnya terus aku terjelepok, laki aku dah boleh main pijak je kat badan hah…..ini belum buat open house. penatlah buat open house, dulu aku buat gak pastu tak larat dah. kaki geletar dari pagi ke after midnitepun orang datang lagi wpun dah cakap sampai kol 6 petang sahaja.  Tapi tu ler kan buat open house ni tak boleh nak get together borak panjang. Kalau buat one to one, sapa datang rumah tu boleh le jugak borak sakan sampai lebam. ye dok?

but nak menyenangkan tuan rumah, tu yang kita buat open house, sekali jalan, so hari2 lain or wkends lain kita pulak pi rumah orang. by the way kan, kuih raya rumah aku dah abis dah hahahha…tinggal 2 sets jer, so bekas kuih raya lain sume dah simpan balik.  Berbaloi gila taun ni punya kuih raya beli, ada malam raya kan laki aku pi beli kat area rumah aku, borong segala untuk rumah mertua dan rumah mak aku, puas hati. Pasnih pun nak beli lah malam raya jugak….Asalnya tu pun aku suh dia pi Jalan Tar malam raya, pi le ngan Abang kan, bagi anak kenal jalan tar sket during ramadhan syawal tu, but takde maknanya le laki aku nak pi menempah sesak jalan sana.

Comment: 7